Majlis Makan Malam eQurban dan Pemenang iPhone 5s

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia.

Satu majlis ringkas telah di adakan di Bayu Lounge, Kelab Tasik Putrajaya pada malam 10 Mac 2015. Majlis makan malam anjuran eQurban Resources Sdn Bhd ini diadakan untuk meraikan rakan niaga eQurban yang telah memberi sokongan selama ini dan penyampaian hadiah cabaran iphone 5s. Selain itu, program rakan niaga eQurban juga telah dikemaskini untuk memberikan faedah lebih baik kepada semua rakan niaga.

Terima kasih kepada yang hadir, di antaranya ialah Tuan Haji Mohamad Sahar Din (Timbalan Presiden DPIM) dan isteri,  Hj Abdul Rashid (Pengerusi Surau Al Ikhlas, Taman Bukit Belimbing) dan isteri, wakil dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Turki, wakil-wakil dari LPKIM, PERISMA serta rakan-rakan niaga yang lain merangkap blogger yang berkesempatan hadir.

Al Muhtadin

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Effendi selaku Penasihat Syariah eQurban bagi memberkati majlis makan malam ini. Seterusnya ucapan dari CEO Denaihati Network iaitu Haji Amir Hassan yang memberi penerangan ringkas misi dan visi yang akan dilakukan pada tahun ini dan tahun seterusnya.

CEO Denaihati

Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa eQurban yang merupakan peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia telah diambil alih oleh Denaihati Network Sdn Bhd dari Kumpulan Al Ansar. Sistem tempahan dan pengurusan yang baru juga telah diperkenalkan dalam web eQurban.com untuk memastikan semua tempahan diuruskan dengan baik dan sistematik.

Majlis makan malam bersama rakan niaga eQurban seramai lebih kurang 50 orang ini bertujuan memberikan sedikit info tambahan yang akan diwar-warkan oleh semua yang hadir.

Blogger equrban

Makan Malam Kelab Tasik Putrajaya

Dinner Equrban

Pada tahun 2014 ini juga beberapa lokasi tambahan sembelihan program aqiqah juga telah ditambah seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan dan Mongolia. Semua lokasi tambahan ini ditambah tidak lain tidak bukan bagi membantu komuniti Islam di sana. Taraf ekonomi mereka sekarang amat memerlukan bantuan dari kita.

Terdahulu sebelum, beberapa rakan niaga dan blogger juga ke Kemboja untuk melihat sendiri perkembangan Islam seperti di Masjid Ar-Rafeeah, Tonle Sap dan Sekolah Dubai Stoeng, Kampung Cham.

Tepian Sungai Sap

CEO Equrban

CEO eQurban, Haji Masrukhin Marzoki yang kerap ke lokasi-lokasi tersebut memberitahu pelbagai program telah dilakukan seperti pembinaan Madrasah Nurul Iman, Masjid dan Madrasah Sultan di Kampung  Baru Trapang Ramas Mondolgiri, program tanah wakaf, projek wakaf pili dan perigi, projek kolam ikan, khidmat sewa kenderaan dan tuk-tuk, program pendidikan kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang dilakukan. Usahasama dan infaq dari pelbagai pihak juga telah memudahkan serta melancarkan program yang sedang berjalan.

Cabaran eQurban 2015

Program rakan niaga juga telah dikemaskini dengan pembayaran komisen secara bulanan berbanding tahunan sebelum ini. Terdapat juga hadiah-hadiah khas cabaran eQurban 2015 kepada rakan niaga yang berjaya mengumpul jumlah komisen terbanyak sehingga 31 Disember 2015. Semoga usaha kecil yang cuba dibuat oleh eQurban Resources Sdn Bhd disertai bantuan rakan-rakan niaga akan memberikan tambahbaikan kepada mereka.

Majlis makan malam ini diserikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabaran iphone 5s yang sebelum ini telah dianjurkan oleh blog denaihati.com ini.

Blogger Jamar Bahar

Blogger Kamil Salleh

Blogger Faizal

Tahniah kepada semua pemenang iPhone 5s yang dapat hadir, peserta dan sponsor yang terlibat sepanjang berlangsungnya cabaran iPhone 5s ini.

Kepada semua rakan niaga equrban pula, ambillah peluang yang baru ini untuk menjana pendapatan sampingan di samping menjadi sebahagian daripada ibadah kita. Jika ada yang bertanyakan aqiqah di kawasan yang lebih memerlukan, maka hubungkanlah mereka dengan program equrban ini. Banyak lagi lokasi-lokasi yang akan ditambah termasuk juga Maahad Tahfiz yang terpilih di seluruh Malaysia.

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda, Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Sekiranya masih belum berdaftar sebagai rakan niaga, dijemput untuk mendaftar di halaman eQurban.com.

Rakan niaga eQurban

Semoga dengan pengurusan baru dan program-program yang akan dilancarkan, eQurban akan bertambah maju untuk memberi khidmat kepada penduduk islam di seluruh dunia insyaALLAH.


Spread the love

90 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!