Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membina jenama bukan kerja mudah. Jenama Denaihati sejak dilahirkan pada tahun 2008 sudah beberapa kali di ubah suai mengikut keperluan semasa yang sentiasa berubah pantas bersama perubahan teknologi dunia. Aku sangat mementingkan jenama kerana jenama boleh mengubah kehidupan seseorang ketahap yang tidak pernah difikir oleh kita. Lihat sahaja jenama besar seperti Apple, Samsung, Microsoft, Amway, Milo dan sebagainya, siapa yang tidak kenal.
Aku nak kongsikan kisah Aku dan bos Masrukhin Marzoki serta rakan-rakan di Cambodian Muslim Cooperatives mengambil masa lebih 3 tahun membina jenama eQurban. Kami bermula dengan modul sosial bisnis yang tidak pernah dibuat oleh sesiapa di Kemboja jadi sudah pasti mendapat tentangan hebat. Alhamdulillah setelah lima tahun bertapak di Kemboja sudah ramai individu dan NGO yang yakin dengan eQurban sehingga sanggup memberi beratus malahan berjuta dollar untuk membantu saudara Islam di Kemboja. Itulah cara membina jenama perlu kesabaran, istiqomah, strategi yang betul dan jangan pernah putus asa.
Jenama eQurban sekarang sudah menjadi jenama besar melangkaui Kemboja membantu saudara Islam di Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kazakhstan dan insyaa Allah akan lebih banyak negara akan kita jejaki. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH apabila jenama eQurban mendapat kepercayaan. Kepada rakan pembaca yang nak menyokong perjuangan eQurban membantu umat Islam sedunia jom kita tempah qurban dan aqiqah di eQurban.com.
Hari ini kami sedang membina jenama baru iaitu Jemaah Bisnis Denaihati. Insyaa ALLAH suatu hari nanti jenama Jemaah Bisnis Denaihati juga akan jadi jenama besar sehebat jenama eQurban. Ketika itu #JemaahBisnisDenaihati akan berjalan seiring dengan #eQurban membantu umat Islam seluruh dunia. Kalau nak bersama kami berjuang jom lah. Hari ini mungkin hanya impian tetapi esok atau lusa bakal jadi kenyataan dengan kerja berjemaah yang sungguh-sungguh dan istiqomah.
Semuanya sudah terbukti dengan jenama eQurban dan Denaihati. Kenapa tak percaya?
54 Comments
utk membina jenama bukan percuma dan tak senang. tapi ia sgt berbaloi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
teruskan membina jenama bisnes. kita akan lihat hasilnya pada masa akn datang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
masing masing sedang berlumba lumba utk tingkatkan pendapatan. penjenamaan syarikat salah satu cara.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Perniagaan yang ada jenama sendiri lebih mudah untuk dikenali berbanding dengan perniagaan yang tak ada jenama 😀
Curahan rasa sabree hussin @ ..10 sebab kenapa anda patut beriklan Advertorial di blog sabreehussin.com
Semoga lebih berjaya dan salam perkenalan denaihati dari ayu comel
Curahan rasa ayu @ ..Aku Tak Percaya!!!!
Tahniah! Semoga lebih berjaya.❤ detiksihat
Curahan rasa Cik Puan Ida @ ..Projek Penyusuan Extravaganza – Cara Banyakkan Susu Badan Dan Petua
Memang penting membina sesebuah jenama, bila dah terkenal sangat berbaloi-baloi…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perbezaan Pengalaman Bersalin Normal dengan Ceasarean
Murni sungguh usaha dari Dh nih.. Semoga terus menerus mendapat sambutan ramai…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
Jenama EQurban memang dah terkenal, pihak DH pun dah ada jaringan yang mantap…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida
nama denaihati dah terkenal. jadi mudahla nak pasarkan jenama equrban ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Puding Sedut Pa’ Do
Semoga Denaihati akan terus berkembang dan terkenal dikalangan blogger blogger. Saya akan sentiasa menyokong dari belakang. Teruskan usaha 🙂
Betul tuh…Semoga terus menerus dalam membantu insan yang memerlukan…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Alfalfa jawapan untuk anda yang mencari Fiber
Ya, semoga DH akan melebarkan sayapnya ke serata dunia mengukuhkan jenama mereka
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangkitan Kuman dan Pengaliran Darah Tersekat Menyebabkan Risiko Gangren !
stiap projek yang dilakukan DH mmg sentiasa memberi kebaikan buat org lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
pelaburan saham akhirat ‘interest halal’ tinggi..namun kat dunia orang tak nampak tu yang ramai tak mau kejar
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kenali Perbezaan Single Overhead Cam (SOHC) dan Double Overhead Cam (DOHC)
Ye betul tu, saham akhirat hanya Allah yang mengetahui jadi tidak ramai yang cuba nak melabur ke sana
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perbezaan Pengalaman Bersalin Normal dengan Ceasarean
bisnes yang memberi manfaat kpd org lain akan dpermudahkan oleh allah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
Memang penting ada brand ni, baru kita boleh maju. Tapi bila dah ada nama nak jaga brand ni banyak juga nak kena fikir.
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Info Kereta Sewa – MPV Perodua Alza Ezi 1.5 Auto untuk di Sewa
Bila jenama dahterkenal, proses mengekalkannya lebih rumit kan, so perlu ada kesinambungan supaya jenama itu terus kekal
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?
membina jenama memerlukan masa dan ilmu.. selepas jenama dah popular senanglah kerja selebihnya..
saya juga tengah membina jenama blog..lain -lain jenama belum lagi la…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Fahami Proses MNP Dalam Bestmobile
Boleh difikirkan juga tu untuk membina jenama blog, mana tahu selepas ni mungkina nama jenama MH akan terkenal pula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?
betul tu, jenama penting..mula-mula sangat susah nak membina, once dah terbina, segalanya menjadi lebih senang
Curahan rasa JMR @ ..Newborn Photoshoot
Bila dah terbina, cuma perlu konsisten untuk kekalkan sahaja…Perlu mencari jaringan yang baik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
semoga jihad ekonomi ini dapat membantu meningkatkan ekonomi umat islam.
Curahan rasa ikhwan @ ..Tips Pilih Bidang Latihan Separa Perubatan
InsyaAllah, Amin. Moga segala usaha yang dijalankan membawa kejayaan kepada team Denaihati.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Susu Awak Banyak, Susu Saya Sikit
insyaAllah jihad akan lebih senang dgn niat yg ikhlas..paling penting, tak berputus asa dalam perjuangan
Curahan rasa JMR @ ..Makan Malam bersama Deqnoor di Laman Grill Steak & Bar-B-Que
Harapnya pihak DH akan teruskan istiqamah ni membantu ekonomi umat Islam di seluruh dunia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangkitan Kuman dan Pengaliran Darah Tersekat Menyebabkan Risiko Gangren !
Tahniah tuan DH. Semoga usaha tuan dipermudahkan Allah SWT dalam membantu saudara seagama.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMy Masa Cuti Raya
Memang bagus pihak DH buat macam ni, pada mulanya sukar nak membina jenama, tetapi selepas ramai yang dah tahu senang untuk melebarkan sayap
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Doa Melembutkan Hati Anak dan Membentuk Peribadi Mulia
Comments are closed.