Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog tanpa pembaca ibarat irama tanpa lagu melainkan menulis blog sebagai diari untuk diri sendiri. Menulis blog memang hak peribadi jadi pembaca tak boleh nak komplen rasa tak suka jangan baca pindah blog lain. Kekadang menulis blog pun jadi isu apabila ada pembaca yang tidak suka dengan penulisan Blogger terutama yang berkaitan kisah peribadi.
Walaubagaimana kalau kita menulis blog untuk tatapan ramai kenalah menulis mengikut citarasa pembaca setia jangan syok sendiri. Blogger kena pandai bezakan samada blog kita blog peribadi atau blog tatapan ramai. Hati pembaca setia kena jaga kerana mereka selalunya akan meningkatkan profile seorang Blogger jadi terkenal. Pembaca setia akan bantu Blogger apabila mereka kongsikan entri dengan rakan-rakan lain melalui Facebook, Twitter dan sosial media yang lain.
“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan Affiliate dari Sifu Affiliate En Taitan iaitu Kitab Teknik SEO Merah Jambu“
Memang seronok apabila pembaca setia membantu kita jadi Blogger terkenal tapi bagaimana pula kalau kita jadikan pembaca setia kita Blogger terkenal. Pasti pembaca setia kita akan gembira apabila kita bantu mereka jadi Top Blogger.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk menjadikan pembaca setia kita terkenal :
1. Menulis entri khas untuk ulasan komen yang terbaik yang ditinggalkan di entri tertentu seperti entri Membina Jenama Dengan Niche Blog.
2. Lawat blog pembaca setia kita dan cari entri yang menarik yang sesuai dengan pembaca blog kita, buatkan entri ulasan dengan memberi backlinks kepada blog tersebut sebagai contoh entri Makan Gaji vs Kerja Sendiri.
3. Pemberi peluang pembaca setia menjadi penulis jemputan samada mempromosi blog mereka atau memberi tajuk tertentu untuk dibincangkan sebagai contoh entri Impian Seorang Penulis Blog.
4. Menulis entri khas ulasan blog dan Blogger tertentu seperti Segmen Bersama Blogger Terkenal Ini.
5. Beri peluang pembaca setia mempromosi diri mereka di sosial media kita.
Banyak lagi cara menjadikan pembaca setia kita terkenal yang mungkin pernah dilakukan oleh Rakan Blogger yang boleh dikongsikan diruangan komen.
Ada ke Rakan Blogger yang jadi Blogger terkenal dari blog Denaihati?
117 Comments
setuju sangat dengan idea tuan ni.. tak ramai yang berfikiran seperti tuan ni.. kebanyakan meraikan pengomen tegar sebagai top komentator sahaja.. apabila diadakan ganjaran seperti ini semangat untuk terus datang ke blog kita untuk komen segala artike yang kita buat semakin bertambah.. maka bertambahlah dari segi keterbukaan minda orang-orang terutamanya di kalangan orang-orang kita..
seperkara lagi seperti yang kita sedia maklum penggunaan bahasa melayu dengan betul juga menjadi faktor utama yang perlu dididik.. bukan setakat meninggalkan komen dengan bahasa pasar semata-mata. semoga perjuangan DenaiHati sampai ke matlamat. Sememangnya Denaihati kini telah di kenali ramai terutamanya di dunia blogging ini.
bantu-membantu memang perlu dalam dunia blogger ni 🙂
infonya sangat bermanfaat sekali….
Curahan rasa Chandra Septian @ ..[BodrexJuaranyaCepat] Minum Bodrex, Sakit Kepala Cepat Hilang, Rezeki Cepat Datang, Semua Jadi Lancar
Seronoknya ramai berkumpul
Curahan rasa KertasPaper @ ..Jangan Sentuh Muka Anda!
Sedang berusaha ke arah itu .Tidak jemu belajar
Masih berusaha ke arah yang lebih baik. 🙂
Curahan rasa Asyrof – Blogger Tanah Arab @ ..DETIK MENANTI HARI ESOK!
betul tu..tapi tu lah, kita ni manusia..tak boleh nak puaskan hati semua orang..normal lah ada yang suka dengan penulisan kita, ada yang tak suka..sekurang-kurangnya kita masih ada pembaca..
btw, nishe sharing..tips yang berguna..tq DH 🙂
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Cerita Sedih Diari Seorang Isteri – Mengalir Air Mata Membacanya
yup setuju sama-sama lah kita bantu sesama blogger 🙂
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Jadual PIKOM PC Fair 2013 2
bantulah aku sama..wuwuwuwu :'(
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut Diumum Jumaat
time kasih ye DH coz sudi berkongsi tips berblogging ni..memang sangat membantu terutama utk blogger baru cam saya ni..:)
Curahan rasa dina syahmi @ ..11 Kelebihan Bayi Susu Ibu
Jika menjadi terkenal dan dihormati itu adalah lebih baik. 🙂 Saya suka theme terbaru DH ni, kemas dan simple.
Curahan rasa Mohd Helmi @ ..Hadiah RM30.00 Untuk Pembaca Blog
tips yang sangat bermanfaat sekali….
info yang bagus sekali….
menjadi bersemangat dalam menulis blog…
bila blogger sentiasa saling bantu membantu.. memang senang blogger tu untuk jadi terkenal.. yang penting takda unsur iri hati kalau blogger tu dah maju.. 🙂
suka cara DH promosikan rakan2 blogger sampai jadi terkenal
Curahan rasa myvitrd @ ..Rezeki Iklan CPUV Dari Nuffnang
mestilah semua rakan network denihati kena tempiasnya
Curahan rasa munir ardi @ ..Menu Makan Saya saat ini
tu rahsia DH, sebab tu ramai rakan online nih.. kena ikut nih..
Comments are closed.