Saya Suka Malaysia dapat RM25,000

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, atas permintaan Rakan Blogger sekali lagi dipaparkan kenyataan akhbar Video Contest “PETRONAS Saya Suka Malaysia” dalam Bahasa Melayu. Sekarang waktu mengundi Video Saya Suka Malaysia yang terbaik sehingga tarikh tutup pada 12 September 2011. Hadiah RM25,000 akan dikongsi oleh 5 video yang mendapat undi tertinggi. Sila baca kenyataan akhbar :

PETRONAS Saya Suka Malaysia.

Apakah yang menjadikan Malaysia Malaysia? Apakah antara faktor warga Malaysia menyayangi negara ini?

Adakah nasi lemak? Masakan ibu dirumah? Semangat muhibah di antara kaum? Melepak dengan rakan-rakan sambil “teh tarik”? Adakah kerana “Tapir” atau “Orang Utan”? Atau adakah kerana Malaysia mempunyai wanita-wanita yang cantik? Ini adalah sebahagian daripada jawapan yang kreatif dan menghiburkan dari rakyat Malaysia yang dirakamkan di dalam video Petronas – Saya Suka Malaysia.

Untuk meraikan semangat Hari Merdeka di kalangan rakyat Malaysia, PETRONAS telah mewujudkan platform online yang unik bagi rakyat Malaysia untuk meluahkan perasaan bangga dan gembira mereka. Bertajuk “PETRONAS Saya Suka Malaysia” (Berasaskan “like” di Facebook) peraduan ini telah dirancang dan dilaksanakan oleh Zenith Media dan berlangsung dari 23 Ogos hingga 12 September 2011. Peraduan ini adalah mudah : Warga Malaysia ditanya “apa yang mereka suka mengenai Malaysia” dan video jawapan mereka akan dimuat-naik untuk ditonton dan diundi. Lima video dengan undi tertinggi masing-masing akan menerima tunai sebanyak RM5, 000.

Semua Warga Malaysia dijemput untuk menghantar e-mel video mereka, atau untuk hadir di lokasi tertentu di mana selebriti dan krew kamera akan menjalankan temu bual. Selebriti yang mengambil bahagian termasuklah pelakon Cheryl Samad, DJ KK Wong, dan pelawak Indi Nadarajah.

Sambutan dari warga Malaysia sangatlah luar biasa : Selama seminggu, kira-kira 300 video individu dimuat-naik di laman Facebook PETRONAS Saya Suka Malaysia. Lebih daripada 600,000 pengunjung melayari halaman tersebut dalam kurang dari 1 minggu ini, ditambah dengan lebih 15,000 peminat baru untuk PETRONAS bermakna bahawa kesederhanaan PETRONAS Saya Suka Malaysia telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Saya Suka Malaysia juga secara spontan telah menjadi hashtag popular di Twitter, menunjukkan bahawa konsep tersebut diterima oleh pengguna. Anda juga boleh tweet pandangan anda tentang apa yang anda sayangi mengenai Malaysia, dengan menambah # sayasukamalaysia di Tweeter untuk berkongsi pandangan.

Rasailah semangat Merdeka dan untuk menonton beberapa video yang menghiburkan dan membuat undian anda (siapa tahu, anda mungkin boleh melihat video kawan-kawan anda di sana!) lawatilah laman web PETRONAS Saya Suka di http://www.facebook.com/petronas1 (atau search Petroliam Nasional Berhad, dan klik pada tab “Saya Suka Malaysia”).

Terima Kasih

Zenith Media
29 August 2011

Contoh Video “Saya Suka Malaysia”

Daripada senarai top 10 video majoriti yang leading adalah rakan-rakan Cina kita. Sekarang ini masa mengundi joom kita sokong kawan-kawan kita samada Melayu atau Cina atau India @ http://www.facebook.com/petronas1?sk=app_253025874720005


Spread the love

62 Comments

  1. saya suka malaysia sebab malaysia unik serta mempunyai kepelbagaian bangsa,bahasa, dan agama yang berbeza. Kita hidup dalam masyarakat yang harmoni selama ini, bukan setahun dua kerana kita berjaya mengekalkan keamanan yang sedia ada. Harganya bukan murah jika digadai sewenang-wenangnya.
    Curahan rasa cik dara @ ..Nak kawen dengan anak makcik tak?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!