Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 4/7/12 sepatutnya aku mengikut rombongan Kembara Media ke Kemboja untuk membuat liputan aktiviti eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. Niat terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur. Rombongan kembara Media bersama Blogger Sweetkurma berlepas dari LCCT awal pagi 4/7/12.
1/7/12 aku pulang ke kampung di Segamat untuk ziarah emak dan abah. Mereka ikut kami balik ke Kuala Lumpur kerana ingin menziarahi besan yang dimasukan di Hospital Serdang. Biasalah bila dah berjumpa dengan emak dan abah berbagai kisah keluarga dibincangkan. Antara kisah paling sadis yang baru aku tahu seorang sepupu di Muar tidak pernah balik kampung menziarahi ibubapanya selama tiga tahun berturut-turut kerana terguris hati dengan kata-kata kasar bapanya. Memang ramai anak-anak yang merajuk dengan ibubapa sehingga sanggup tidak pulang ke kampung bertahun-tahun demi menegakkan keegoan yang entah kemana.
Pagi 4/7/12 sedang asyik aku menulis entri “Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto“, memantau harga saham Felda dan menerima laporan pergerakkan Kembara Media Kemboja dari Pegawai Operasi eQurban tiba-tiba aku menerima whatsapp yang mengejutkan.
“Pak Cik Mis meninggal kemalangan”.
Terkejut sebab baru semalam dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi ini sudah tiada dijemput Allah SWT. Memang hebat perancangan Allah SWT kalau tidak kerana rombongan dari Pekanbaru yang akan sampai petang 4/7/12 pasti aku sedang berada di Kemboja dan tidak dapat menziarahi arwah Pak Cik yang memang rapat sangat dengan aku. Oleh kerana anak-anak sedang bersekolah dan tetamu Pekanbaru akan sampai maka aku dan isteri berbahagi tugas. Aku pergi sendiri menziarahi arwah Pak Cik.
Alhamdulillah walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan sempat juga aku menatap wajah arwah untuk kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah beliau. Dalam hati berkata sudah tiada apa yang lebih bermakna apabila sudah dikapan melainkan amalan, harta yang diinfaq dengan ikhlas, ilmu baik yang disampai-sampaikan dan anak yang soleh sebagai bekalan. Mata aku menjeling mencari-cari anak beliau yang sudah tiga tahun tidak pulang kerana merajuk dimarah arwah. Di celah ratusan keluarga yang datang tidak kelihatan tak kan lah merajuk separah ini sehingga ayah meninggal pun tidak pulang.
Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya. Marah ayah dan ibu setakat mana sehingga kita anak nak merajuk panjang. Bila jasah sudah tidak bernyawa apa lagi yang boleh kita banggakan dengan keegoaan selama bertahun-tahun. Kepada anak-anak di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan emak semuga kisah ini menjadi pengajaran sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke Syurga untuk anak jadi jangan sesekali anak membakar jabatan walau segarang mana ibubapa kerana yang rugi besar pastilah anak.
AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.
Nota : Ringankan tangan klik button FB Share, G + n Retweet sekiranya entri ini memberi manafaat kepada yang lain.
213 Comments
Semoga diterima segala amalan ibadahnya aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kandungan Manfaat Kolostrum ASI
ejak dahulu, nasehat untuk berbakti kepada orangtua (Birrul Walidain) telah banyak disampaikan. Itu disampaikan oleh para guru di sekolah, guru ngaji, atau siapa saja. Anak-anak sejak usia dini sudah dididik untuk menghormati, patuh, dan mentaati apa yang disampaikan oleh orang tua.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Banyak di antara anak-anak itu kemudian menjadi sukses dalam kehidupannya, dapat meraih cita-cita yang diinginkan, berhasil membangun rumah tangga penuh berkah, mendapat keturunan yang baik, karena dengan doa yang tiada henti dan putus dari orang tuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan petunjukNya kepada kita untuk berbakti kepada orangtua. Berbakti kepada keduanya adalah salah satu jalan untuk meraih surga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti Nurhaliza
Al- Fatihah.. Nurul pun selalu merajuk ngan Ma, kalau ma marah.. tapi x dalah sampai berhari hari.. sekejap saje merajuk nya.. sebab bila perut lapar turun balik cari ma, nak makan… besarnya kuasa kasih sayang Ibu bapa..
Curahan rasa Nurul @ ..Bersyukur Pada Mu Ya Allah..
Al Fatihah semoga dilapangkan Kuburnya
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Fencing/ Anggar di Olimpiade London Logo Google Hari ini
Pembetulan:
arwah ibu meninggal pada 4 Nov 2011..
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2012 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak). Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini. Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..”
Dugaan kemewahan sememangnya satu dugaan yang amat berat. moga kakak awak dibukakan hatinya untuk bertaubat dan menyesali akan perbuatannya. Harap dia tidak menerima nasib yang sama kerana saya percaya yang kakak awak mempunyai anak juga.
assalam.
Comments are closed.