Mengubah budaya hidup sebelum ekonomi bertambah parah

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, ketika iftar bersama meraikan seorang sahabat yang akan mengerjakan umrah Ramadhan kami berbual hal ekonomi dunia. Seorang sahabat berkata beliau mendapat tahu dari sahabatnya yang baru pulang dari London bahawa ekonomi London pun sangat teruk sekarang. Memang sesungguhnya bukan sekadar ekonomi Malaysia atau ekonomi London malah ekonomi dunia tidak stabil cuma ramai dikalangan kita kurang membaca fakta lebih membaca gosip di sosial media sehingga tidak mengetahu keadaan teruknya ekonomi dunia. Tak percaya kita sedang mengahadapi krisi ekonomi dunia, lihat berapa ramai sahabat-sahabat kita yang sedang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

make money online dengan facebook

Keruntuhan ekonomi yang berlaku di Greece adalah salah satu iktibar betapa rakyat tidak mahu mengubah kehidupan mewah walaupun sudah nyata ekonomi negara mereka diambang keruntuhan. Ramai yang membandingkan jumlah hutang negara Greece dengan hutang negara Malaysia dan menjangka Malaysia juga akan muflis seperti Greece. Aku juga yakin Malaysia bakal menjadi seperti Greece tetapi bukan kerana perbandingan jumlah hutang tetapi sifat rakyat Malaysia yang tidak mahu mengubah gaya hidup. Berapa ramai di kalangan kita yang bersedia mengubah gaya kehidupan seperti yang aku cadangkan dalam entri “Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia“. Memanglah Kerajaan ada tanggungjawap untuk menguruskan ekonomi tetapi kalau rakyat tidak membantu maka sia-sia semua usaha seperti yang berlaku di Greece.

buat duit dengan facebook

Rata-rata majoriti status di sosial media tidak dapat menerima hakikat bahawa dunia di ambang kemerosotan ekonomi dan rakyat terus menagih hak yang sama seperti Malaysia kaya selamanya. Di Greece rakyat tidak mahu berkorban apabila ekonomi negara runtuh sehingga Persatuan Ekonomu Eropah memberi bantuan pakej ekonomi dengan syarat-syarat yang ketat. Untuk memastikan mereka mendapat hak yang sama rakyat Greece telah menukar kerajaan tetapi kerajaan baru tidak dapat membantu mengubah nasib kerana rakyat sendiri tidak mahu mengubah budaya hidup mereka. Jadi kalau rakyat Malaysia juga berpendirian yang sama seperti rakyat Greece sudah pasti keadaan yang sama juga bakal berlaku kepada kita.

Ekonomi sesebuah negara juga seperti kehidupan umat Islam, setelah sebelas bulan kita hidup mewah makan siang dan malam maka ALLAH perintahkan untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan kita perlu mengubah jadual dan cara hidup supaya di akhir Ramadhan kita mendapat berbagai manafaat berganda. Begitu juga ekonomi sesebuah negara tidak akan terus mewah sepanjang masa, bila tiba masa ALLAH akan uji dengan kemerosotan ekonomi. Manusia yang dapat menerima kenyataan dengan mengubah jadual dan cara hidup pasti akan berjaya mengharungi dekad kemerosotan ekonomi malah kepada yang pandai mencari peluang akan menjadi kaya raya.

Kerja Sendiri

Kami sekarang sedang sedang bersedia mengharungi kemerosotan ekonomi dunia dengan bukan mencari salah orang tetapi menyelongkar segala peluang yang akan terhidang untuk mencipta lebih banyak duit dan lebih banyak kejayaan. Ini bukan masa untuk mengeloh dan berputus asa tetapi masa mencari peluang pendapatan kedua. Dalam keadaan ekonomi yang meruncing kita tiada pilihan selain memilih projek yang yang boleh memberi pulangan walaupun dihati bukan yang kita suka.

Anda pulak bagaimana??

139 Comments

  1. Rasanya tidak salah kita mencuba perniagaan sampingan disamping kerja tetap. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban membesarkan anak-anak. Salah satu cabangnya adalah bisnes internet. Seperti kata mentor, Irfan Khairi dalam post terbaru.. dalam perniagaan internet, siapa cepat dia dapat.!!

    terima kasih denaihati, you are the best.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!