Blog Loading Time slow kisah ke?

Assalamualikum dan salam 1Malaysia, tahniah kepada Ariffshah atas prestasi baik blognya yang sudah capai 500k pageviews dalam tempoh 9 bulan sahaja. Memang tidak rugi aku sering singgah disitu kerana ada bayak blogging tips yang dapat menambah ilmu berblogging. Aku juga tertarik dengan entri terbaru blog Mohdisa yang mengisahkan SEO tips yang menarik yang sungguh membantu menambah ilmu SEO.

Aku dengan bantuan beberapa rakan sedang mengodam blog denaihati yang baru dapat warning daripada Google Webmaster (dah daftar ke?) :

Performance overview
On average, pages in your site take 17.7 seconds to load (updated on Jul 4, 2010). This is slower than 100% of sites. These estimates are of medium accuracy (between 100 and 1000 data points). The chart below shows how your site’s average page load time has changed over the last few months. For your reference, it also shows the 20th percentile value across all sites, separating slow and fast load times.

Loading time memang sangat penting terutama kepada teman-teman yang mempunyai talian internet yang agak lemah. Kalau loading time lama sangat pasti mereka akan cabut lari dari menunggu blog denaihati loading. Akibatnya kita akan kehilangan trafik terutama kepada yang 1st timer. Bak kata orang poteh aku cipta sendiri¬† “Judge book from the cover” makna sekali datang dah ada masalah nak loading pasti visitor baru tak akan singgah lagi blog yang ada masalah loading time ni.

Tapi jangan risau tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan yang penting kita perlu redha dan tenang kemudian usaha cari penyelesaian. Yang pasti mesti ramai kawan-kawan yang pakar blogging ni sudi membantu. Aku dah maklumkan kepada hosting dan jawapannya templates yang aku gunakan tiada masalah dan dia referkan aku kepada Sifu blogging tak lain tak bukan Kak jie. Walaupun Kak jie belum respond tweet aku tapi rasanya dia dah hantar orang yang expert untuk contact aku sebabnya aku dah terima DM dari pakar CDN dan PHP.

Terima kasih Kak jie dan juga kepada Ariffshah yang dah bagi warning awal-awal dalam entrinya “Ketahui Prestasi Blog Anda Dengan Page Speed” dan tipsnya yang banyak aku dah follow. Tu lah blog loading time slow kisah ke?

P/s : Boleh check loading time di http://analyze.websiteoptimization.com dan http://tools.pingdom.com

[ad#advertlets336]

250 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!