Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku membeli baju di Sogo Kowloon Hong Kong seorang penjual bertanya tak takut ke naik kapal terbang. Katanya ramai pelanggan dia dari Malaysia yang takut nak naik kapal terbang selepas peristiwa kehilangan misteri MH370, tragedi tembak MH17 dan kehilangan QZ8501. Jujurnya bukan tidak risau terutama apabila berada ribuan kaki di atas udara tetapi kitakan ada ALLAH tempat berserah.
Selepas lebih daripada 327 hari kehilangan misteri pesawat MH370, Kerajaan telah mengisytiharkan pesawat malang itu kemalangan mengikut ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan semua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban. Itulah hakikat yang semua kena terima walaupun ramai ahli keluarga yang tidak dapat menerima pengisytiharan ini.
Memang berbagai misteri menyelubungi kehilangan MH370 yang masih belum terungkai yang hanya mereka, askar dajjal sahaja yang mengetahui rahsianya. Kita masih boleh menerima alasan apabila MH17 ditembak jatuh dan QZ8501 jatuh kerana cuaca yang tidak baik tetapi kehilangan MH370 begitu sahaja memang sukar diterima terutama kaum keluarga mangsa.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta. – Surat Al-Ankabut ayat 2-3
Begitulah kehidupan kekadang kita kena belajar menerima hakikat bahawa kehidupan bukan semua seperti yang dirancang. Perancangan ALLAH Maha hebat untuk menguji ketauhidan manusia atas keesaan Tuhan yang satu. Kita memang dengan mudah berkata-kata bahawa kita meyakini adanya ALLAH tetapi keyakinan kita teruji apabila ditimpa kesusahan terutama kesusahan yang diluar jangka fikiran. Insan yang beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan ALLAH biar pun sekecil mana pemberian apatahlah sebesar ujian kehilangan MH370.
Tidak pernah sekelumit ALLAH pernah menzalimi hambanya melainkan diri kita yang selalui menzalimi diri kita sendiri. Mari kita berdoa semua kaum keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan besar dari ALLAH yang pasti akan ada hikmahnya. Semuga damai mu di sana MH370.
AL FATIHAH.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini [/box]
125 Comments
al-fatihah buat semua penumpang dan anak kapal MH370. Sedih dengan tragedi yg berlaku.
Curahan rasa Nuha @ ..Apa itu Kolostrum Susu Ibu?
kita yg melihat ni pun terasa, pasti lebih berat lagi rasa yang ditanggung oleh keluarga mangsa. apapun, hanya mampu berdo’a. semoga ada jawapan untuk semuanya.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Allahuakbar..kesian sangat dengan keluarga dan waris mangsa, terutamanya anak-anak kecil yang masih belum mengerti tentang kematian.
Curahan rasa zara @ ..Blighted Ovum – Punca dan Simptom Yang Anda Harus Ketahui
mudah mudahan mereka ada sandara takaful dari kematian ahli keluarga mereka, boleh dijadikan penyambung hidup.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Temuduga Kerja Kerajaan Februari 2015
betul juga tu bro, sekurang-kurangnya boleh membantu meringankan beban keluarga yg dalam kesusahan.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Selepas peristiwa yang malang ini, saya takut juga nak menaiki kapal terbang tapi ajal semua di tangan Allah. Kalau nak meninggal naik motor pergi kerja pun boleh.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..7 TIPS KESELAMATAN KANAK-KANAK SEMASA DI DAPUR
huhu, samalah. seram sejuk rasanya. apapun hanya mampu berserah kepada-Nya.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
mantap wen nya.. sukses yaaa admin.. semangat terus yaaa.. ya ya ya
Curahan rasa cara main bola tangkas @ ..Cara Bermain Tangkas Online
Maka jangan sekali – kali kita berburuk sangka pada ALLAH atas musibah yang menimpa kita , karena sesungguhnya dibalik musibah ada ampunan ALLAH atas dosa – dosa .
Begitulah cara ALLAH menggugurkan dosa – dosa hambaNYA yang Dia kehendaki .
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Istriku Berselingkuh, Apa Yang Harus Aku Perbuat?
terlalu sering mendengar kejadian seperti ini, jadi takut untuk naik pesawat … padahal saya tidak pernah naik dan ingin sekali suatu saat bisa terbang
Sebelum ni keluarga mangsa berharap akan berlaku keajaiban. Lepas kerajaan umum berita mungkin berat buat mrk.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Berita Terkini Pesawat TransAsia ATR72 Terhempas
siapa pun yg ada dipihak mereka, pasti akan mengharapkan keajaiban berlaku.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
siapa pun yg ada ditempat mereka, pasti akan berhajatkan keajaiban. apapun semoga terus tabah. hidup mesti diteruskan.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Sebak setiap kali dengar berita MH370. Sampai sekarang saya masih berdoa utk semua yg terlibat dalam tragedi MH370. Sesungguhnya Allah maha mengetahui
Curahan rasa Nuha @ ..Tips Melipat Baju Bertimbun Kurang dari 30 Minit!
ada juga mangsa yang berjaya diselamatkan mungkin kali ni kita boleh dengar pengalaman mereka.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Berita Terkini Pesawat TransAsia ATR72 Terhempas
hari ini berlaku satu tragedi kapal terbang terhempas di taiwan. semoga allah permudahkan segalanya.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Berita Terkini Pesawat TransAsia ATR72 Terhempas
memang ngeri bila tengok video ketika kapal terbang terhempas tu. semoga ini insiden terakhir.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Berita Terkini Pesawat TransAsia ATR72 Terhempas
sangat ngeri tengok video tu, tu jauh lebih perlahan dari crash MH17 yg ditembak dan QZ8501.
Curahan rasa Denaihati @ ..Adakah kita Pengguna Berani
tak sangka, bila musim kapal terbang terhempas saja. terus berterusan ceritanya. apapun semuanya kehendak Allah, pasti ada hikmah disebaliknya.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Semoga waris mangsa sentiasa tabah menghadapi ujian ini. Semoga suatu hari nanti ia akan terbongkar jua.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Glucos Cut teh sekat gula
Kehilangan yang masih menjadi tanda tanya sehingga skarang. Di manalah agaknya bangkai pesawat itu skrang
Curahan rasa adarain @ ..Doktor Sama Doktor Tapi Pengalaman Berbeza
apapun harap2 rakyat dimaklumkan sekiranya ada sebarang penemuan. ramai yg masih tertanya-tanya.
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Tak sangka berakhir begini kan? Sedih sangat.. Semoga waris mangsa dapat tabahkan hati… Semoga tidak ada lagi musibah seberat ini menimpa negara kita… Amin2…
Curahan rasa Nursimatun @ ..Suami Perokok Tegar Membimbangkan Isteri Hamil… Bagaimana Cara Membantu Mereka?
semoga pihak waris tabah menghadapi dugaan yang sangat berat..banyakkan bersabar!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bahaya Ilmu Pukau Kepada Manusia
Semoga keluarga mangsa tabah dan sentiasa berdoa supaya roh mangsa bersama orang-orang yang beriman…
Curahan rasa Denaihati @ ..Big Bad Wolf 2015
Mereka Pergi tapi tak pernah kembali lagi. Semoga keluarga diberikan kesabaran. Aamiin
Curahan rasa jasa cetak koran @ ..Jasa Design Layout Tabloid
Comments are closed.