Assalamualikum dan salam 1Dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad siapa yang tidak kenal di Malaysia hinggalah keseantaro dunia. Malay Dilemma antara buku yang paling kontroversi ditulis oleh Dr Mahathir atau nama timangannya Che Det. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan berjaya mentransformasi Malaysia dari negara pertanian kepada negara membangun.
Dr Mahathir baru sahaja melancarkan buku terbaru bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Buku Memoir Dr Mahathir setebal 800 muka surat mengisahkan kisah hidup beliau selama 85 tahun dan pengalaman memerintah Malaysia selama 22 tahun. Kita orang muda bagus sangat baca buku ini mengambil pengajaran untuk panduan meneruskan perjuangan dalam hidup yang semakin mencabar.
Dr Mahathir susuk tubuh yang memang sangat aku hormati. Pengalaman peribadi menguruskan makanan beliau selama seminggu di Hospital UKM suatu masa dahulu memang tidak dapat dilupakan. Sepanjang seminggu itu Che Det hanya sekali sahaja makan nasi itu pun Nasi Ayam. Masih teringat lagi bagaimana beliau mengajar aku untuk memasak Mee Goreng Mamak yang betul. Ada beberapa kali hanya aku seorang melayan Tun yang ditempatkan di wad VVIP. Beliau menasihatkan aku untuk berusaha bersungguh menjadi manusia yang berguna dan berjaya
Pertemuan seminggu itu tidak berakhir begitu sahaja beberapa tahun kemudian syarikat katering aku telah diberi peluang untuk menyediakan makanan untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana (rumah kediaman Perdana Menteri Malaysia) sebanyak 4 tahun berturut-turut dan jamuan-jamuan kecil di Seri Perdana serta Pejabat Perdana Menteri. Sumbangan terakhir aku untuk Tun Dr Mahathir adalah menyediakan Jamuaan Perpisahan di Pejabat Perdana Menteri di hari terakhir beliau menjadi PM.
Tun Dr Mahathir jasa mu tetap ku kenang.
62 Comments
Mahathir Muhammad sosok yang begitu kharismatik
Curahan rasa News Blog @ ..Pakistans Plane was forced to land in Makassar
ada rakan di kanada ni cakap, die kenal dr mahathir. wow
Curahan rasa Affan @ ..Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara
Kenapalah buku ini tidak dibuat dalam bentuk ebook, murah dan boleh dibawa ke mana-mana. Ada budget boleh beli buku ni.
Tun M memang pemimpin Malaysia sejati. Selepas sahaja Tun M meletakkan jawatan, Malaysia tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber. Mungkin satu kesilapan yang beliau sendiri sedari, tidak menyediakan pelapis untuk mereka yang harus menjadi ketua negara.
Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Blogspot blocked again
KALAULAH MALAYSIA ADA 100 ORANG MACAM BELIAU,MAJU MALAYSIA 2011…HEHEHE.. 😉
saygnye..masih ad yg x nmpk ape yg dy da bg kt negare.xnmpk betape dy sgt berjase kpd negare..pe pon,sy sgt bersyukur krna dpt merasa nikmat berada d bwh pimpinannye!!
pemimpin berjiwa rakyat yang harus dicontohi…i liked.
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Tips Untuk Tidak Menjadi Seorang Pelupa
ya, betul tu bro..
Sejuk mata memandang tengok cover buku tu. Tun M memang pemimpin yang paling saya hormati. Setiap kata-katanya semuanya berisi. Saya paling suka ideanya yang sentiasa bernas. Sayangnya saya cuma berpeluang bertemunya cuma sekali sahaja. Tak berpeluang nak mengorek ilmunya. Saya cuma ingat pesannya “kalau saya boleh jadi doktor kenapa awak tak boleh?”
Curahan rasa Norasikin @ ..Hari Ini Hari Betuah Saya
Ini penglaman saya sendiri ketika berada diluar negara apabila sebut Malaysia akan sinonim nama Tun Dr. Mahathir akan disebut. Ia satu kebanggaan apabila Malaysia dikenali di mata dunia
Curahan rasa akubiomed @ ..Apa Yang Bagus Sangat Belajar di Mesir Ni
Saya bangga kerana menjadi anak Malaysia…
nk kene beli ni,
Terkini : Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan Dibatalkan
Curahan rasa suffer8zine @ ..Jual Aiskrim Susu Badan
patut kawan sampai ikat perut katanya nak beli buku ni. hahaha . btw, mahathir baru dtg utp few weeks ago. ouhhhh beliau idola saya sejak dulu! =.=
biar betul, wah kamu memang kewl lah. bila la dia nak datang kuantan ek
biasalah syahril.. UTP ni kan ada kena ngena ngan beliau :)) so sllu dia dtg sni. heheheh~
Wah.. memang peminat setia Tun sampai sanggup ikat perut beli buku ni. Bertuah kamu Eyra dapat lihat Tun
Curahan rasa Steward John @ ..iPhone 4S ganti iPhone4
Bru semalam release..buku wajib dpat
Assalam..
Pemimpin yg saya hormati & akan mencuba utk mendapatkan senaskah buku tersebut..pasti banyak coretan yg menarik di dalamnya.
pengalaman berurusan dgnnya pastinya satu pengalaman yg menarik..tahniah
Curahan rasa ozzy @ ..PADI ANGIN
bulan ni dia datang Moscow. Bagi talk tentang wawasan 2020. insya allah pergi.
wah biar betul bro, pegi2 jangan tak pegi
banyak benda boleh belajaq
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..My Chemical Romance – “Na Na Na”
Dr.Mahathir adalah seorang sosok pemimpin yang dikenal tegas namun bijaksana . Dari Awal sejak beliau menjabat sebagai perdana menteri Malaysia sudah menunjukkan profesionalitas dari dirinya. Dia tidak takut sama siapa saja, selama apa yang dia lakukan benar adanya.terutama teguran keras kepada tindakan-tindakan Amerika yang jahat dan keras kepala.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Udin Sedunia Download Video- Lirik dan Lagu Udin Sedunia
Ternyata Bro DH punya kisah yang khusus bersama beliau.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Udin Sedunia Download Video- Lirik dan Lagu Udin Sedunia
Saya banyak membaca kisah tentang beliau. Di bawah kepemimpinannya Malaysia mengalami modernisasi yang pesat dan menikmati kemakmuran di segala lapisan masyarakat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Udin Sedunia Download Video- Lirik dan Lagu Udin Sedunia
yup, bagus jugak rakyat di negara seberang tahu mengenai ni ye
dia la pemimpin nak capai wawasan 2020..perpaduan tu penting, sama macam blogger gak kan..hehe
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..My Chemical Romance – “Na Na Na”
sama sama keras kepala.amerika,lebih baik usah dilayan.
Kena baca ni…
Suka dengan pandangan dan ketegasan beliau.
Tentu seronok bila ingat pengalaman peribadi dengan beliau kan?
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Pulau – Wanita bukan sekadar wanita
wah best nya..dia la satu2 nya pemimpin yang paling banyak akal walaupun pada peringkat awal banyak ditentang. che det terbaik!! pelajar ipta harus contohi sifat keberanian beliau mendaulatkan negara..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..My Chemical Romance – “Na Na Na”
Comments are closed.