Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Terkini Dari Mesir :
21/8/13 : Bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat ini selepas seorang pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atasnya – sumber
21/8/13 : Ketika Dataran Al-Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 kerajaan sementara Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain – sumber
21/8/13 : Proses membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir akan menggunakan pesawat komersial memandangkan penggunaan pesawat tentera akan membabitkan masalah logistik, selain memerlukan kos yang tinggi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, proses berkenaan sudah bermula malam tadi dengan membuat tempahan tiket penerbangan komersial untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir melalui Amman, Jordan, Istanbul dan Turki – Sumber
17/8 : Sebahagian besar pemimpin Arab menyokong keganasan yang dilakukan pihak berkuasa keselamatan Mesir terhadap penyokong Ikhwanul Muslimin. Tindakan itu dipercayai kerana bimbang pengaruh kumpulan Islam itu yang kian berkembang sejak Revolusi Arab mengancam kuasa mereka, kata penganalisis. – Sumber
17/8 : Amir Al Qaeda, Syeikh Ayman az-Zawahiri hafidzahullah mengatakan bahwa Amerika telah bersekongkol dengan militer Mesir, sekularis dan kaum Kristen untuk menggulingkan presiden Muhammad Mursi. – Sumber
15/8 : Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir, supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai – sumber
15/8 : Sehingga awal malam tadi sekurang-kurangnya 124 orang terbunuh selepas pasukan keselamatan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkubu di dua tempat utama di Kaherah – sumber
15/8 : Naib Presiden Mesir yang juga pemimpin pro-reformasi, Mohamed ElBaradei meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi yang mencetuskan tragedi berdarah – sumber
9. Seramai 35 orang penyokong bekas Presiden itu maut ditembak ketika sedang menunaikan sembahyang subuh di kawasan terbuka berhampiran dengan Masjid Rabaa Adawia yang menjadi lokasi penyokong Mohammed Mursi berhimpun – sumber
8. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki – sumber
7. Situasi di Mesir terus berada dalam keadaan tegang dengan pertempuran terbaharu antara penyokong pro dan anti-Mursi serta tentera menyebabkan sekurang-kurangnya 36 orang maut, semalam – sumber
6. Pergerakan Ikhwan Muslimin hari ini berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi – sumber
5. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak – sumber
4. Penunjuk perasaan bergembira di pelbagai pelosok Kaherah sambil melaungkan slogan protentera dan meletupkan bunga api selepas tentera menggantung perlembagaan dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi awal pagi ini – sumber
3. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera – sumber
2. Presiden Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan pentadbiran Rumah Putih mengkaji semula bantuan luar Amerika Syarikat (AS) ke atas Mesir selepas tentera kerajaan menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, hari ini – sumber
1. Raja Abdullah hari ini menghantar mesej tahniah kepada Presiden sementara Mesir, Adly Mansour, dan menyifatkan pelantikan itu adalah wajar ketika negara terbabit berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Arab, SPA – sumber
————————————————————————–
Alhamdulillah jeritan blogger kepada DS Najib Razak melalui beribu-ribu blog entri, tweet dan FB share telah didengari dan kerajaan telah bersetuju menghantar kapal laut TLDM untuk memindahkan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam revolusi rakyat Mesir. Entri Mesir keadaan terkini Rakyat Malaysia kritikal mendapat 36 retweet dan 348 FB share,terimakasih semua.
Hosni Mubarak telah mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan president yang akan disegerakan pemilihannya. Barack Obama dalam ucapan 4 minitnya meminta perubahan kepimpinan Mesir yang segera tetapi aman tanpa pertumpahan darah. Israel sedang melobi dunia agar Hosni Mubarak dikekalkan sebagai balasan menyokong Israel dengan menyekat bantuan ke Palestine. Kuasa Rakyat yang sedang semarak semangat revolusi tidak menerima pengumuman ini dan mendesak Hosni Mubarak berundur sekarang juga.
Dengan kehendak Allah yang MAHA berkuasa begitu mudah menjatuhkan kuasa manusia yang kelihatan gah berkuasa selama 30 tahun. Hosni Mubarak menguasai Mesir dengan melakukan segalanya ibarat Mesir itu negara bapak dia kira macam Firaun juga lah. Ahli politik Malaysia samada Barisan Nasional dan Pakatan terutama yang Islam mesti belajar daripada peristiwa revolusi Mesir. Jangan kejar kuasa kerana yang berkuasa hanya satu iaitu Allah S.W.T. Jadikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat sebagai amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.
Ahli politik yang mempunyai penyokong yang ramai yang mengampu membodek setiap hari jangan perasaan andalah yang terhebat kerana yang terHEBAT adalah Allah S.W.T. Bila Allah nak tarik nikmat kuasa itu mudah je. Mesir runtuhnya sebuah dinasti Hosni Mubarak boleh menjadi pengajaran. Tiada yang kekal abadi di dunia ini melainkan ada penamatnya dan biarkan penamatnya baik.
Dapatkan berita terkini keadaan rakyat Malaysia di Mesir @ Blog Krisis Rakyat Malaysia.
79 Comments
Ada lebih daripada 11,000 orang rakyat Malaysia kat Mesir.
Bukan senang punya usaha menyelamat tu. Semoga berjaya dan semoga semua rakyat Malaysia selamat di sana. Baca paper hari ini pun sebut, tidur pun pegang pisau, takut ada perompak masuk rumah.
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..BRT3-Sumandak Kinabalu Little Corner
Siap pegang pisau lagi tu.. lagi bikin takut.
