Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dikalangan Rakan Blogger yang pernah dengar nama Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera yang merupakan seorang Pemimpin Komunis di Johor ketika Zaman Darurat sebelum Merdeka. Sejak kecil aku telah dikenalkan dengan nama Mat Indera. Dendam penduduk kampung kepada Komunis sangat mendalam kerana ramai penduduk kampung yang telah dibunuh dengan kejam oleh Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu setelah Jepun tewas Perang Dunia Ke dua. Dendam kepada Komunis bermakna dendam juga kepada Mat Indera yang merupakan salah seorang Pemimpin Komunis Melayu di bawah perintah Chin Peng.

Mat Indera bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Bukit Kepong pula menjadi popular setelah kisah serangan Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong difilemkan. Pernah ke Rakan Blogger sampai di Balai Polis Bukit Kepong yang pernah diserang dan dibakar oleh Komunis. Bukit Kepong tak lah jauh sangat daripada kampung aku dan dah banyak kali aku lalu di hadapan kesan sejarah ini yang suatu ketika dahulu hampir dilupakan.

Ramai orang tua di kampung aku dan sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong yang tidak berhenti bercerita tentang kisah kekejaman Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Malaya. Ramai dikalangan rakan-rakan mereka yang hilang begitu sahaja tidak dapat dikesan setelah dibawa oleh Komunis keluar dari rumah secara paksa. Kalau kita baca Sejarah memang ada Pemimpin Melayu yang ikut Parti Komunis berjuang secara jujur untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu tetapi  perjuangan mereka telah dikaburi oleh kekejaman sebilangan besar Pemimpin dan ahli Parti Komunis yang lain. Mereka bertindak kejam membunuh Rakyat yang tidak menyokong perjuangan mereka. Teringat kisah kekejaman Komunis Kemboja membunuh lebih 2juta Rakyatnya sendiri.

Mohammad Indera dan Bukit Kepong telah menjadi sejarah yang terus disebut dari dahulu sampai sekarang sehingga menjadi bahan politik untuk meraih sokongan rakyat. Setiap kali kisah ini diulang siar ada rakyat Malaysia yang terguris hatinya mengingati saudara dan keluarga yang dibunuh kejam oleh Komunis.

Kisah Mat Indera dan Bukit Kepong diulang siar oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk apa? Kalau untuk membetulkan sejarah kenapa begitu lama mengambil masa sehingga lebih 58 tahun setelah Mat Indera dihukum gantung pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Adakah semua Ahli Sejarah Malaysia dan Pemimpin PAS sebelum Mat Sabu buta sejarah sehingga tiada seorang pun yang membetulkan kisah ini untuk paparan kepada rakyat. Atau adakah ini perang psikologi politik PAS untuk membenarkan kerjasama PAS dengan DAP sebagaimana Mat Indera yang merupaka seorang Guru Agama bekerjasama dengan Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya ketika itu.

Perjuangan Mat Indera memang baik tetapi kesilapannya adalah bersama Komunis yang memperjuangkan hak saksama tanpa Agama. Mungkinkah kesilapan Mat Indera akan berulang lagi apabila Pemimpin Politik Islam tidak yakin dengan perjuangan sendiri sehingga perlu bersama dengan parti yang berbeza prinsip?

Aku tak dapat nak jawab!!


Spread the love

112 Comments

  1. banyaknya sejarah yang tidak dibenarkan dan diselewengkan,.. membuat memori history yang kacaw balau pula,..hmmm aku jadi prihatin

  2. British adalah penjajah . mana ada penjajah yang baik . portugis , belanda , perancis semuanya masuk negara orang dengan tujuan nak rompak kekayaan wilayah yang dijajah . sapa yang melawan akan ditangkap bunuh penjara . kalau sanggup taubat dan jadi hamba baru dilepas . yang degil terima hukuman . tak kiralah yang melawan tu dari golongan agama , nasionalis , sosialis , komunis .
    kalau yang boleh dibela oleh penjajah dan ikut kata akan diberi jawatan tertntu untuk mengawal warga yang dijajah . bila british nak belah orang nilah yang diangkat menjadi pemimpin yang menjaga segala kepentingan ekonomi dan politik british , sama seperti yang dibuat oleh perancis di libya , tunisia . sepanyol di filifina dan lain-lain

