Assalamualaikum dan salam 1Dunia, salah satu pemandangan yang paling aku suka bila memandu di Lebuhraya Persekutuan adalah melihat iklan billboard dengan berbagai jenama dan keunikan. Aku berangan suatu hari nanti Denaihati Network akan mempunyai iklan billboard yang merupa salah satu cara penjenamaan minda bawah sedar yang sangat berkuasa. Tapi itu hanya mimpi yang tidak mustahil menjadi kenyataan.
Baru-baru ini semasa memandu di Lebuhraya Persekutuan selesai perjumpaan dengan salah seorang penaja majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, ternampak satu billboard yang agak misteri. Billboard tersebut berjaya mencuri perhatian aku sebab ianya hanya mempunyai gambar seorang budak kecil yang sedang berbaring di atas rumput hijau sedang memegang sebuah telefon. Sekali pandang nampak macam nak ambil gambar selfie pun ada, tapi mungkin juga dia nak ambil gambar langit yang membiru. Billboard ini membuatkan aku rindu pulak pada emak abah di kampung teringat kisah sedih kisah benar “Teguran ibu dijadikan musuh” dan kisah “Marah ayah ibu satakat mana“.
Billboard yang terletak tidak jauh daripada Angkasapuri ini tidak mempunyai sebarang jenama, no telefon, url atau apa-apa sumber rujukan tidak seperti billboard-billboard yang lain. Membuatkan aku lebih tertanya-tanya apa yang mereka cuba capai dengan meletakkan billboard yang besar begitu tanpa apa-apa informasi.
Kalau nak dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina, hanya terdapat perkataan Hello. Mother misses you. Budak perempuan itu rindu dengan emaknya ke? atau emak dia yang sebenarnya rindu dengan budak yang sedang pegang telefon tersebut? Buntu juga dibuatnya semakin aku memikirkan mengenai billboard ni. Kalau tuan punya billboard ini meletakan billboard sekadar untuk mengingatkan kita kepada emak abah kita di kampung pasti besar pahala yang dia dapat.
Kalau rakan-rakan pembaca boleh bagi pendapat apa yang cuba disampaikan, jom kongsikan di ruangan komen. Pasti terdapat mesej yang cuba disampaikan, tapi team Denaihati sudah cuba untuk berbincang antara kami, tetapi masih menemui jalan buntu.
Dalam banyak-banyak billboard yang berada di jalanan, ini pertama kali mesej yang cuba disampaikan menjadi tanda tanya. Imej yang digunakan adalah menarik, ayat juga ringkas, tetapi ianya seakan ingin menceritakan sesuatu yang diluar dari apa yang terpampang pada billboard tersebut.
Harap rakan-rakan pembaca dan blogger yang boleh berkongsi idea dan buah fikiran, mengenai billboard ini. Apa yang cuba disampaikan dengan ayat Hello. Mother misses you tersebut, dan mesej yang lebih besar dengan penyediaan billboard ini. Kepada photoblogger aku nak bagi peluang hebat ini kepada yang dapat snap gambar billboard yang paling cantik dan tag di Facebook Denaihati dengan hashtag #MotherMissesYou akan mendapat hadiah misteri. Tiga hadiah misteri untuk tiga gambar paling cantik dan paling banyak dapat klik like.
