Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Trump tiup semboyan kemenangan Islam ke atas Baitulmuqaddis“. Kali ini Abang nak berkongsi pendapat yang mengatakan bahawa Bangsa Melayu bakal membebaskan Baitulmuqaddis..
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setiap kali berlaku pergolakkan di Palestin, Malaysia pasti akan menjadi antara negara pertama yang berdiri bersama Rakyat Palestin menentang kekejaman Israel. Berbagai NGO akan mengumpulkan berbagai bantuan untuk membantu rakyat palestine yang dikejami. Pada 22/1/2013, Perdana Menteri DS Najib Razak telah menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza. Sahabat blogger Hilal Azmi yang juga wartawan Astro Awani pun pernah menjejaki kaki di Gaza.
Kisah Bangsa Melayu dengan bumi Palestin bukan kisah baru tetapi kisah beribu tahun yang telah tercatat di kitab-kitab kuno Yahudi.
Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)
Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi – Misteri wangian yang hilang.
Teori ribuan tahun ini dikuatkan lagi apabila Sheikh Nawaf Takruri, Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin dalam Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan telah berkata
Saya percaya bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa. Perkara ini akan berlaku, Insya Allah. Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam tanpa kompromi. Malaysia akan mara sebagai mujahidin (pejuang) bersama bala tentera untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis, di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, Turki menaungi Masjid Al Aqsa. Insya Allah, akan berlaku bangsa Melayu membebaskan Masjid Al Aqsa.
Orang Melayu yang tidak faham asal usul mereka memang tidak akan faham. Ini antara komen-komen saudara-saudara Melayu kita di page Denaihati apabila dikatakan Bangsa Melayu akan membebaskan Baitulmuqaddis. Ada yang setuju dan ramai yang tak setuju.
Muhammad : Tak payah nak perasan sangat, belajar dulu betul-betul apa melayu yang syeikh tu cakap, perasan melayu kita konon, Melayu dengan jiran pun bergaduh pasal tempat buang sampah nak jadi hero palestin konon.. puii
Rayyan : nak melepeaskan bangsa sendiri pun dari pemimpin yang zalim pun fail, ada hati nak bebaskan palestin, kantuikkk tak tun tuang kawww lahhh
Mat Shah : Selepas Nabi Isa berbangsa yahudi, Allah pilih nabi khatamun nabiyin berbangsa arab, Allah yang pilih Allah yang maha meletakan semua perkara di tempat nya Allah pemilik sekelian alam dulu kini dan selama nya.
Fatih : Tengok amalan dulu semak-semak diri dulu, betul ke kau orang yang di maksudkan oleh ulama ini, baru boleh cakap kauorang kalau amalan tak cukup, amalan pancar sila jadi amalan negeri kamu jangan cakap kamu orang yang dimaksudkan jadi syirik takbur.
Putra Cni Ismail : Kalau tak tau dan belajar sejarah melayu sendiri kita akan jadi macam inilah. Ketawa macam pandai, perli macam dia tau sangat. Bodoh tapi sombong.
Mat Ali : Melayu Malaysia main telor ja tau… Kah kah kah
Jeneral Solleh : Melayu kuat makan roti canai..tibai nasik..macamana nk berperang..kenyang sikit mengantok jee
Muhammad Bin Hassan : Nusantara akan bersama imam mahdi memerangi dajjal.
Melayu bukan sahaja Melayu Malaysia tetapi Melayu seNusantara yang berjiwa perjuang sudah dipilih ALLAH, kini sudah bersiap sedia menanti panggilan seboyan untuk membebaskan Baitulmuqaddis. Trump sudah meniup semboyan kemenangan Islam ke atas Baitulmuqaddis.
