Assalamualaikum dan salam 1Dunia, salah satu pemandangan yang paling aku suka bila memandu di Lebuhraya Persekutuan adalah melihat iklan billboard dengan berbagai jenama dan keunikan. Aku berangan suatu hari nanti Denaihati Network akan mempunyai iklan billboard yang merupa salah satu cara penjenamaan minda bawah sedar yang sangat berkuasa. Tapi itu hanya mimpi yang tidak mustahil menjadi kenyataan.
Baru-baru ini semasa memandu di Lebuhraya Persekutuan selesai perjumpaan dengan salah seorang penaja majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, ternampak satu billboard yang agak misteri. Billboard tersebut berjaya mencuri perhatian aku sebab ianya hanya mempunyai gambar seorang budak kecil yang sedang berbaring di atas rumput hijau sedang memegang sebuah telefon. Sekali pandang nampak macam nak ambil gambar selfie pun ada, tapi mungkin juga dia nak ambil gambar langit yang membiru. Billboard ini membuatkan aku rindu pulak pada emak abah di kampung teringat kisah sedih kisah benar “Teguran ibu dijadikan musuh” dan kisah “Marah ayah ibu satakat mana“.
Billboard yang terletak tidak jauh daripada Angkasapuri ini tidak mempunyai sebarang jenama, no telefon, url atau apa-apa sumber rujukan tidak seperti billboard-billboard yang lain. Membuatkan aku lebih tertanya-tanya apa yang mereka cuba capai dengan meletakkan billboard yang besar begitu tanpa apa-apa informasi.
Kalau nak dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina, hanya terdapat perkataan Hello. Mother misses you. Budak perempuan itu rindu dengan emaknya ke? atau emak dia yang sebenarnya rindu dengan budak yang sedang pegang telefon tersebut? Buntu juga dibuatnya semakin aku memikirkan mengenai billboard ni. Kalau tuan punya billboard ini meletakan billboard sekadar untuk mengingatkan kita kepada emak abah kita di kampung pasti besar pahala yang dia dapat.
Kalau rakan-rakan pembaca boleh bagi pendapat apa yang cuba disampaikan, jom kongsikan di ruangan komen. Pasti terdapat mesej yang cuba disampaikan, tapi team Denaihati sudah cuba untuk berbincang antara kami, tetapi masih menemui jalan buntu.
Dalam banyak-banyak billboard yang berada di jalanan, ini pertama kali mesej yang cuba disampaikan menjadi tanda tanya. Imej yang digunakan adalah menarik, ayat juga ringkas, tetapi ianya seakan ingin menceritakan sesuatu yang diluar dari apa yang terpampang pada billboard tersebut.
Harap rakan-rakan pembaca dan blogger yang boleh berkongsi idea dan buah fikiran, mengenai billboard ini. Apa yang cuba disampaikan dengan ayat Hello. Mother misses you tersebut, dan mesej yang lebih besar dengan penyediaan billboard ini. Kepada photoblogger aku nak bagi peluang hebat ini kepada yang dapat snap gambar billboard yang paling cantik dan tag di Facebook Denaihati dengan hashtag #MotherMissesYou akan mendapat hadiah misteri. Tiga hadiah misteri untuk tiga gambar paling cantik dan paling banyak dapat klik like.
