Mesir terkini runtuhnya sebuah Dinasti

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Terkini Dari Mesir :

21/8/13 : Bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat ini selepas seorang pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atasnya – sumber

21/8/13 : Ketika Dataran Al-Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 kerajaan sementara  Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain – sumber

21/8/13 : Proses membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir akan menggunakan pesawat komersial memandangkan penggunaan pesawat tentera akan membabitkan masalah logistik, selain memerlukan kos yang tinggi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, proses berkenaan sudah bermula malam tadi dengan membuat tempahan tiket penerbangan komersial untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir melalui Amman, Jordan, Istanbul dan Turki – Sumber

17/8 : Sebahagian besar pemimpin Arab menyokong keganasan yang dilakukan pihak berkuasa keselamatan Mesir terhadap penyokong Ikhwanul Muslimin. Tindakan itu dipercayai kerana bimbang pengaruh kumpulan Islam itu yang kian berkembang sejak Revolusi Arab mengancam kuasa mereka, kata penganalisis. – Sumber

17/8 : Amir Al Qaeda, Syeikh Ayman az-Zawahiri hafidzahullah mengatakan bahwa Amerika telah bersekongkol dengan militer Mesir, sekularis dan kaum Kristen untuk menggulingkan presiden Muhammad Mursi. – Sumber

15/8 : Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir, supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai – sumber

15/8 : Sehingga awal malam tadi sekurang-kurangnya 124 orang terbunuh selepas pasukan keselamatan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkubu di dua tempat utama di Kaherah – sumber

15/8 : Naib Presiden Mesir yang juga pemimpin pro-reformasi, Mohamed ElBaradei meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi yang mencetuskan tragedi berdarah – sumber

9. Seramai 35 orang penyokong bekas Presiden itu maut ditembak ketika sedang menunaikan sembahyang subuh di kawasan terbuka berhampiran dengan Masjid Rabaa Adawia yang menjadi lokasi penyokong Mohammed Mursi berhimpun – sumber

8. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki – sumber

7. Situasi di Mesir terus berada dalam keadaan tegang dengan pertempuran terbaharu antara penyokong pro dan anti-Mursi serta tentera menyebabkan sekurang-kurangnya 36 orang maut, semalam – sumber

6. Pergerakan Ikhwan Muslimin hari ini berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi – sumber

5. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak – sumber

4. Penunjuk perasaan bergembira di pelbagai pelosok Kaherah sambil melaungkan slogan protentera dan meletupkan bunga api selepas tentera menggantung perlembagaan dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi awal pagi ini – sumber

3. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera – sumber

2. Presiden Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan pentadbiran Rumah Putih mengkaji semula bantuan luar Amerika Syarikat (AS) ke atas Mesir selepas tentera kerajaan menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, hari ini – sumber

1. Raja Abdullah hari ini menghantar mesej tahniah kepada Presiden sementara Mesir, Adly Mansour, dan menyifatkan pelantikan itu adalah wajar ketika negara terbabit berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Arab, SPA – sumber

————————————————————————–

Alhamdulillah jeritan blogger kepada DS Najib Razak melalui beribu-ribu blog entri, tweet dan FB share telah didengari dan kerajaan telah bersetuju menghantar kapal laut TLDM untuk memindahkan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam revolusi rakyat Mesir. Entri Mesir keadaan terkini Rakyat Malaysia kritikal mendapat 36 retweet dan 348 FB share,terimakasih semua.

Hosni Mubarak telah mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan president yang akan disegerakan pemilihannya. Barack Obama dalam ucapan 4 minitnya meminta perubahan kepimpinan Mesir yang segera tetapi aman tanpa pertumpahan darah. Israel sedang melobi dunia agar Hosni Mubarak dikekalkan sebagai balasan menyokong Israel dengan menyekat bantuan ke Palestine. Kuasa Rakyat yang sedang semarak semangat revolusi tidak menerima pengumuman ini dan mendesak Hosni Mubarak berundur sekarang juga.

Dengan kehendak Allah yang MAHA berkuasa begitu mudah menjatuhkan kuasa manusia yang kelihatan gah berkuasa selama 30 tahun. Hosni Mubarak menguasai Mesir dengan melakukan segalanya ibarat Mesir itu negara bapak dia kira macam Firaun juga lah. Ahli politik Malaysia samada Barisan Nasional dan Pakatan terutama yang Islam  mesti belajar daripada peristiwa revolusi Mesir. Jangan kejar kuasa kerana yang berkuasa hanya satu iaitu Allah S.W.T. Jadikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat sebagai amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Ahli politik yang mempunyai penyokong yang ramai yang mengampu membodek setiap hari jangan perasaan andalah yang terhebat kerana yang terHEBAT adalah Allah S.W.T. Bila Allah nak tarik nikmat kuasa itu mudah je. Mesir runtuhnya sebuah dinasti Hosni Mubarak boleh menjadi pengajaran. Tiada yang kekal abadi di dunia ini melainkan ada penamatnya dan biarkan penamatnya baik.

Dapatkan berita terkini keadaan rakyat Malaysia di Mesir @ Blog Krisis Rakyat Malaysia.


Spread the love

79 Comments

    1. Setuju sangat tu.. Gerun juga nak dengar berita benda tu.. Harga semua barang boleh naik, nak pegi mana2 pun kena berhati2, siap ada perintah berkurung lagi

  1. Itulah realiti dunia..salah satu kaedah untuk menukar pemimpin. harap rakyat malaysia selamat.

  2. garapan yang menarik! yakin dan percayalah! bentuk tauhid kita kembali bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa.

    difikirkan dari apa yang kita lihat kini, memang jelas kita lupa akan kekuasaan Allah dan menerima musibah yang kita sendiri tidak boleh jangka.

    bermulalah dari individu, langsung sebarkan kepada masyarakat bahawa perbetulkan apa yang salah.
    Curahan rasa megat @ ..Abang punya bestlah!My Profile

  3. diharap keadaan d Mesir kembali aman & pelajar2 malaysia dalam keadaan selamat..moga pemimpin baru Mesir dpt menyatukan dunia Arab yang bertelagah sesama sendiri..dikala ini tentunya ramai pemimpin negara2 kafir yang bertepuk tangan termasuklah negara jiran sebelah selatan kita..
    Curahan rasa Nadri @ ..Aktiviti 2 1 di Hard Rock PenangMy Profile

    1. Kami jiran di selatan negara tuan tidaklah bertepuk tangan ,tapi sebaliknya bersedih dan perihatin terhadap apa yang berlaku di Mesir.
      Kami sentiasa mendoakan untuk kebaikan ummat Muhammad s.a.w.,termasuklah yang sebangsa dengan kami ia itu orang-orang Melayu di Msia.

  4. Allah s.w.t lah yang maha berkuasa, DIA mengangkat siapa yang diinginkannya, segalanya ditangannya, semoga segala kemelut dapat diselesaikan dengan cepat, dan kempimpinan baru adalah kepimpinan Islam..amin

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!