Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, ketika iftar bersama meraikan seorang sahabat yang akan mengerjakan umrah Ramadhan kami berbual hal ekonomi dunia. Seorang sahabat berkata beliau mendapat tahu dari sahabatnya yang baru pulang dari London bahawa ekonomi London pun sangat teruk sekarang. Memang sesungguhnya bukan sekadar ekonomi Malaysia atau ekonomi London malah ekonomi dunia tidak stabil cuma ramai dikalangan kita kurang membaca fakta lebih membaca gosip di sosial media sehingga tidak mengetahu keadaan teruknya ekonomi dunia. Tak percaya kita sedang mengahadapi krisi ekonomi dunia, lihat berapa ramai sahabat-sahabat kita yang sedang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
Keruntuhan ekonomi yang berlaku di Greece adalah salah satu iktibar betapa rakyat tidak mahu mengubah kehidupan mewah walaupun sudah nyata ekonomi negara mereka diambang keruntuhan. Ramai yang membandingkan jumlah hutang negara Greece dengan hutang negara Malaysia dan menjangka Malaysia juga akan muflis seperti Greece. Aku juga yakin Malaysia bakal menjadi seperti Greece tetapi bukan kerana perbandingan jumlah hutang tetapi sifat rakyat Malaysia yang tidak mahu mengubah gaya hidup. Berapa ramai di kalangan kita yang bersedia mengubah gaya kehidupan seperti yang aku cadangkan dalam entri “Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia“. Memanglah Kerajaan ada tanggungjawap untuk menguruskan ekonomi tetapi kalau rakyat tidak membantu maka sia-sia semua usaha seperti yang berlaku di Greece.
Rata-rata majoriti status di sosial media tidak dapat menerima hakikat bahawa dunia di ambang kemerosotan ekonomi dan rakyat terus menagih hak yang sama seperti Malaysia kaya selamanya. Di Greece rakyat tidak mahu berkorban apabila ekonomi negara runtuh sehingga Persatuan Ekonomu Eropah memberi bantuan pakej ekonomi dengan syarat-syarat yang ketat. Untuk memastikan mereka mendapat hak yang sama rakyat Greece telah menukar kerajaan tetapi kerajaan baru tidak dapat membantu mengubah nasib kerana rakyat sendiri tidak mahu mengubah budaya hidup mereka. Jadi kalau rakyat Malaysia juga berpendirian yang sama seperti rakyat Greece sudah pasti keadaan yang sama juga bakal berlaku kepada kita.
Ekonomi sesebuah negara juga seperti kehidupan umat Islam, setelah sebelas bulan kita hidup mewah makan siang dan malam maka ALLAH perintahkan untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan kita perlu mengubah jadual dan cara hidup supaya di akhir Ramadhan kita mendapat berbagai manafaat berganda. Begitu juga ekonomi sesebuah negara tidak akan terus mewah sepanjang masa, bila tiba masa ALLAH akan uji dengan kemerosotan ekonomi. Manusia yang dapat menerima kenyataan dengan mengubah jadual dan cara hidup pasti akan berjaya mengharungi dekad kemerosotan ekonomi malah kepada yang pandai mencari peluang akan menjadi kaya raya.
Kami sekarang sedang sedang bersedia mengharungi kemerosotan ekonomi dunia dengan bukan mencari salah orang tetapi menyelongkar segala peluang yang akan terhidang untuk mencipta lebih banyak duit dan lebih banyak kejayaan. Ini bukan masa untuk mengeloh dan berputus asa tetapi masa mencari peluang pendapatan kedua. Dalam keadaan ekonomi yang meruncing kita tiada pilihan selain memilih projek yang yang boleh memberi pulangan walaupun dihati bukan yang kita suka.
Anda pulak bagaimana??