191 Comments
dia ambil gambar muka dia dan send to emak dia la tu…. apa pun sangat terkesan iklan tu dlm hati…
Curahan rasa kelipkelip @ ..Muka Tebal 2 Jengkal…. Berpeluh, Merah Macam Udang Kena Bakar
betul tu iklan ni sangat memberikan kesan kepada hati kita untuk ingat kepada ibu kita
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
banyak maksud yang cube disampaikan bila tgk billboard ni.,mayb dr syarikat telefon..yang bermksud..amik gambar sendiri dan hantar gambar tu kepada maknyer..hehe
Curahan rasa nadia johari @ ..ZIZAN RAZAK PALING BANYAK DAPAT ANUGERAH DI ANUGERAH MELETOP ERA
memang banyak pendapat yang kita boleh lontarkan kepada iklan billboard ni
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
mungkin ini adalah salah satu kempen CSR diorang tak
Curahan rasa hafiz @ ..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014
boleh jadi juga sebab iklan ni menyimpan 1001 misteri disebaliknya kan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
mcm iklan celcom
Curahan rasa mohdazahar @ ..Jejak Web/Blog anda dengan Linktrack
betul tu sebab nampak mcm biru biru sikit bersesuaian dengan warna celcom
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Ada scroll down kat komen2 tadi.. err msh belum ada jawapan yg pasti ehhh? Cuma kawe setuju jugak dgn Malaysia Tercinta, pengiklan mungkin mahu create BUZZ dulu and then bila tiba masa sesuai baru produk di tonjolkan. Hmmm.. bila pikir cam ni buat kawe rasa Denaihati pon terlibat sama he he.. 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 And MSMW
sampai sekarang masih tiada jawapan yang boleh masuk dek akal tentang iklan ni
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Yang pasti “Hello. Mother misses you” ni bukannya community service. Mesti nak jual barang…
Curahan rasa GreenLava @ ..Free Online Tools To Gather Information About Websites
kalau community service mereka tak mungkin akan iklankan dekat billboard rasanya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Pengiklan suruh create buzz, lepas tu beli barang/servis la tu 🙂
iklan tu ada satu masej yang nk disampaikan oleh semua orang yg tgk 🙂
Curahan rasa farid laham @ ..Craez Cafe Kelana Jaya Terbaik
betul tu sampai sekarang orang ternanti nantikan jawapan di sebalik misteri iklan tu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Tak pernah lihat iklan ini di Kelantan. Peluang nak menang agak mustahil.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 Dan Yeo’s – 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir?
saya pun tak pasti iklan ni turut diletakkan di kelantan ataupun tidak
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Mungkin daripada syarikat telekomunikasi…ataupun handset sendiri…
Curahan rasa Green Leaf @ ..Sebelum Kita Melihat Berlainan Jenis
betul tu sebab perkataan hello tu sangat sinonim dengan syarikat telekomunikasi
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Walau apa pun niat sebenarnya, mesej yang disampaikan memang jelas amat mendalam dan memberi 1001 makna
Curahan rasa daddydee @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 – Buang Masa Secara Ilmiah
benar sekali. saya amat tersentuh hati apabila melihat iklan sebegini wujud di negara kita. sangat menyentuh hati
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
gambar yg hebat
ttp mesej yg disampaikan lagi hebat 🙂
ringkas tp penuh bermakna 🙂
walaupun xguna l/raya persekutuan harap ada kesempatan gi snap nanti 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Apabila Auni mendapat pen marker
mesej yang diberikan sangat mendalam dan sangat menyentuh hati saya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
memang sangat2 menimbulkan misteri dan pertanyaan. Menurut pengamatan sayalah kan, suasana tu suasana kampung yang memang damai. So, ayat tu nak suruh orang balik kampung la tu gamaknya kowt… Musykil gak nih… andai dapat pergi ke lebuhraya tu, pasti sy snap gambarnya… takpe… kasi can org lain 🙂
Curahan rasa Ieta Mat Sa’ad @ ..Majlis Perkahwinan Jiran saya
betul tu sebab suasana dalam iklan tu pun mcam penuh rumput dan sangat sinonim dengan kedamaian
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
iklan dari Telekom Malaysia (TM)
betul ke sebab ada yg cakap tm yang dimaksudkan adalah ‘trademark’
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Semalam balik kerja sudah nampa billboard yang menarik tetapi terlepas hendak snap. Nampaknya tunggu hari kerja atau pun esok menghala ke Subang.
Curahan rasa akubiomed @ ..Apa bila sakit gigi apa pun tidak boleh
wah bestnye dapat tengok iklan ni depan depan. saya hanya mampu tengok dalam gambar je. huhu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Comments are closed.