Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam kesibukan memerhati link-link penyertaan contest iPhone 5 Gadget Impian aku tertarik dengan entri menarik “Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri” oleh Top Blogger Malaysia siapa lagi kalau bukan musuh ketat Abangensem. Kalau belum baca bagus baca untuk mengaktifkan minda yang dah mula terasa-rasa demam cuti sekolah.
Aku dah melalui semuanya bermula dengan kerja makan gaji dengan Kerajaan kemudian kerja makan gaji dengan swasta dan sekarang kerja sendiri. Setiap daripada kita pasti ada matlamat hidup tersendiri dengan keberanian yang berbeza-beza. Aku sejak dari awal memang telah menanam cita-cita untuk kerja sendiri.
Tujuan aku bekerja dengan Kerajaan adalah untuk meningkatkan nilai diri supaya akhirnya aku boleh bekerja dengan swasta dengan gaji yang berlipat kali ganda. Cita-cita aku tercapai setelah enam tahun bertungkus lumus di Jabatan Kerajaan akhirnya aku dapat offer bekerja dengan Syarikat Swasta dengan gaji berlipat kali ganda.
Tujuan aku bekerja dengan swasta pulak untuk mendapat pengalaman dan belajar sistem berniaga yang betul supaya aku dapat menguruskan perniagaan aku dengan baik. Alhamdulillah setelah menceduk berbagai ilmu dan pengalaman selama empat tahun akhirnya aku berhenti bekerja makan gaji dengan swasta dan menubuhkan syarikat katering bersama beberapa orang rakan niaga.
Untuk kerja sendiri kita mesti ada persediaan jangan main redah je. Tapi kalau nak tunggu persiapan 100% seperti komen-komen dalam entri “Bersara Awal Untuk Jadi Kaya” akhirnya memang tak jadi nak kerja sendiri sebab tak akan ada sesiapa yang boleh bersedia seratus peratus. Kalau nak tunggu duit beratus ribu ada dalam bank sampai bila tu? Kalau dah duit ratus ribu dalam bank buat apa pulak nak berhenti kerja baik terus je kerja makan gaji sebab gaji dah besar.
Ada macam-macam cara boleh kita buat untuk kerja sendiri bukan semestinya jadi kontraktor kelas F atau buka syarikat katering sahaja. Kita bermula dari kecil-kecilan yang penting ada hasilnya. Aku sangat tak minat nak cerita projek juta-juta malah ada yang cerita billion-billion tetapi hasilnya memang susah nak dapat tapi duit yang keluar banyak.
Bila kerja sendiri ini kena ada disiplin, rajin, jangan malu, tak boleh cepat emosi dan kreatif. Kalau nak amalkan bangun lewat jangan harap nak sukses. Kalau tak pandai jaga masa asyik lewat temu janji siapa nak percaya. Kena rajin cari idea-idea baru yang kreatif biar simple tapi mesti lain daripada yang lain. Paling penting komunikasi mesti terbaik kerana itu modal paling penting … walaupun poyo je macam Blogger Ini tapi berjaya beliau membina jenama.
Abad 21 ni lagi mudah nak kerja sendiri tak perlu banting tulang duduk rumah mengadap komputer ramai yang dah jadi kaya raya. Yang penting jangan tamak, biar sedikit lama-lama jadi bukit. Yang penting kena belajar skil bagaimana duit yang sedikit boleh kita gandakan jadi banyak dan kemudian baru kita belanjakan. Jangan pulak baru berniaga dah gatal nak pakai kereta mewah, beli rumah mewah dan dating awek mewah memang gelaplah masa depan.
Apa pun hanya mereka yang BERANI GAGAL sahaja boleh kerja sendiri yang lain akan terus kerja makan gaji .. dapat gaji setiap bulan … tak payah pening-pening kepala walaupun tak puashati dengan majikan. Kepada yang nak kerja sendiri bagus kalau ada sifu yang sentiasa jadi tempat rujuk bila ada masalah atau bertukar fikiran untuk go next level.
Cuba bagi cadangan apa Kerja Sendiri yang boleh kita buat kalau nak berhenti makan gaji?
207 Comments
Saya juga kerja sendiri atau lebih tepat lagi menjadi usahawan kerana semua perniagaan saya diuruskan oleh orang dan saya hanya menentukan hala tuju dan memantau perkembangannya sahaja.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..10 amalan usahawan di bulan ramadan
saya belum mampu bekerja sendiri dengan baik.. justeru kekalkan kerja dlm kerajaan yg gaji xberapa besar tp ok la cukup makan pakai semua.. but mmg terpikir nak wat business gak
Curahan rasa mr.pingu @ ..Kisah Hantu
buat kerja dari rumah melalui online. Jadi blogger pun ok juga… 🙂 Hari ni baru saya tahu rupanya kena log in ke dlm blog DH baru boleh komen. Tadi puas cari mana ruang komen. he…
Curahan rasa ieta @ ..TENTANG SEO
kenalilah asal usul barulah bersemangat untuk maju …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 20 )
kadang2 masalah jati diri memang mengganggu kemajuan satu2 bangsa …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 20 )
megenali siapa kita dan tujuan kita di dunia ini akan menjadi motivasi yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemilang …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 20 )
Orang kita perlukan lebiih banyak dorongan untuk berjaya , apa yang penting adalah memaksimakan motivasi diri
Curahan rasa Linda @ ..HTC One X maXimus | Jelly Bean | Android 4.1.1 | Sense 4+
ada jugak yg jadi usahawan part time walaupun masih bekerja makan gaji, cthnya Azizi Ali (pilot) & Eruwan Gerry (jurutera).. EG dedahkan di sini http://bit.ly/kerja-sambilan-makan-gaji
Curahan rasa yatiemn @ ..Kerja part time sambil makan gaji
baru je berhenti dari makan gaji, hehe. alhamdulillah, bina base dulu utk kerja sendiri, masa sendiri. tak byk beza pun dari segi komitmen cuma masa lebih fleksible.
Curahan rasa Mommy Lyna @ ..Tips Memulakan Bisnes Online
kalau kita hendak mengembalikan kegemilangan empayar Nusantara kita hendaklah menjadi pedagang yang berjaya dan terbaik …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Indiana Jones di Malaysia
Comments are closed.