  3. kalau ikut cerita arwah datuk aku..mat indera ni sebelum dia join komunis,dia seorang guru..arwah datuk aku pernah jadi anak murid dia..orangnya kecil tidak seperti yang pernah orang-orang dahulu war-warkan bahasa dia berbadan sasa dan sebagainya..yang sepatutnya mat sabu tidak perlu mengungkit isu ini. Dia tidak pernah mengalami situasi darurat dahulu..jangan cakap sebarangan..
    Curahan rasa blackrosehunter @ ..Blackrosehunter’s 1st Giveaway [sticky]My Profile

  4. komunis – promosi dunia tanpa agama (tuhan x wujud)…barat(british) – promosi kebebasan melampaui agama (cam firaun yg mengaku jadi tuhan)..maaf byk2 pada waris2 yg terlibat…baik polis yg arwah msa peristiwa bukit kepong @ mat indera sendiri..melalui ape yg diajar msa sekolah : 1. portugis menjajah melaka…2. british lak take over tanah melayu…ramai org melayu yg mati semasa proses ni..wat waris2 bukit kepong, pernahkah korg terfikir sakitny ati waris pejuang2 yg bergadai nyawa membebaskan tanh melayu semasa menentang portugis n selepas itu british lak.?mesti ramai kn org melayu yg mati? ok..skrg mat indera join komunis n serang balai polis bukit kepong (polis british)..apa bezany pejuang di iraq @ afghanistan @ chehnya sendiri yg berjuang di tanah air masing2..diaorg pn serang balai polis, kem tentera @ kadangkala tempat awam..yg diaorg serang 2 sdara mara diaorg sendiri…mmg le cam2 sbb penjajah mna yg nak letakkn kaum dia sendiri tuk pertahankan bumi yg dijajahnykan?oleh itu jadilah kita sekumpulan bangsa yg berbunuhan sesama sendiri…pendek kata kita n arwah2 bukit kepong n arwah mat indera sendiri x ubah cam buah catur yg membenarkan diri sendiri di gunakan kuasa2 penjajah demi kepentingan mereka sendiri..penjajah2 ini menggerakkan kita sesuka ati je hinggalahy kita berbunuhan, bermusuhan sesama sendiri…aku rsa elok kita berhenti menyalahkan sesama kita, buang dendam sesama kita..ape yg dah jadi 2 ad sebbny.kita x tau kenapa arwah2 polis bkt kepong sggp kerja ngn british..mungkin diaorg berniat nk jga keselamatan org ramai dri zaman huru hara..cam2 jugalh kita x tau kenapa mat indera tergamak bekerjasama ngn komunis tuk serang balai polis british 2..mungkin ad snk sdra dia yg kena bunuh ngn org british kot..pendek kata kita mmg x tau..yg kita tau, baik komunis @ british msing2 bukanlh membawa fahaman yg selari ngna agam kita..msing2 tlah mempergunakan org melayu hingga kita berbunuhan sesama sendiri tuk kepentingan diaorg je..so, maafkan le kesilapan pejuang2 kita yg tercicir dari landasannya..cam2 yok kita lupakan sengketa yg berpunca dari jarum yg ditusuk halus oleh sang penjajah..pedulikan sume parti politik yg mewarisi azam politik penjajah..kita generasi muda melayu akan membebaskan diri dari penjajahan pemikiran, dari rantai dendam yg x berkesudahan, dari kebencian yg diapi2kan..kita akan pya fikiran sendiri, gerak sendiri, hala tuju sendiri…kita yg akan menentukan bknnya ditentukan..kita yg akan mempengaruhi, bkn dipengaruhi…sumeny akan kita capai asalkan kita kembali kepada ajaran islam, berpegang pada al quran..insyaallah..

