BERSIH 2.0 angkara pihak ketiga

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, BERSIH 2.0 semakin hangat semakin panas disebut dimana sahaja di dunia nyata juga alam maya. Malaysia adalah negara demokrasi jadi setiap rakyat ada hak untuk menentang dan juga menyokong BERSIH 2.0.

Bagi aku BERSIH 2.0 adalah melampaui batas pemikiran politik. BERSIH 2.0 adalah rancangan pihak ketiga yang menggunakan demokrasi sebagai platform untuk memporak perandakan Islam dan Melayu. Mereka ini mungkin dari dalam negara atau luar negara yang sudah melihat perpecahan teruk di kalangan Islam dan Melayu dan berusaha dan terus berusaha dengan berbagai agenda untuk memastikan Islam dan Melayu tidak akan bertaut lagi dan menimbulkan rasa kebencian yang amat sangat di antara Melayu yang berbeza fahaman politik.

Lihat nanti pada 9 Julai 2011 dengan baju kuning bangsa apa yang paling ramai akan datang menyertai perarakan BERSIH 2.0, bangsa apa pemimpin politik yang paling ramai berdiri di depan memegang mikrofon, bangsa apa yang akan cuba menyuraikan perarakan dan bangsa apa yang kan melontar bom gas dan kemudian dibalas dengan kayu dan batu.

Ketika itu pihak ketiga akan terus merancang agenda lain dengan berbagai slogan atas perjuangan demokrasi yang akan terus memecahkan Islam dan Melayu Malaysia. Apakah yang akan jadi kepada Islam dan Melayu Malaysia di masa akan datang?

Nota : Buat study sikit siapa Ambiga Sree ni dan kes apa yang pernah beliau perjuangkan?

95 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!