Menjadikan Pembaca Setia Blogger Terkenal

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog tanpa pembaca ibarat irama tanpa lagu melainkan menulis blog sebagai diari untuk diri sendiri. Menulis blog memang hak peribadi jadi pembaca tak boleh nak komplen rasa tak suka jangan baca pindah blog lain. Kekadang menulis blog pun jadi isu apabila ada pembaca yang tidak suka dengan penulisan Blogger terutama yang berkaitan kisah peribadi.

Walaubagaimana kalau kita menulis blog untuk tatapan ramai kenalah menulis mengikut citarasa pembaca setia jangan syok sendiri. Blogger kena pandai bezakan samada blog kita blog peribadi atau blog tatapan ramai. Hati pembaca setia kena jaga kerana mereka selalunya akan meningkatkan profile seorang Blogger jadi terkenal. Pembaca setia akan bantu Blogger apabila mereka kongsikan entri dengan rakan-rakan lain melalui Facebook, Twitter dan sosial media yang lain.

“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan Affiliate dari Sifu Affiliate En Taitan iaitu Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Memang seronok apabila pembaca setia membantu kita jadi Blogger terkenal tapi bagaimana pula kalau kita jadikan pembaca setia kita Blogger terkenal. Pasti pembaca setia kita akan gembira apabila kita bantu mereka jadi Top Blogger.

blogger top di sbb 2013

Antara perkara yang boleh dibuat untuk menjadikan pembaca setia kita terkenal :

1. Menulis entri khas untuk ulasan komen yang terbaik yang ditinggalkan di entri tertentu seperti entri Membina Jenama Dengan Niche Blog.

2. Lawat blog pembaca setia kita dan cari entri yang menarik yang sesuai dengan pembaca blog kita, buatkan entri ulasan dengan memberi backlinks kepada blog tersebut sebagai contoh entri Makan Gaji vs Kerja Sendiri.

3. Pemberi peluang pembaca setia menjadi penulis jemputan samada mempromosi blog mereka atau memberi tajuk tertentu untuk dibincangkan sebagai contoh entri Impian Seorang Penulis Blog.

4. Menulis entri khas ulasan blog dan Blogger tertentu seperti Segmen Bersama Blogger Terkenal Ini.

5. Beri peluang pembaca setia mempromosi diri mereka di sosial media kita.

Banyak lagi cara menjadikan pembaca setia kita terkenal yang mungkin pernah dilakukan oleh Rakan Blogger yang boleh dikongsikan diruangan komen.

Ada ke Rakan Blogger yang jadi Blogger terkenal dari blog Denaihati?


Spread the love

117 Comments

  1. Saya nak tambah lagi satu. Kalau niche blog kita bukan politik yang menjadi keutamaan. Jangan kita tulis artikel yang menunjukkan kita menyokong satu pihak. Sebab pembaca bukan semuanya sokong parti apa yang kita sokong. Kalau nak ulas bab politik, mohon ulasan neutral bukan ulasan yang menunjukkan kita menyokong sebelah pihak..
    Curahan rasa Bidadari @ ..Telatah :Degil tu takpe, asalkan jangan makan pedas banyakMy Profile

  2. Betul kata DH tu, saya sendiri pun kadang2 segan nak komen kat blog DH yang terkenal ni, tetapi bila saya dah jumpa DH personally..senang sangat cara DH layan kami orang baru ni.

    Istilah terkenal itu boleh saya katakan jangan diambil kisah sangat…pendapat sama mcm DH, kita sesama blogger seeloknya tak kira terkenal atau tidak sama2 hormat menghormati dan layan pembaca blog kita dengan baik 🙂
    Curahan rasa AkmaOmar @ ..Bagaimana Epic Pocket Mencipta Peluang Buat DuitMy Profile

  3. Apa yang lebih meggembirakan adalah apabila top blogger sudi singgah blog blogger baru walaupun blog tersebut tidak sehebat blog lain. Bukan sahaja singgah malah ditinggalkan juga komen2 bernas. Kekadang kecewa juga ada top blogger yang langsung taknak tinggalkan jejak pada pembaca setia blog mereka sebab merasakan blog tersebut tidak setanding.. hmmm…
    Curahan rasa halif @ ..Impian Haji dan UmrahMy Profile

  4. eemmm…tadi pagi masuk tak blh, patutlah keluar wajah baru rupanya haaaa…

    Assalamualaikum DH, eemm.betul jugakan, kena menghargai para pembaca kita, apa lagi yg setia bersama dari awal..terima kasih atas tipsnya, InsyaAllah…akan KY praktikkan dari hari ke hari..
    Curahan rasa KY @ ..Kalau Dah JodohMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!