Melangkah tahun baru 2011 dengan NIAT yang betul

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selamat tahun baru 2011 untuk semua pengujung denaihati.com. Bersyukur kita kerana Allah s.w.t masih pinjamkan nyawa untuk kita sama-sama menghirup udara dan melihat dunia pada tahun baru 2011. Ramai dikalangan teman-teman kita yang dahulu bersama kita tetapi kini sudah pergi bertemu Allah dengan berbagai cara. Semuga 2010 yang penuh dengan peristiwa manis dan pahit akan menjadi sejarah indah dalam hidup kita.

Melangkah ke tahun baru 2011 pastinya dengan azam baru samada yang dikitar semula dari tahun-tahun lepas dan ada juga sememangnya azam baru. Tidak kurang ramai juga yang memulakan tahun baru tanpa azam baru dengan membiarkan sahaja masa menentukan untung nasib.

Apa jua amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim, ia akan menjadi lebih bermakna untuk dirinya adalah apabila amalan itu dimulai dengan niat. Niat ialah sengaja yang disembunyikan di dalam hati. Ia juga merupakan suatu keazaman di dalam hati di dalam melaksana sesuatu perbuatan atau amal. Menurut imam-imam Syafie, Maliki dan Hambali, niat diwajibkan dalam setiap amalan kita. Mengikut ilmu metafizik kelajuan gelombang niat ini melebihi kelajuan cahaya dan kuasa niat sangat hebat bagi yang mengetahui.

Tahun Hijrah

Justeru itu marilah kita melangkah ke tahun baru 2011 dengan NIAT yang betul. Tanpa NIAT maka segalanya terserah pada ALLAH menentukan….kunfayakun jadilah apa yang nak jadi dengan kehendak Allah kerana hambanya tidak memohon apa-apa.  Justeru itu mari kita berazam untuk untuk memulakan 2011 dengan niat yang terbaik, insyallah pasti HASILnya juga HEBAT.

Potongan hadis ini bermaksud, meletakkan niat kepada sesuatu perkara yang disukai Allah s.w.t. tetapi gagal melaksanakannya disebabkan halangan yang mendesak adalah lebih baik daripada melakukan sesuatu amal tetapi tidak disertakan dengan sebarang niat. Oleh itu, marilah kita bersama fahami bahawasanya berniat mengerjakan sesuatu amalan yang bersangkutan dengan Allah s .w.t. itu mendapat pahala. Maka, keutamaan niat adalah kerana Allah s.w.t.

Setiap antara kita pasti ada niat tersendiri cuma bagi aku berazam untuk mengejar akhirat dengan ikut perintah Allah dengan ikut sunnah Rasulullah yang termampu kerana janji Allah apabila kita kejar akhirat pasti dapat dunia. Contoh paling mudah apabila kita istiqamah bersedekah dengan ikhlas walaupun sedikit mana insyallah Allah janjikan pulangan rezeki berkali ganda, dilindungi dari kefakiran, dilindungi dan disembuhkan daripada 70 jenis penyakit, dilindungi dari kesulitan hidup, diberi ketenangan hidup dan sebagainya. Begitu hebatnya kita mendapat dunia apabila kita mengejar akhirat dengan istiqamah dan ikhlas.

Semuga niat 2011 adalah niat yang terbaik kerana janji Allah jika kita cari dunia maka hanya dunialah yang kita akan dapat. Semuga 2011 tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan seandainya dimatikan semuga dimatikan dalam iman, taqwa dan Islam insyallah.

Nota : Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)


Spread the love

102 Comments

  1. Nice entry Denaihati

    Dengan niat yang suci dan azam yang kuat, insya Allah cita-cita kita tercapai.Yosh!!

  2. Seberat apapun tantangan yang bakal dihadapi, hendalah kita menyambutnya dengan optimisme. Dan, hal sekecil apapun tak luput disyukuri, termasuk kembalinya semangat untuk memulai hari.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Tahun BaruMy Profile

    1. “Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia diniatkan. (HR Bukhari).
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Tahun BaruMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!