139 Comments
kena penstrukturan semula ekonomi diri sendiri, kawal belanja dan berjimat sebanyak mungkin.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bajet Sangkut Lepas Hari Raya
di pihak rakyat DAN pemerintah memang kena berjimat dan berhemah dalam berbelanja…
Curahan rasa Oja Samid @ ..Rambut Nipis dan Gugur, Apa Nak Buat?
jika masih ada yang mengeluh berarti memang tak pernah update berita.
apalagi sekarang,,, harga semakin naik,, sedangkan pendapatan masih tetap atau malah turun…
Curahan rasa herbal anak dan ibu hamil @ ..Tips Cara Mengatasi Anemia pada Ibu Hamil
Penjimatan harus dimulakan dengan penguasa , bangsawan termasuklah istanawan… takkan rakyat dulu yg jadi mangsa penjimatan dan terpaksa berkorban…
Curahan rasa muhammad nizam @ ..TIBA SATU KETIKA KAU AKAN BERAK MERATA
Yeap .. kena berusaha cari lubuk rezeki yang pelbagai untuk tambah pendapatan … kalau masih lagi selesa di tempat biasa, susah nanti
Curahan rasa hasrul hassan @ ..10 Blog Niche Menguntungkan Letak Iklan Adsense
Betul tu bro HH, ada semangat aje kalau tak ambil tindakan takkan kemana…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Kerja Part Time Cara Superhero
Memang terasa sekarang bila kos sara hidup makin tinggi. Jika ada pendapatan kedua sekurang-kurangnya dapat membantu jika keadaan ekonomi makin parah.
Curahan rasa 7 Sudu @ ..5 Makanan Yang Tidak di Simpan Dengan Betul
7 sudu: Memang kena cari side income atau pasif income untuk bantu poket yang bocor tu..
Curahan rasa Sani @ ..Jom Beramal Bersama Amal Till Jannah
ya betul ,kene ada pendapatan kedua ketiga dan keempat , mungkinkah?
Curahan rasa muhammad nizam @ ..#Cabaran20Hari Kenangan Raya Zaman Kanak-kanak
Usahakan sungguh-sungguh agar berhasil pendapatan kedua..sebab mengeluh pun dah tiada guna lagi
.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerja Separuh Masa Yang Santai
Kalau kita asyik nak mengeluh dan salahkan orang lain, ia tidak akan berhasil, buatlah sesuatu atau ambil tindakan..
Curahan rasa Sani @ ..MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY
aduh..
bimbang dan pedih dengan kenyataan bahawa negara kita bakal menghadapi keadaan yang sama seperti di greece.
semoga dipermudahkan urusan kita semua..
Curahan rasa azlina hamdan @ ..PENGALAMAN PAHIT MANIS GUNA MESIN ATM DAN CHEQUE DEPOSIT MACHINE..
Usahakan sungguh-sungguh agar berhasil pendapatan kedua..sebab mengeluh pun dah tiada guna lagi
.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerja Separuh Masa Yang Santai
Sebagai seorang ibu dan istri, perekonomian Indonesiapun juga sedang lesu dan lemah. Harga semakin melonjak tinggi, serba susah.
tabik..
Curahan rasa Gianti @ ..7 tanda peringatan ini cuma ada di kosan Indonesia loh!
Makin bimbang pun ye juga. Sama2 kita tingkatkan taraf ekonomi keluarga..huhu
Curahan rasa attiey @ ..7 Langkah Yang Berguna Jika Anak Alami Alahan Telur
sama dengan saya, menjelang akhir ramadan ini saya giat mencari kuih yang berbaloi untuk dihidangkan pada tetamu, jimat sedikit.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Langsai PTPTN Cara Pantas
Memang benar harus mengatur dengan seriusan keuangan kita . Sekarang apa” semua serba mahal jika tidak di atur ekonomi keuangan kita akan semakin parah nantinya
Sokong sangat tuan..sekarang memang kena usaha sungguh-sungguh. Demi anak2 yang masih panjang perjalanan hidup.
Curahan rasa Mama Nadia @ ..Apa maksud GMO dan Non-GMO?
harap2 malaysia selamat dari bencana menimpa greece, kalau tengok nilai ringgit minggu ni makin merudum hari demi hari
Curahan rasa shah @ ..Phytocol-ST! Agen kurangkan kolesterol tinggi
Comments are closed.