Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku membeli baju di Sogo Kowloon Hong Kong seorang penjual bertanya tak takut ke naik kapal terbang. Katanya ramai pelanggan dia dari Malaysia yang takut nak naik kapal terbang selepas peristiwa kehilangan misteri MH370, tragedi tembak MH17 dan kehilangan QZ8501. Jujurnya bukan tidak risau terutama apabila berada ribuan kaki di atas udara tetapi kitakan ada ALLAH tempat berserah.
Selepas lebih daripada 327 hari kehilangan misteri pesawat MH370, Kerajaan telah mengisytiharkan pesawat malang itu kemalangan mengikut ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan semua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban. Itulah hakikat yang semua kena terima walaupun ramai ahli keluarga yang tidak dapat menerima pengisytiharan ini.
Memang berbagai misteri menyelubungi kehilangan MH370 yang masih belum terungkai yang hanya mereka, askar dajjal sahaja yang mengetahui rahsianya. Kita masih boleh menerima alasan apabila MH17 ditembak jatuh dan QZ8501 jatuh kerana cuaca yang tidak baik tetapi kehilangan MH370 begitu sahaja memang sukar diterima terutama kaum keluarga mangsa.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta. – Surat Al-Ankabut ayat 2-3
Begitulah kehidupan kekadang kita kena belajar menerima hakikat bahawa kehidupan bukan semua seperti yang dirancang. Perancangan ALLAH Maha hebat untuk menguji ketauhidan manusia atas keesaan Tuhan yang satu. Kita memang dengan mudah berkata-kata bahawa kita meyakini adanya ALLAH tetapi keyakinan kita teruji apabila ditimpa kesusahan terutama kesusahan yang diluar jangka fikiran. Insan yang beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan ALLAH biar pun sekecil mana pemberian apatahlah sebesar ujian kehilangan MH370.
Tidak pernah sekelumit ALLAH pernah menzalimi hambanya melainkan diri kita yang selalui menzalimi diri kita sendiri. Mari kita berdoa semua kaum keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan besar dari ALLAH yang pasti akan ada hikmahnya. Semuga damai mu di sana MH370.
AL FATIHAH.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini [/box]
125 Comments
Possiblity utk accident dengan kenderaan darat lebih tinggi. Tp sudah tertulis di mana dan bagaimana kita mati.
Curahan rasa nikkhazami @ ..JADUAL LIGA SUPER KELANTAN 2015
Melalui kecanggihan teknologi satelit pada hari ini, kita boleh tengok bumbung rumah kita dan persekitaran rumah kita melalui internet… Ini cerita orang kampung saya yang tak pakar pun tentang teknologi satelit. .. bagi orang yang lebih pakar menggunakan satelit, tentu mereka mampu mencari pesawat tersebut, sekiranya mereka tidak berniat untuk menyembunyikan sesuatu…
Curahan rasa anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan Senyap
harap ada penjelasannya nanti, kalau ada yg disembunyikan mesti akan terbongkar juga nanti, cepat atau lambat je….
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014
Mari kita do’akan agar korban meninggal dalam keadaan khusnul khotimah.
Curahan rasa supriono @ ..Rencana Terbaik Untuk Sukses
Mari kita do’akan agar korban meninggal dalam keadaan khusnul khotimah.
Susah untuk membuat spekulasi atau andaian tentang MH370.. kalau kita nak cari dengan menggunakan jentera2 yang kita ada, tentu agak mustahil untuk kita menemui pesawat tersebut. .. melainkan negara2 maju mempertingkatkan kemampuan satelit mereka, untuk membantu kita mengesan pesawat tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan Senyap
Saya percaya, negara-negara besar seperti Perancis, China, Jepun, Rusia dan USA boleh bantu kita mengesan pesawat tersebut dengan kehebatan teknologi yang mereka ada..
Curahan rasa anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan Senyap
selama hampir setahun tragedi MH370 ni berlaku, tetapi masih lagi misteri kemana menghilangnya pesawat tersebut.
Curahan rasa imran @ ..Birthday disambut syarikat dengan membayar gaji lambat.
hampir setahun sudah tragedi ni.. jika benar sudah tiada, mati syahid la kamu semua… Allah… apakah perasaan ahli keluarga. yang tidak ketemu jasad ini
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Dalam Proses Mencantikkan Blog
Kehilangan MH370 terus menjadi misteri sehingga sekarang. . Bukan mudah ahli keluarga mangsa, menerima kenyataan bahawa semua penumpang telah terkorban.. selagi tiada bukti..
Curahan rasa anuar @ ..Niche X, Niche Y dan Jutawan Senyap
sampai sekarang masih menjadi misteri dan tanya berita mengenai kehilangan MH370 ni sejak hampir setahun yang lalu…
AL-FATIHAH
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Nikmati Kenny’s Cherish Meal Dan Berpeluang Memenangi Mazda 2
selama hampir setahun perkara sebenar yang berlaku masih lagi tidak diketahui….langkah keselamatan terhadap semua aspek perlu ditingkatkan ke tahap yang maksima….
Curahan rasa berita semasa online @ ..Jom Shopping di Laman Web Astro Go Shop Saluran 118 Astro TV
semoga semua keluarga mangsa sabar dan tabah dengan ujian yang melanda ini….semoga suatu hari nanti segala persoalan akan terjawab….
Curahan rasa jawatan kosong kerajaan terkini @ ..Jawatan Kosong Konstabel dan Inspektor Sukarelawan PDRM Kedah
semua yang terjadi adalah misteri dan sampai sekarang masih tidak tahu apa sebenarnya yang betul-betul terjadi….semoga MH370 dapat dijumpai….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.70 Seliter Februari 2015
Sejarah pahit untuk buat negara. Harap pesawat MH370 ini dijumpai kerana cara kehilangan sangat misteri.
Curahan rasa akubiomed @ ..Projek restore basikal BMX final
terlalu misteri kehilanganya, dah dekat 1 tahun dah. suka tak suka semua kena terima ketentuanNya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Diskaun sehingga 80% di Karnival Karangkraf 2015
betul tu, Allah sudah tuliskan semua nya.. cuma hendak tahu kebenarannya saja.. mungkin Allah sedang menguji rakyat Malaysia. rakyat perlu bersatu, membuat solat hajat, dan pinta apa yang berlaku…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Cipta Logo Sendiri
bersama sama kita doakan mangsa dan keluarga dimudahkan urusan mereka masing masing.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan
tak terkelusr kata2 bila diumumkan begitu.
Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Contest petua dan herba Kongsibersamanora
ya, hanya Dia yg maha mengetahui. Apapun harap misteri ni terungkai dalam masa terdekat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
Comments are closed.