Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).
Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.
Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..”
Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.
Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.
Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.
Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima
Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..
265 Comments
Allahurabbi. Ingat satu jerlah…klau kita nk hidup kita berkat, kenalah buat baik dgn ibubapa. tu jer
bace cepat2 entri ni…
Selalau berdoa yang terbaik untuk kedua orang tua kita. 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Manfaat Buah Nanas untuk Kesehatan
Banyak diantara kita, atau mungkin saya sendiri kadang, entah tidak sadar atau memang dilakukan dengan kesadaran sering marah atau jengkel terhadap orang yang kita sayangi… contoh sederhananya terhadap ibu. Sering tanpa sadar mulut ini marah-marah tidak karuan ketika ibu kita menasehatin kita atau menyuruh kita melakukan sesuatu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Seorang Ibu adalah seorang yang paling mengerti kasih sayang, ia akan selalu berada disamping kita ketika kita sedang sakit atau sedih, ia selalu mendoakan disetiap sujud malamnya… ia adalah orang yang paling mulia, paling bersabar bahkan Rasulullah mengatakan sampai tiga kali seorang ibu harus dihormati sebelum menghormati ayah. Didalam al Quran pun sudah sangat jelas, mengatakan “ah” saja sudah tidak diperbolehkan…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Sampai akhirnya kita baru sadar dan menyesalinya ketika mungkin kita ditinggalkan ibu kita untuk selamanya atau ketika kita sudah merasakan sesuatu yang tidak kita inginkan, kita baru sadar bahwa nasehat itu adalah nasehat yang benar untuk kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
kasih ibu akan bkekalan buat selamanya…
Curahan rasa Nana @ ..Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi
anggaplah teguran dari orang tua itu sebagai panduan untuk kita buat yang lebih baik lagi…
Curahan rasa Nana @ ..10 Entri Terbaik Denaihati
entri yang amat menyentuh hati saya…
Curahan rasa Nana @ ..10 Entri Terbaik Denaihati
Jagalah perasaan ibu kita masing-masing…
Curahan rasa Dadan @ ..10 Entri Terbaik Denaihati
hargailah ibu anda selagi masih ada…
Curahan rasa Nana @ ..10 Entri Terbaik Denaihati
betul sekali bang. :).
jgn sampai ibu kita tidak ridho dengan kita
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Manfaat Buah Jeruk untuk Kesehatan dan Kecantikan
Ibu adalah segalanya, dan tak ada yang lebih berarti selain ibu dan kasih sayangnya. semoga kisah ini bisa memberikan pemahaman kepada kita
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.