Mari kita halusi maksud sajak “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh” karya Saterawan Negara Usman Awang.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Diriwayatkan daripada Thauban R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda :
Maksudnya: Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/502)
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
51 Comments
Bila kita rasa mustahil Melayu itu mampu! yang mustahil itu sebenarnya kita. Melayu lain InShaAllah mampu. Menidakkan kemampuan Melayu hanyalah alasan. Sebenarnya menidakkan diri sendiri yang tidak mampu. Melayu lain ada kemampuan.
Bangsa Melayu bukan bangsa yang kecil. Kita rasa kecil kerana kita anggap hanya kita yang Melayu.
Almarhum guru saya yakin, Melayu akan berdiri di belakang Imam Mahdi dalam membentuk dunia akhir zaman. Cuma yang dikhuatiri, takut-takut diri kita akan menjadi Melayu penentang.
Curahan rasa ahmadyani @ ..14 Petua Dr Hamid Arshat Untuk Hindari Nyanyuk
Saya berharap bila sampai masanya nanti… saya atau anak saya atau cucu saya atau cicit saya atau keturunan saya yang seterusnya dapat berada dalam kalangan penyokong Imam Mahadi…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana Cara Nak Tebus Diskaun Homestay sebanyak RM40?
Di zaman itu nanti akan ada dua kelompok manusia.. satu kelompok di kuasai okeh dajal, satu kelompok lagi di bawah pimpinan Imam Mahadi..
Diberitakan Dajal mempunyai banyak kelebihan sehingga mampu mempengaruhi manusia lain untuk menjadi pengikutnya… Nauzubillah..
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana Cara Nak Tebus Diskaun Homestay sebanyak RM40?
Keadaan ini pastinya amat membimbangkan kita.. apalah nasib anak cucu kita nanti yang hidup di zaman itu..
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana Cara Nak Tebus Diskaun Homestay sebanyak RM40?
melayu mmg macam tu. kita tak sedar sebenarnya bukan islam juga menentang israel. bukan kerana agama, tapi atas dasar kemanusiaan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Carian Tertinggi Google Malaysia 2017
Boleh dikatakan seluruh dunia menentang Israel, dari segi produk dan servis.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Jenis Rumah Yang Susah Dijual
Yang pastinya… Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia
Kerana itu Melayu gagah dalam diam,
Dalam diam dia bergerak…
Betul tu… setuju dengan kata-kata Laksamana Hang Tuah.. “Takkan Melayu Hilang Di dunia”
Curahan rasa Anuar @ ..Rujukan Penting Untuk Homestay..
Yang pati, ianya tetap akan berlalu sekiranya allah swt berkehendakkannya..kalau Dia kata tak jadi, maka takkan terjadi.. simple. terus berdoa
Curahan rasa JMR @ ..Family Gathering di Holiday Pool Villa A’Famosa Melaka
Betul… sampai masanya peristiwa yang membimbangkan kita akan berlaku juga.. cuma masa sahaja yang akan menentukan samada lambat ataupun cepat..
Curahan rasa Anuar @ ..Rujukan Penting Untuk Homestay..
tak kisah melayu..cina..india..tapi semua yang beragama islam..bersatu dan bukan seperti bangsa arab sekarang…pasti ada jalan penyelesaian sebelum datangnya al-mahdi
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Ciri-Ciri Fizikal Cara Kenal Durian Musang King
Betul… bersatu kita teguh.. kita jadi sama-sama kuat.. sehati sejiwa.. bercerai kita roboh..
Curahan rasa Anuar @ ..Rujukan Penting Untuk Homestay..
rakyat negara lain juga mempertahankan hak palestin termasuk amerika. kena kena ingat, keputusan itu dibuat oleh presiden dan bukannya rakyat amerika
Curahan rasa nikkhazami @ ..Carian Tertinggi Google Malaysia 2017
Tindakan Donald Trump lebih kepada provokasi, menteri terdahulu pun sama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
saya pasti seluruh umat islam tidak putus putus berdoa utk kesejahteraan palestin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid
kemenangan pasti berpihak kepada kebenaran. selamanya kebenaran takkan. pernah kalah.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Semakan Keputusan PT3 2017 Online
Bagi saya umat Islam yang terus berjuang mempertahankan bumi Palestin akan sentiasa menang… Mati Syahid adalah salah satu bentuk kemenangan bagi umat Islam..