191 Comments
Billboard seperti ini seharusnya diletakkan di seluruh malaysia. Sangat menarik perhatian. Pertama kali wawa baca billboards dalam gambar di atas, terus hati wawa menjawab mungkin mesej yang ingin disampaikan melalui billboard ini untuk menyedarkan mereka supaya jangan pernah lupa bahawa ibu mereka yang berada dikampung/di rumah sentiasa merindukan anak-anaknya walaupun kita meninggalkan mereka sekejap untuk pergi berkerja mencari rezeki. Sekali sekala, telefon/pulang ke kampung melawat ibu supaya rindu mereka terhadap kita terubat. Restu ibu sangatlah penting dalam melakukan sesuatu perkara.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
biasanya iklan iklan sebegini akan menarik lebih ramai pelanggan sebab ianya mempunyai satu mesej yang tersembunyi
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Agak menarik kehadiran billboard ini. Tanpa sebarang perkataan tetapi mampu mencuri perhatian orang ramai. Masing-masing boleh memberi pendapat dan selagi ianya bertepatan…tidak salah rasanya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
betul tu bukan semua syarikat boleh mengeluarkan iklan sebegini rupa
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
sampai sekarang tertanya2 apa maksud nya dari mana iklan ini dan apa tujuan nya ..nak tahu jugak apa tujuan nya buat iklan begini tanpa identiti kan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
betul tu sebab saya masih tak jumpa rungkaian kepada mesej iklan ni
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Mungkin pesanan ini bermaksud supaya kita tidak melupakan ibu kita dan sentiasalah berhubung dengan ibu kita.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
betul tu sebab walauapapun yang kita lakukan kita janganlah sesekali lupakan ibu kita
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Ada jawapannya tapi dah tak ingat tapi saya rasa berhubunglah dengan orang tersayang walau dimana jua kita berada. Kiranya dunia teknologi komunikasi sudah meluas.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
betul tu sebab makin lama dunia ni dipenuhi dengan teknologi yang tak mampu untuk kita kejar
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
memang misteri..pengiklanan yang tidak ada info untuk kita ditujui..ataupun memang iklan ini ditujukan khas untuk ibu semata-mata bukan unutk tujuan komersial..eh komersial ke komersil..hahaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Buat Kajian Dahulu Sebelum Menulis Blog
memang misteri sebab langsung tiada klu yang diberikan di billboard tersebut
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Insya Allah akan tercapai juga hasrat Denaihat untuk buat iklan semacam itu.
Apapun, wan pun ternampak juga iklan tu. Mesejnya mcm nak mengingatkan kita supaya keep in touch dengan keluarga. Tambah-tambah yang tinggal berjauhan. Mesti akan terasa juga kesan mesejnya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Betul tu mungkin denaihati mampu advertise kat billboard ni suatu hari nanti. Mudah mudahan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
masih menjadi misteri kan bilboard nieh dan apa sebenarnya yang mahu di sampaikan ..
saya pun masih bingung memikirkan apakah maksud di sebalik billboard tersebut
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Aku doakan semoga impian denaihati untuk iklankan blog denaihati di billboard akan tercapai.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
In Sha Allah, wawa pun tak sabar nak lihat iklan tuan denaihati.com gagah berdiri menyinari bandar kuala lumpur suatu hari nanti 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
saya pun tak sabar kerana ianya akan menjadi kemegahan dalam dunia blogger nanti
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Amiin. Semoga Allah permudahkan urusan denaihati dalam apa jua urusan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Hubungi emak walaupun kita berjauhan, telefon kan ada untuk melepaskan rindu. Ini bagi yang masih ada mak. Mungkin pesanan untuk kita tidak melupakan mak kita yang jauh di mata.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
betul tu kerana ibu kita telah melakukan apa sahaja untuk kita ketika kecil
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
skang ni dah tukar billboard yang baru kan kat situ?
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
tak tau la sebab tak pernah lagi lalu kat situ. mungkin dah tukar sebab dah lama dah iklan tu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
if it was me I must still own it chooses you ,Forgive me choose faithful, although I know your love is bigger than him.
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Hati @ ..Cara Menyembuhkan Kanker Hati
Kalau tak silap saya ada word TM kat tepi budak tu. Iklan telekom malaysia kan. – mesej teponlah mak awak walau gimana sibok pun awak….
Pada saya tanda TM dekat situ bermaksud Trademark bukan nya Telekom Malaysia. Betulkan saya kalau salah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
betul jugak kan sebab biasanya perkatan kecik kecik ni melambangkan trademark je
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Aku pun mula-mula ingat TM itu maksudnya iklan tajaan telekom, mungkin betul, mungkin juga salah sebab tiada logo mereka.
tak perasan pulak ada perkataan tm kat situ. boleh jadi ianya iklan dari telekom jugak
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
wow, anker banget sih gambarbya
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
wowww, aku cita citanya jadi orang sukses dan bisa keliling funia
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Comments are closed.