Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mohon maaf kerana entri ini sudah lama tersimpan akhirnya baru sempat dikongsikan pada semua. Alhamdulillah seperti semua sedia maklum pengurusan eQurban telah berpindah tangan daripada Al Ansar kepada Denaihati Network bermula awal 2015. Memang bukan mudah menguruskan amanah ummah membawa hasrat hati yang tulus murni untuk disampaikan kepada ummah yang sangat memerlukan.
eQurban Resources adalah sebuah syarikat yang berasakan perniagaan sosial dimana pihak pengurusan hanya mengambil kos pengurusan dan selebihnya disalurkan semula kepada ummah setempat bagi membantu menjana ekonomi yang lestari. Pada awal penubuhan eQurban tidak ramai yang memberi harapan dengan konsep bisnis yang sangat berbeza daripada syarikat-syarikat Qurban lain yang beroperasi di kemboja. Alhamdulillah selepas enam tahun bukan sahaja di Kemboja malahan eQurban sudah diyakini banyak organisasi dalam dan luar negara.
Telekom Malaysia, Masjid Al Falah Subang Jaya dan Bestway Travel antara organisasi yang terus mempercayai eQurban sejak beberapa tahun lepas yang sentiasa berkongsi qurban dengan ummah Islam di Kemboja. Ramai sukarewan yang sanggup menempuh selut menabur bakti meninggalkan keluarga saban tahun membantu menyempurnakan qurban di kampung-kampung pendalaman di Kemboja. Selain qurban mereka juga memberi infaq untuk membina perigi bagi menyediakan air bersih kepada penduduk kampung.
Aktiviti eQurban bukan sahaja untuk QURBAN pada hariraya Aidil adha malahan sepanjang tahun untuk ibu bapa yang ingin buat AQIQAH kepada anak-anak mereka. Daging Aqiqah akan diserahkan ke Madrasah Tahfiz terpilih di Kemboja untuk menambah lagi keberkatan ibadah yang memang dituntut. Pihak kami sangat mengalakkan ibu bapa yang baru mendapat anak untuk buat Aqiqah di Kemboja. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com. Kalau bukan kita membantu memberi makan kepada anak-anak tahfiz yang miskin ini siapa lagi, tak kan kita nak biarkan mereka makan nasi berulam garam?
Rakan-rakan blogger dan bukan blogger boleh membantu mempromosi eQurban dengan mendaftar sebagai rakan niaga. Anda akan dapat link affiliate yg boleh di promosi di blog, Facebook, Instargam juga secara offline kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat. Ada sedikit komisen akan anda perolehi tetapi lebih penting ganjaran daripada ALLAH atas usaha murni membantu sesama Islam di seluruh dunia.
124 Comments
Usaha yang dilakukan oleh E-Qurban amat mulia dan bertepatan dengan tuntutan Islam. Lebih lagi jika ia dilakukan dengan sempurna. Tahniah Tuan Denaihati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Menurut pandangan Mazhab Syafi’i, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali seumur hidup.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Ibadah qurban amat digalakkan oleh agama Islam dan hukumnya adalah sunat Muakkadah bagi individu yang berkemampuan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Ibadah Qurban disyariatkan sebagai tanda kesyukuran kita terhadap Allah Taala atas segala nikmatNYA yang memberikan kita rezeki, kesihatan dan umur yang panjang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Amalan ibadah qurban dilaksanakan setiap tahun pada bulan Zulhijjah. Biasanya ibadah ini dilakukan setiap tahun. Ia boleh dilakukan di masjid, surau, madrasah, balairaya, padang awan, taman perumahan atau pertubuhan serta persatuan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Ibadah qurban boleh dilakukan secara perseorangan, berkumpulan, yakni dengan cara membahagikan seekor lembu kepada 7 bahagian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Ibadah qurban biasanya dilaksanakan pada 10 Zuhijjah dan hari Tasyrik yakni pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Ibadah Qurban amat dituntut dalam Islam. Ia adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Saya dah ada akaun di e-Qurban tetapi dah lama tak buka sampai tak ingat dah password. Bila dihantar permohonan untuk dapat password, katanya dah daftar lagi. Bila daftar balik, katanya akaun dah ada dan alamat emel dah tersenarai. Pelik betullah?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Alhamdulillah… saya dah jadi salah seorang ejen affiliate EQurban.. tapi belum sempat nak mempromosikan link affiliate tersebut secara konsisten..
Curahan rasa anuar @ ..Ramai kawan lama kata saya dah GEMUK…. Tapi TAK KISAH… Asalkan isteri saya suka…
Tahniah bro Anuar, sambil promosi sambil panjangkan pahala tu kepada mereka yang memerlukan.
Curahan rasa Sani @ ..3 Langkah Buat Duit Dengan Lynk.my
Dengan adanya ejen affiliate… secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan laman web Equrban secara online dengan lebih berkesan..
Curahan rasa anuar @ ..Ramai kawan lama kata saya dah GEMUK…. Tapi TAK KISAH… Asalkan isteri saya suka…
Kembara quran Kemboja ni dapat menolong orang fakirdi sana dan mereka yang berhajat serta mengembirakan mereka, anak isteri dan keluarga. Ini dapat menanam perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin. Seterusnya dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat Islam dan semangat berjemaah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Amalan qurban ini adalah rentetan warisan daripada sejarah yang panjang, yang sentiasa diperbaharui setiap tahun dan insya’Allah akan berkekalan sehingga ke akhir zaman.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Hikmah QURBAN yang paling jelas dan tinggi nilainya ialah menghayati pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah swt untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Korban ialah ibadat. Setiap korban yang dilakukan kerana ibadat mempunyai hikmah dan faedah selain daripada mengabdikan diri kepada Allah swt. Hal ini samalah dengan ibadat-ibadat yang lain. Ia juga sebagai melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Bagi sesiapa yang mampu untuk menunaikan ibadat korban, hendaklah melakukannya, kerana ia adalah sunnah yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat selepasnya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Comments are closed.