Blog Denaihati kenal pembaca setia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri “Blog kenali pembaca anda” adalah entri ringkas untuk membuka mata Rakan Blogger yang mungkin terlepas pandang. Alhamdulillah dua entri balasan INI dan INI telah terhasil sebagai balasan dan pasti ramai Blogger lain sibuk mencari siapakah pembaca setia mereka. Tujuannya mudah supaya kita tidak sesat dalam misteri dunia blogging dan syok sendiri menulis bukan kepadanya.

Bagaimana nak tengok statistik pembaca setia blog anda? Salah satu cara adalah klik Audience di Alexa.com. Bagaimana pulak pembaca setia blog Denaihati.

1. Jantina

Alexa Denaihati

Relative to the general internet population, Males are over-represented at denaihati.com. Confidence : high

2. Umur

Alexa Denaihati

Relative to the general internet population, 18-24 year olds are over-represented at denaihati.com. Confidence : high

3. Pendidikan

Alexa Denaihati

Relative to the general internet population, people some college education are over-represented at denaihati.com. Confidence : medium

4. Lokasi

Alexa Denaihati

Relative to the general internet population, people browsing from home are over-represented at denaihati.com. Confidence : high

5. Pendapatan

Alexa Denaihati

Semua statistik pembaca setia ini boleh jadi panduan semasa merancang penulisan setiap entri baru. Cara penulisan untuk pembaca usia 18 – 24 tahun pasti berbeza dengan pembaca berusia 45 – 54 tahun begitu juga untuk pembaca yang mempunyai tahap pendidikan tinggi dan pendapatan yang tinggi. Sekarang baru aku tahu kenapa ada entri tertentu yang kurang mendapat perhatian. Belajar dari kesilapan.

Setelah blog walking alexa blog kawan-kawan seperti Redmummy.com, Eizil.com, Abangensem.com, Kujie2.com, Eyriqazz.com, Beautifulnara.com, Broframestone.com, Anarm.net, Kakinakl.com, Lizarazak.com, Ladfeamir.com, Akubiomed.com, Pondokkecil.com Yanmieonline.com, Benashaari.com, Puanbee.com, Ciktom.com majoriti pembaca setia mereka adalah wanita belum jumpa lagi pembaca setia lelaki seperti blog Denaihati. Blog anda majoriti pembaca setia lelaki atau wanita?

Ada pembaca yang tanya bagaimana Alexa mendapat statistik di atas, mungkin ramai yang terlupa apabila daftar akaun Alexa semua ini akan ditanya dan database itulah yang telah dianalisa oleh Alexa. Ada pulak tanya apa gunanya Alexa dan bagaimana nak tingkatkan ranking Alexa. Banyak lagi fungsi Alexa bukan sekadar mengetahui pembaca setia sahaja. Kalau rajin selongkarlah entri-entri lama di blog ini ada beberapa entri khas untuk Alexa.

Alexa hanyalah salah satu tools yang boleh mengukur pencapaian blog kepada Blogger yang kisah dengan pencapaian kepada yang tak kisah memang tak penting pun.


Spread the love

95 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!