Mengubah budaya hidup sebelum ekonomi bertambah parah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, ketika iftar bersama meraikan seorang sahabat yang akan mengerjakan umrah Ramadhan kami berbual hal ekonomi dunia. Seorang sahabat berkata beliau mendapat tahu dari sahabatnya yang baru pulang dari London bahawa ekonomi London pun sangat teruk sekarang. Memang sesungguhnya bukan sekadar ekonomi Malaysia atau ekonomi London malah ekonomi dunia tidak stabil cuma ramai dikalangan kita kurang membaca fakta lebih membaca gosip di sosial media sehingga tidak mengetahu keadaan teruknya ekonomi dunia. Tak percaya kita sedang mengahadapi krisi ekonomi dunia, lihat berapa ramai sahabat-sahabat kita yang sedang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

make money online dengan facebook

Keruntuhan ekonomi yang berlaku di Greece adalah salah satu iktibar betapa rakyat tidak mahu mengubah kehidupan mewah walaupun sudah nyata ekonomi negara mereka diambang keruntuhan. Ramai yang membandingkan jumlah hutang negara Greece dengan hutang negara Malaysia dan menjangka Malaysia juga akan muflis seperti Greece. Aku juga yakin Malaysia bakal menjadi seperti Greece tetapi bukan kerana perbandingan jumlah hutang tetapi sifat rakyat Malaysia yang tidak mahu mengubah gaya hidup. Berapa ramai di kalangan kita yang bersedia mengubah gaya kehidupan seperti yang aku cadangkan dalam entri “Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia“. Memanglah Kerajaan ada tanggungjawap untuk menguruskan ekonomi tetapi kalau rakyat tidak membantu maka sia-sia semua usaha seperti yang berlaku di Greece.

buat duit dengan facebook

Rata-rata majoriti status di sosial media tidak dapat menerima hakikat bahawa dunia di ambang kemerosotan ekonomi dan rakyat terus menagih hak yang sama seperti Malaysia kaya selamanya. Di Greece rakyat tidak mahu berkorban apabila ekonomi negara runtuh sehingga Persatuan Ekonomu Eropah memberi bantuan pakej ekonomi dengan syarat-syarat yang ketat. Untuk memastikan mereka mendapat hak yang sama rakyat Greece telah menukar kerajaan tetapi kerajaan baru tidak dapat membantu mengubah nasib kerana rakyat sendiri tidak mahu mengubah budaya hidup mereka. Jadi kalau rakyat Malaysia juga berpendirian yang sama seperti rakyat Greece sudah pasti keadaan yang sama juga bakal berlaku kepada kita.

Ekonomi sesebuah negara juga seperti kehidupan umat Islam, setelah sebelas bulan kita hidup mewah makan siang dan malam maka ALLAH perintahkan untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan kita perlu mengubah jadual dan cara hidup supaya di akhir Ramadhan kita mendapat berbagai manafaat berganda. Begitu juga ekonomi sesebuah negara tidak akan terus mewah sepanjang masa, bila tiba masa ALLAH akan uji dengan kemerosotan ekonomi. Manusia yang dapat menerima kenyataan dengan mengubah jadual dan cara hidup pasti akan berjaya mengharungi dekad kemerosotan ekonomi malah kepada yang pandai mencari peluang akan menjadi kaya raya.

Kerja Sendiri

Kami sekarang sedang sedang bersedia mengharungi kemerosotan ekonomi dunia dengan bukan mencari salah orang tetapi menyelongkar segala peluang yang akan terhidang untuk mencipta lebih banyak duit dan lebih banyak kejayaan. Ini bukan masa untuk mengeloh dan berputus asa tetapi masa mencari peluang pendapatan kedua. Dalam keadaan ekonomi yang meruncing kita tiada pilihan selain memilih projek yang yang boleh memberi pulangan walaupun dihati bukan yang kita suka.

Anda pulak bagaimana??


Spread the love

139 Comments

  1. Memang sesiapa yang tak buat back up sekarang ni samada bisnes atau kerja kena jaga-jaga. Bila -bila masa boleh di berhentikan atau buying power menurun produk tak laku.Saya back up main bisnes saya sejak 3 tahun lepas. Alhamdulillah back up ni menjadi dan time raya lagi banyak sale boleh dapat. Kena kreatif nak dapat dan maintain customer supaya duit sentiasa ada. Semoga kita semua selamat.
    Curahan rasa rahimah @ ..Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )My Profile

  2. sedih bila tengok berita, ramai yang telah dibuang kerja dan bakal dibuang kerja.. tapi yakin dengan rezeki dari Allah, andai kita berusaha inshaAllah dipermudahkan oleh-Nya.
    Curahan rasa Dkna Abza @ ..Kes Dera Anak Lagi ?My Profile

  3. Kini bukan untuk berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Melihat keadaan nilai ringgit sekarang yang jatuh, ekonomi kita sekarang semakin teruk, oleh itu kita kena cari alternatif yang lain agar tidak terbeban dengan ekonomi sekarang.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Lif Kejayaan Jadi ImpianMy Profile

  4. Salam Ramadhan.. bulan yang mulia ini kita perbanyakkan sedekah agar dengan cara begini, Allah Taala akan lipat gandakan rezeki kita dan dapat hidup lebih banyak kejayaan daripada terus dirundung malang.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Lif Kejayaan Jadi ImpianMy Profile

  5. sekarang kena rajin cari side income. kalau tak rajin, memang tak cukup. lagi pun kita tidak boleh mengeluh. kalau kita rasa susah, ada lagi yang lagi susah dari kita.

  6. Wang atau matawang bukanlah nilai sebenar kerana ianya dikaitkan dengan sentimen pasaran semasa, kebolehpercayaan orang luar kepada kerajaan dan juga pelaburan dari luar ke dalam negara. Naiknya RM kebanyakan disebabkan oleh kepercayaan luar terhadap kerajaan Malaysia. Lihat sahaja pada tahun 2011 sebelum pilihan raya, nilai RM cukup tinggi dimana hampir mencecah nilai “sebenar sebelum kegawatan 1997” iaitu di bawah RM3 bagi setiap dollar amerika. Semuanya ada kait mengait diantaranya, kecuali anda mengata komoditi yang semesti mempunyai permintaan yang tinggi setiap masa. Contoh komoditi adalah besi, kopi yang mana setiap hari kita menggunakannya atau membelinya atau meminumnya. Tidak kira harganya mahal atau murah, kita tetap terpaksa beli juga. Maka komoditi “imun” daripada semua masalah di atas. Penjimatan hanya sebagai satu langkah sementara, namun jika tiada aliran tunai, RM juga tak mungkin naik.
    Curahan rasa Zulfaka bin Ali @ ..Kerja dan diberhentikan kerja-Part 1My Profile

  7. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharuanya bertindak dari sekarang.. Kejadian di Greece betul2 memberi pengajaran kepada mereka yang tidak berhati-hati.

    Jika kita tidak mampu, usakanlah dengan apa yang ada ditangan.

    Jangan terlalu menyalahkan orang lain, kerana kalau kita lapar, begitu susah nak mencari mereka yang boleh tolong menyuapkan.
    Curahan rasa Zehn Ali @ ..Cara Untuk Kekal ProduktifMy Profile

    1. Saya syorkan semua Rakyat Malaysia perlu mempunyai lebih dari satu sumber pendapatan.. Sekurang-kurangnya perlu ada dua sumber pendapatan.. Supaya bila backup sekiranya pendapatan tidak mencukupi..
      Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit Raya Di Mudah.myMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!