Bisnis yang kita suka atau yang buat kita suka

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini aku nak kongsikan pengalaman berniaga. Sejak sekolah rendah lagi aku suka berniaga dengan bermula menjual nasi lemak dan kuih muih kepada kawan-kawan sekolah. Dari darjah tiga sudah mula berniaga dan tak pernah lagi kena marah dengan guru disiplin mungkin sebab semua jualan habis dalam perjalanan tak sempat sampai sekolah.

Macam-macam perniagaan yang aku pernah buat dari berniaga kecil-kecilan menjual kerepek, menjual jam tangan, menjual sabun basuh dan sebangainya. Minat berniaga bukan sekadar sebab nak ikut sunnah Nabi dan 9/10 rezeki dari berniaga tetapi nak keluar daripada kesusahan hidup. Semasa bekerja duit gaji memang tak pernah cukup dan banyak hutang. Pernah beberapa tahun aku dikejar tiga bank akibat hutang kredit kad yang tidak berbayar.

make money online dengan facebook

Bila nak berniaga soalan biasa nak buat bisnis apa? Ramai yang kata berniaga apa yang kita tahu atau apa yang kita minat lebih mudah. Daripada pengalaman aku kenyataan itu ada betul tapi banyak salahnya. Ramai sahabat-sahabat aku yang pakar memasak tetapi gagal apabila berniaga dalam bidang yang mereka pakar. Memang seronok bila kita pandai masak dan kita buka restoran atau syarikat katering. Kita buat apa yang kita tahu jadi kerja kita lebih mudah. Dalam perniaga bukan seronok yang dikira tetapi yang lebih penting hujung bulan berapa keuntungan bisnis kita. Kalau kita seronok masak tetapi setiap bulan perniagaan kita rugi agak-agak berapa lama kita boleh bertahan.

Aku belajar daripada ramai usahawan berjaya, majoriti mereka tidak buat bisnis yang mereka suka. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan baru mereka akan buat analisa pasaran untuk melihat jenis perniagaan yang boleh memberi keuntungan. Usahawan yang berjaya lebih suka memilih perniagaan yang buat mereka suka dengan keuntungan yang berlipat kali ganda setiap bulan.

Sistem Trafik Percuma Facebook

Sejak awal tahun 2000 aku sudah mengubah cara bisnis aku dengan memilih perniagaan yang boleh buat aku suka dengan keuntungan berlipat kali ganda. Aku mula berbisnis beberapa perniagaan yang dulu aku benci kerana bagi aku itu sahaja cara untuk aku keluarkan diri daripada masalah kewangan yang tidak berkesudahan. Alhamdulillah pengorbanan aku bertukar kepada perniagaan yang dahulunya aku benci telah berjaya mengubah ekonomi, bebas daripada hutang dan mempunyai kebebasan masa sehingga boleh menjadi blogger yang berjaya.

Perasaan tidak suka pada satu-satu jenis perniagaan boleh berubah apabila keuntungan mula masuk ke poket. Belum tentu bisnis yang kita suka disukai oleh orang ramai jadi mungkin rakan-rakan yang nak memulakan perniagaan boleh fikir-fikir. Mungkin juga kawan-kawan yang sudah buat macam-macam bisnis tetapi gagal boleh fikir-fikirkan apa yang aku coretkan ini.

77 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!