Curahan rasa Steward John @ ..Saya Menang Acer Aspire One Ini betul-betul lah bukan cobaan
kalau tidur pegang pisau, bisa2 tertusuk diri sendiri nantinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Adjie Massaid Meninggal Dunia
Tiada yang kekal di dunia melainkan Allah!
Curahan rasa melur @ ..KENAPA SAYA CINTA AWAK
Alhamdulillah…berguna juga kita semua bergabung tenaga mewar -warkan keadaan pelajar kita di Mesir. Boleh dikatakan kebanyakan blog terlibat. Hemm, apa la nak jadi dengan wartawan media massa yang gah – gah itu. Sepatutnya mereka la yang lebih ke depan melaporkan setiap perkembangan dan detik penting dalam sejarah dunia. Bab artis dan skandal lucah je lajuuu.
Curahan rasa melur @ ..KENAPA SAYA CINTA AWAK
Qulil laahumma maalikal mulkitu’til mulka man tasyaa u watan ziul mulka min man tasyaa’ wa tu’ izzu man tasyaa wa tudzillu man tasyaa, bidyadikal khairu innaka ‘ alla kulli syaiin qadiir artinya:- Katakanlah: Ya ALLAH Engkaulah yang memberi kerajaan.Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau tarik kerajaan itu dari siapa yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tanganMU semua kebaikan dan Engkau Maha kuasa atas tiap tiap sesuatu.Semua urusan ALLAH dan manusia semua telah ada dalam kitab suci AL QURAN,untuk bimbingan manusia,apakah kita leka dan lalai atau sengaja tutup pacaindera.
http://sarawakupdate.com/home/10th-state-election/pemimpin-mabuk-kuasa/,sama sama kita menilaikannya.
teringat kisah nyamuk dengan Firaun .. =)
anastasyea’s latest post .. Bila Orang Kutuk Blog Anda | Korang Tahu Tak?
Curahan rasa anastasyea @ ..Gosip Artis Lagi Panas!
Tak ada jalan lain kecuali Mubarak harus mundur…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Rinra Sujiwa Syahrul Putra Praja STPDN Putra Gubernur Sulsel Meninggal
30 Tahun adalah waktu yang cukup lama memegang tampuk pemerintahan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Rinra Sujiwa Syahrul Putra Praja STPDN Putra Gubernur Sulsel Meninggal
kembali sebuah pengajaran bahwa tidak ada sesuatu yang abadi kecuali Allah SWT.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Rinra Sujiwa Syahrul Putra Praja STPDN Putra Gubernur Sulsel Meninggal
yang zalim suatu saat pasti akan jatuh , betapa menderitanya ikhwan disana selama Husni Mubarak memerintah
Curahan rasa Berpikir Positif @ ..Gejolak Mesir ternyata Berdampak Terhadap Perekonomian Dunia
Sekaranglah puncak dari penderitaan itu yang keluar dalam wujud aksi jalanan yang sampai sekarang belum mereda.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tahun Baru Imlek Di Berbagai Negara
Semoga apa yang sedang terjadi ini menjadi pengajaran kepada semua khususnya kita rakyat Malaysai.
Allah maha berkuasa. Yang zalim pasti akan jatuh. Cuma perlu menunggu masanya. i’Allah.
Ya Allah, menangkanlah orang Islam. Ameen.
Curahan rasa Hadi Rofiee @ ..Ketegangan di Mesir & rakyat Malaysia di sana
insyaallah semuanya akan selamat kembali
Curahan rasa apaajanews @ ..WAWANCARA BERSAMA BLOGGER TERMUDA
banyak faedahnya IT.
semoga peristiwa ‘kuasa rakyat’ akan terus menjadi iktibar dan tidak disalahgunakan pula oleh sesetengah rakyat yang lain…
didoakan juga semoga rakyat malaysia di sana dalam keadaan selamat…
Curahan rasa yangbaik @ ..Tanda Cinta
diorang ni giler2..merusuh tak hingat punya..rasanya ada lah team kat belakang yang sokong rusuhan ni..tak tahulah US ke ISrael ke..nauzubillah..mintalah semuanya selamat termasuk negara kita, janganlah jadi macam ni
Curahan rasa wanmus @ ..Komen Dan Menang! RM350 Menanti Anda di WanmusCom
barat dan israel sokong hosni mubarak..
sebab tu mereka lambat komen tentang rusuhan ni..
hosni tu sekutu kuat us dan israel..
rusuhan ni jadi spontan.sebab ekonomi
bermula dari tunisia
Curahan rasa Kimi Rekonen @ ..Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 2011
Apa yang kita mahu sampaikan adalah mesej tapi janganlah pula ada yang mengambil kesempatan menyalah gunakan medium ini.
Tanniah kepada semua sahabat blogger kerana bersatu hati. Nampaknya suara dari dunia maya mula dengari walaupun sebelum ini sering dikaitkan dengan elemen negatif
Curahan rasa akubiomed @ ..Peningkatan trafik blog di bulan Januari
alhamdulillah..akhirnya..dalam kes ni, nampak mcm media massa dah tenggelam dek blogger, twitterian & fbian. nasib baik jugak DS Najib orang reti IT. kalau tak, tak guna jugak kot 😛
Curahan rasa fina fento @ ..Cerita pasal Cipina & jaketnya
Alhamdulillah..saya baca di Bernama lewat malam tadi – harap2 rakyat di sana selamat dalam perjalanan ke tempat perkumpulan. Khabarnya berisiko untuk bergerak diperjalanan.
Curahan rasa Kujie @ ..Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir
Kita sama-sama doakan semuga rakyat Malaysia selamat dan diperbudahkan pergerakan keluar dari Mesir.
Curahan rasa denaihati @ ..Mesir keadaan terkini Rakyat Malaysia kritikal
Comments are closed.