    1. Setuju dengan ayat terakhir. Kita perlu kembali kepada ajaran islam, berpegang pada al quran dan hadis. Walaupun statement ni dah lari dari topik asal. Hik3. Kita sebenarnya terlalu bergantung pada perkara berlandaskan akal fikiran, hingga lupa sumber rujukan utama iaitu Al Quran dan Hadis. Akal manusia pula berbeza-beza. Ada yang fikir begitu, ada yang fikir sebaliknya. Masing-masing nak menang.
      Curahan rasa Pakar aka hannah tots @ ..CCTV Video Rompakan Mamak Seksyen 15, Shah Alam, 28 Ogos 2011My Profile

  5. Waktu berperang memang sukar nak tentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. Yang direkod sebagai benar dalam sejarah adalah pihak yang menang yang musuh dan jahat pastinya pihak yang kalah. Kerana sejarah ditulis oleh pihak yang menang dalam peperangan meminjam kata-kata Churchill. Bukannya saya menyokong maudu’ perjuangan komunisma tetapi saya menolak tindakan simplistik yang semudah-mudahnya melabel seseorang sebagai musuh, pembelot dan pengkhianat dalam konteks perbincangan di sini, Mat Indera.

    Polis-polis pada masa itu juga tidak kurang “nakalnya”, menerima rasuah, menggantung mayat komunis, memotong payu dara mayat wanita komunis dan kemudiannya mengarak-arakkanya dan macam-macam lagi. Ini adalah pengakuan veteran polis yang berkhidmat pada masa itu. Ini semua berlaku tetapi tidak direkod dalam mana-mana episod sejarah. Saya tidak mahu dilihat seperti mengkondem polis tetapi ini bertujuan untuk mengimbangi kisah sejarah negara kita.

    Pernahkah kalian dengar tentang kisah polis yang kuat berpesta arak dan kisah ahli komunis yang melafaz dua kalimah syahadah sebelum menghembus nafas terakhir setelah ditembak? Justeru janganlah terlalu mudah melabel sebagai hero dan sebelah lagi pengkhianat.

  6. terima kasih kepada mat sabu kerana membangkitkan semangat merdeka 2011…dlm mencari info berkaitan, aku terjumpe gambar tok janggut di gantung. di sebelah mayat tok janggut tu berdiri seorang polis, drp gayanya polis melayu. apa yg bermain dlm otak aku, berapa ramailah bangsa melayu yang sama mcm polis yg berdiri melihat mayat tok janggut di gantung songsang tu pada zaman sekarang ??? tq mat sabu….slmt hari MERDEKA !!!!

    1. Di zaman kezaliman Komunis membunuh rakyat yang tidak menyokong mereka siapakah yang menjadi benteng Tanah Melayu menjaga keamanan dan menentang Komunis? Polis yang dikatakan talibarut British inilah yang menjaga keamanan kampung dan bandar sehingga ramai yg terkorban. Mungkin atok kita tak jadi polis dan masih hidup sampai sekarang jadi kita boleh mengutuk Polis sebagai penderhaka negara kerana bekerja dengan British.

      Memang benar Jepun n British zalim kerana menjajah Tanah Melayu tetapi Komunis yang paling zalim antara yg zalim kerana membunuh rakyat yg tidak berdosa sesuka hati.

      Jangan hanya kerana strategi politik kita terperangkap dalam situasi. Isu Mat Indera segaja dibawa untuk menutup kes yg besar iaitu isu Ketua Pembangkang DSAI.

      1. Tak habis-habis attack DSAI.. Yang hang bukak tajuk Mat Indera kenapa?..Bukakla tajuk Mat Indera sedara DSAI ke..ni tak pasal-pasal duk celah ke DSAI..Aku sebenarnya bukan orang PR malah aku cukup benci dengan DSAI, tapi kita perlu profesional, kalau isu Mat Indera dan Komunis, Olah isu ini sahalah, lainla kalau dah tajuk pun DSAI….
        Kat tajuk lain pun banyak cerita pasal DSAI.
        Pemimin BN dan PR ckup beruntung, setiap saat dapat pahala free disebabkan ramai yang mengumpat kat depa…hampir setiap saat 24-7…Macam nilah mereka dapat pahala bila dah banyak buat dosa..tak kiralah pemimpin mana pun. Yang kita pulak lagi tambah dosa, mengumpat satu hal, tulis tak tau benar atau palsu satu hal, orang baca dan percaya satu hal,semua itu akan dikira oleh Raqib dan Atib

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!