Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Kalau sebelum ini aku menulis kisah Rahsia Masjid Nabawi Madinah yang ramai jemaah Umrah terlepas pandang dan majoriti kerana kesuntukan masa ketika menziarahi Kota Madinah.
Selain menziarahi tempat-tempat rahsia Masjid Nabawi pasti ramai jemaah teringin sangat masuk ke dalam Kaabah. Impian untuk masuk ke dalam Kaabah hanya impian yang tidak akan menjadi kenyataan kerana hanya pemimpin terpilih sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Kaabah.
Pintu Kaabah hanya dibuka dua kali setahun untuk pembersihan iaitu pertengahan Syaaban dan selepas musim haji. Antara Ulama Malaysia yang pernah terpilih masuk dalam Kaabah adalah Datuk Harun Din, beruntunglah beliau. Berikut beberapa gambar dalam Kaabah yang dikongsikan di sosial media ketika Raja Salman mengetuai membersihkan dalam Kaabah.
SemAga suatu hari nanti Allah SWT pilih kita menjadi tetamunya mengerjakan Umrah dan Haji yang merupakan rukun Islam, wajib kepada yang mampu tanpa alasan. Kepada yang belum ada azam, pasang niat sungguh-sungguh dari sekarang untuk mengerjakan Haji dan Umrah insyaa Allah ada jalan yang tidak disangka-sangka kepada yang bersungguh.
46 Comments
semoga pihak arab saudi dapat jaga kaabah denan baik tanpa dicerobohi musuh2 islam
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
bertuahnya sapa dapat masuh. bukan sembarangan org je ni. kebanyakkannya pemimpin negara
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
dalam erti kata sains…. nukleus bumi….islam dan sains adalah ‘kawan baik’
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Beberapa Kriteria Perlu Dibuktikan Penemuan Serpihan Sayap (Flap) Di Pulau La Reunion Dekat Madagaskar Milik Boeing 777 9M-MRO, MH370
dalam sains, walau macam mana susah atau rumit sekali pun jawapannya pasti berbalik kpd al quran
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
Subhanallah.. Moga saya dan keluarga diizinkan oleh Allah swt untuk menzirahi rumah Allah ini dalam masa tahun terdekat, insyaAllah..^_^
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..5 Cara Bantu Anak Suka Makan Sayur dan Buah (Part I)
terima kasih kerana kongsikan artikel ini .. saya sangat mengimpikan untuk menjejak kaki di mekah insyallah.. niat dengan ikhlas semoga kita berpeluang ke sana..
Curahan rasa mohd rawi @ ..Cara Solat Dhuha yang mudah
Harap suatu hari bisa menjejakkan kaki di tempat yang penuh keutamaan ini semoga Allah Perkenankan
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Susah sebenarnya nak dpt gambar dlm kaabah ni. Mereka tak nak kongsikan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Shopping Online Murah di Ensogo
Comments are closed.