Curahan rasa Anuar @ ..Rujukan Penting Untuk Homestay..
Yang penting kita baiki diri kita sendiri dan keluarga
Bila keluarga dah baik
Komuniti akan akan baik
Masyarakat akan baik
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Takaful keluarga terbaik? Perlu ke ambil zaman sekarang ni!
betul. kita kena perbaiki diri dan keluarga dulu yang sememangnya menjadi tanggungjawab kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid
InsyaAllah semoga Melayu menjadi seperti zaman gemilangnya peradaban kerajaan Melaka. Amin. Allahuakbar.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Gambar Kebakaran Hutan Di California USA
Dulu ramai pedagang terutamanya pedagang yang beragama Islam suka datang ke tanah Melayu… sebab di kepulauan Melayu ada “Serambi Mekah”..
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana Cara Nak Tebus Diskaun Homestay sebanyak RM40?
lama dah pendapat ni kan, apa pun semoga baitul maqdis dapat dikembalikan kepada palestin
Curahan rasa Raihanah @ ..CoQ10 Bantu Tingkatkan Tenaga Sel
Pendapat lama atau baru, ia adalah kisah yang berulang ulang, dibaca sebagai peringatan bersama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Mulakan Bisnes Informasi
Semoga BaitulMaqdis kembali menjadi milik umat Islam dan Islam kembali memerintah alam ini
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..4 Cara untuk Polifenol Bertindak supaya Kulit Cantik, Cerah dan Berseri
Kata Melayu itu sendiri datang dari perkataan Malai, yang bermaksud malaikat, orang Cina panggil Melayu pun Malai. Hang Tuah juga beritahu takkan Melayu Hilang Di Dunia.
Kalau bangsa sendiri perlekehkan Melayu, macam mana Melayu nak maju?
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
Sepatutnya bangsa Melayu dipandang tinggi oleh semua bangsa di dunia… tapi disebabkan ada segelintir melayu bersikap “peMalehhh”, secara tak langsung telah merosakkan imej orang Melayu..
Curahan rasa Anuar @ ..Rujukan Penting Untuk Homestay..
Bersiap sedialah kita dgn meningkatkan amal semoga iman kita meningkat…takbir Allahuakbar!
Curahan rasa hafizmd @ ..Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!
moga kita semua terus doakan Palestin terus kuat untuk pertahankan Tanah air suci kita.
Curahan rasa nida @ ..Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Supaya Tidak Merosakkan Jantung
Jika dilihat, Malaysia sudah pernah menghantar tentera pengaman untuk bersama PBB. Orang Malaysia saja ramai yang tak tahu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Deep…
Cukup mendalam kandungan sajak tulisan Saterawan Negara, Usman Awang ni. Memang betul setiap apa yang diperkatakan…
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Setiap bait perkataan dalam sajak Usman Awang ni penuh dengan unsur nasihat dan peringatan… Supaya Melayu tidak lupa..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Pernah juga dengar tentang pendapat ni daripada seorang kawan yang suka baca buku-buku tentang akhir zaman..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Dalam salah sebuah buku yang sahabat saya ni baca… Imam Mahadi berasal dari keturunan Bani Tamim.. Tamim yang dimaksudkan berkemungkinan singkatan kepada huruf “Tha” dan “Mim”.. “Tha” singkatan untuk Tanah.. dan “Mim” untuk Melayu.. Tanah Melayu…
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Tapi disebabkan tiada bukti yang sahih, jadi tak berani nak buat sebarang “Statement”… nanti orang akan kata yang bukan-bukan..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Comments are closed.