Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mohon maaf kerana entri ini sudah lama tersimpan akhirnya baru sempat dikongsikan pada semua. Alhamdulillah seperti semua sedia maklum pengurusan eQurban telah berpindah tangan daripada Al Ansar kepada Denaihati Network bermula awal 2015. Memang bukan mudah menguruskan amanah ummah membawa hasrat hati yang tulus murni untuk disampaikan kepada ummah yang sangat memerlukan.
eQurban Resources adalah sebuah syarikat yang berasakan perniagaan sosial dimana pihak pengurusan hanya mengambil kos pengurusan dan selebihnya disalurkan semula kepada ummah setempat bagi membantu menjana ekonomi yang lestari. Pada awal penubuhan eQurban tidak ramai yang memberi harapan dengan konsep bisnis yang sangat berbeza daripada syarikat-syarikat Qurban lain yang beroperasi di kemboja. Alhamdulillah selepas enam tahun bukan sahaja di Kemboja malahan eQurban sudah diyakini banyak organisasi dalam dan luar negara.
Telekom Malaysia, Masjid Al Falah Subang Jaya dan Bestway Travel antara organisasi yang terus mempercayai eQurban sejak beberapa tahun lepas yang sentiasa berkongsi qurban dengan ummah Islam di Kemboja. Ramai sukarewan yang sanggup menempuh selut menabur bakti meninggalkan keluarga saban tahun membantu menyempurnakan qurban di kampung-kampung pendalaman di Kemboja. Selain qurban mereka juga memberi infaq untuk membina perigi bagi menyediakan air bersih kepada penduduk kampung.
Aktiviti eQurban bukan sahaja untuk QURBAN pada hariraya Aidil adha malahan sepanjang tahun untuk ibu bapa yang ingin buat AQIQAH kepada anak-anak mereka. Daging Aqiqah akan diserahkan ke Madrasah Tahfiz terpilih di Kemboja untuk menambah lagi keberkatan ibadah yang memang dituntut. Pihak kami sangat mengalakkan ibu bapa yang baru mendapat anak untuk buat Aqiqah di Kemboja. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com. Kalau bukan kita membantu memberi makan kepada anak-anak tahfiz yang miskin ini siapa lagi, tak kan kita nak biarkan mereka makan nasi berulam garam?
Rakan-rakan blogger dan bukan blogger boleh membantu mempromosi eQurban dengan mendaftar sebagai rakan niaga. Anda akan dapat link affiliate yg boleh di promosi di blog, Facebook, Instargam juga secara offline kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat. Ada sedikit komisen akan anda perolehi tetapi lebih penting ganjaran daripada ALLAH atas usaha murni membantu sesama Islam di seluruh dunia.
124 Comments
Ibadat korban yang dituntut Islam berbeza dengan konsep korban penganut agama lain. Korban dalam Islam bukan memohon perlindungan daripada mala-petaka atau amalan tolak bala. Sebaliknya ibadat korban adalah ibadat ikhlas sebagai lambang pengorbanan hamba kepada Allah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Yang penting bila buat amalan tu kena ikhlas barulah sampai niat tu ke sana.
Curahan rasa Sani @ ..3 Langkah Buat Duit Dengan Lynk.my
Ibadah qurban ini berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Rezeki yang kita dapat kita kongsikan pula dengan mereka yang kurang bernasib baik. Itu namanya bersyukur atas pemberiannya.
Curahan rasa Sani @ ..3 Langkah Buat Duit Dengan Lynk.my
Keadaan mereka yang serba daif mengisafkan kita yang pergi kesana. Semuanya sederhana, tapi semangat Islam mereka yang tinggi.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Rasanya bukan setakat di komboja saya e-qurban luaskan perniagaannya. Ia ada di buat di Banda Acheh, Indonesia, Filipina dan banyak lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Betul tu tampat yang dinyatakan bro Kamil tu. Insyallah tim Denaihati akan kembangkan lagi kenegara lain nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Qurban biasanya dilakukan di hari raya haji tetapi sekarang ini bolehlah dibuat aqiqah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Akikah boleh dilakukan bila bila sahaja. Itu tanda terima kasih kita kepada Allah swt diatas anugerah Nya…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Nak buat acara aqiqah dan qurban semakin mudah sekarang, Dengan only n bpun boleh dilakukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Semuanya dihujung jari hanya klik sahaja. Tapi kalau boleh buat secara terus lagi banyak berkat dan ibrah yang kita akan dapat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Alhamdulillah…. e-qurban dah bertukar tangan, bolehlah tumpukan dengan serius agar lebih berdaya maju.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tabiat Buruk Buang Sampah Segelintir Masyarakat Malaysia
Banyak benda boleh dilaksanakan dengan lancar bila bertukar tangan macam ni. Teruskan memberi….
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Alhamdulillah, semoga segala amal bakti yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.
Curahan rasa Pakar Merawat Sihir @ ..7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Ketahui Tanda-Tandanya
Amin, semoga semua amalan qurban yang dilakukan diterima Allah dan mendapat ganjaran dariNya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Hanya Allah swt sebaik baik penganjar dari atas segala amalan kita,
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Alhamdulillah… semoga di bawah pengurusan baru akan dapat meneruskan kecemerlangan tradisi aktiviti qurban dan Aqiqah di Kemboja… In Shaa Allah..
Curahan rasa anuar @ ..Perbezaan Passive Income Vs Active Income melalui Blog : Persediaan menghadapi Cabaran Ekonomi 2016
Ya semoga pengurusan baru ini juga akan membawa lebih banyak jumlah qurban dari yang sebelumnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Program makin kemas dan cekap, jadi ia dapat dilakukan dengan lebih pantas dan effisyen.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadat korban
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Nabi memang mengalakkan para sahabat sentiasa berkorban samada secara zahir mau pun batinnya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
kita bukan sahaja melaksanakan Ibadah Qurban & Aqiqah serta sumbangan semata-mata tetapi kita juga telah membantu di dalam meningkatkan sosio ekonomi dan pendidikan dikalangan masyarakat Islam di Kemboja.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Memang kena bantu umat islam yang memerlukan bantuan, kalau Negara Negara bukan islam seperti Jepun dan amerika memang cepat menyampaikan bantuan seperti ini.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kita seharusnya lebih pantas membantu umat islam yang lebih memerlukan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Segalanya mudah kerana semuanya pihak mereka yang akan uruskan ibadah tersebut
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Banyak pihak juga perlu diuruskan seperti pihak mufti Negara, kerajaan tempatan, dan majlis agama dan varterinar .
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Nampak sangat ayatnya skema ‘ copy and paste aje ni” betul tak ?…
Curahan rasa Sani @ ..3 Langkah Buat Duit Dengan Lynk.my
Sunat dilakukan dalam masa 7 hari selepas kelahiran bayi tersebut, dengan ditahnik dan diberi nama yang sesuai.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Baru bayi tersebut selamat dan diberkati sepanjang hidupnya, Dan terselamat dari segala bala bencana.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Setiap pasangan muda mesti tahu tanggung jawab mereka bila anak dilahirkan, barulah hidup berkat dan selamat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan umat islam yang terbesar selain sambutan Hari Raya Puasa yang disambut setiap 1 Syawal. Amalan ibadah Qurban dan Aqiqah amat dituntut di dalam islam
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
eQurban adalah salah satu cara untuk kita menunaikan ibadah qurban di samping membantu saudara-saudara kita yang berada nunn jauh di sana…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Comments are closed.