Bersama Broframestone

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiba-tiba teringat pada Lelaki Kacak Blogger Malaysia yang sorang ini. Seorang Blogger Malaysia yang ada karakter dan mempunya perwatakan kepimpinan .. patutlah rupanya dulu masa belajar di UNITAR beliau President Majlis Perwakilan Pelajar 2006/2007. Aku memang sangat hormat beliau sebagai seorang Blogger .. kalau dapat team up sama-sama mesti best ni.

Pertama kali berjumpa ketika itu beliau ada projek dengan Advertlets. Beliau memang sporting sebab sudi datang beberapa majlis anjuran team Denaihati antaranya Majlis Sepetang Bersama Blogger dan IFTAR Ramadhan di Cititel dan Shah Alam.

Siapa Lelaki Kacak Blogger Malaysia kalau bukan Bro Syukri Mohammad Nor atau lebih dikenali sebagai BROFRAMESTONE yang mengendalikan blog berstatus PR3 Broframestone.com. Aku memang salah seorang silent reader blog beliau dan sesekali terjah juga kotak komen bila baca isu-isu menarik.

Blog Broframestone.com ini memang ada kelainan daripada blog-blog yang lain cuma komen ikhlas aku tentang saiz font untuk entri agak kecil. Cadangan ini aku kongsikan di FB Group Denaihati maka lahirlah beberapa cadangan membina daripada Rakan FB yang lain antaranya :

1. Ku Jie : sama… font kalau besar sikit, ok dah.

2. Mohd Aslam : tulisan kena besar skit. bolh bkk cermin mata aku bila nk baca nnti.

3. Effort Zuls : bila masuk blog Bro Framestone mesti nak kena skroll ke bawah untuk lihat tajuk terbaru. Sebab saya hampir sepanjang masa kerja depan komputer, kalau dapat dikurangkan scrolling itu lagi bagus.

4. Hadihaizil Din : komen ni mungkin lebih teknikal… cuma banyak gambar yang digunakan dalam thumbnail penyenaraian artikel tu adalah bersaiz yang besar dan bukannya yang telah di resize, ini boleh menjejaskan performance blog… cara terbaik adalah dengan menggunakan fungsi thumbnail wordpress untuk memuat naik gambar-gambar yang akan digunakan untuk thumbnail di penyenaraian artikel (sekarang ni thumbnail ditarik terus dari source asal seperti facebook dll).

Paling best komen dari Nazrien Zaraini yang aku sendiri pun terlepas pandang … patutnya header tu tlis bakal tan sri dan puan sri, bukan datin sri hehehe.

Broframestone

Ini jawaban Bro Framestone secara bergurau : untuk korang… screen korang semuanya besar gedabak sebenarnye.. cer pakai resolution macam screen bro.. sure korang nampak besar he..23x

Tak lama lagi beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama permata hati pilihan beliau … Iera Nazirah.

Iera Kan

Iera Nazirah juga seorang Blogger kalau tak silap bekerja di HUKM sebumbung dengan Fatin Liyana.

Teringin juga sponsor sesuatu untuk majlis persandingan mereka berdua ni .. nanti nak bincang-bincang dengan Broframestone .. mana tahu kot-kot boleh letak logo Denaihati kat pelamin diaorang kih 23x.

Kepada yang belum pernah singgah blog Broframestone.com apa lagi joom sekarang … banyak ilmu dan tips blogging boleh diperolehi lagi satu Broframestone ni pun banyak projek untuk Blogger Malaysia.

108 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!