Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dikalangan Rakan Blogger yang pernah dengar nama Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera yang merupakan seorang Pemimpin Komunis di Johor ketika Zaman Darurat sebelum Merdeka. Sejak kecil aku telah dikenalkan dengan nama Mat Indera. Dendam penduduk kampung kepada Komunis sangat mendalam kerana ramai penduduk kampung yang telah dibunuh dengan kejam oleh Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu setelah Jepun tewas Perang Dunia Ke dua. Dendam kepada Komunis bermakna dendam juga kepada Mat Indera yang merupakan salah seorang Pemimpin Komunis Melayu di bawah perintah Chin Peng.

Mat Indera bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Bukit Kepong pula menjadi popular setelah kisah serangan Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong difilemkan. Pernah ke Rakan Blogger sampai di Balai Polis Bukit Kepong yang pernah diserang dan dibakar oleh Komunis. Bukit Kepong tak lah jauh sangat daripada kampung aku dan dah banyak kali aku lalu di hadapan kesan sejarah ini yang suatu ketika dahulu hampir dilupakan.

Ramai orang tua di kampung aku dan sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong yang tidak berhenti bercerita tentang kisah kekejaman Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Malaya. Ramai dikalangan rakan-rakan mereka yang hilang begitu sahaja tidak dapat dikesan setelah dibawa oleh Komunis keluar dari rumah secara paksa. Kalau kita baca Sejarah memang ada Pemimpin Melayu yang ikut Parti Komunis berjuang secara jujur untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu tetapi  perjuangan mereka telah dikaburi oleh kekejaman sebilangan besar Pemimpin dan ahli Parti Komunis yang lain. Mereka bertindak kejam membunuh Rakyat yang tidak menyokong perjuangan mereka. Teringat kisah kekejaman Komunis Kemboja membunuh lebih 2juta Rakyatnya sendiri.

Mohammad Indera dan Bukit Kepong telah menjadi sejarah yang terus disebut dari dahulu sampai sekarang sehingga menjadi bahan politik untuk meraih sokongan rakyat. Setiap kali kisah ini diulang siar ada rakyat Malaysia yang terguris hatinya mengingati saudara dan keluarga yang dibunuh kejam oleh Komunis.

Kisah Mat Indera dan Bukit Kepong diulang siar oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk apa? Kalau untuk membetulkan sejarah kenapa begitu lama mengambil masa sehingga lebih 58 tahun setelah Mat Indera dihukum gantung pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Adakah semua Ahli Sejarah Malaysia dan Pemimpin PAS sebelum Mat Sabu buta sejarah sehingga tiada seorang pun yang membetulkan kisah ini untuk paparan kepada rakyat. Atau adakah ini perang psikologi politik PAS untuk membenarkan kerjasama PAS dengan DAP sebagaimana Mat Indera yang merupaka seorang Guru Agama bekerjasama dengan Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya ketika itu.

Perjuangan Mat Indera memang baik tetapi kesilapannya adalah bersama Komunis yang memperjuangkan hak saksama tanpa Agama. Mungkinkah kesilapan Mat Indera akan berulang lagi apabila Pemimpin Politik Islam tidak yakin dengan perjuangan sendiri sehingga perlu bersama dengan parti yang berbeza prinsip?

Aku tak dapat nak jawab!!


Spread the love

112 Comments

  1. Betul ke tidak kena banyak membaca sejarah, tanya pakar sejarah, interview org kampung yang terbabit di tempat yang menerpa sejarah spt di Bukit Kepong atau di mana-mana tempat komunis bertapak/bertempat. Tentulah dpt maklumat yang betulkan.Lu pikir la…sendiri????????
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus RengsaMy Profile

  2. Dah terjadi satu kisah sejarah PKM adalah parti komunis yang kejam, membunuh sesiapa yg tidak mengikut kehendak perjuangan mereka. Adakah ini dikatakan wira kita.Semua dah tahu komunis tu apadia.Macam mana boleh jadi wira.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus RengsaMy Profile

  3. Aku tidak dapat lupa satu keratan ayat didalam buku yg diceritakan sendiri oleh samsiah fakeh yg pernah menyertai parti komunis malaya. Dia sendiri menceritakan ttg kekejaman komunis suatu ketika dahulu. Anaknya sendiri yg baru lahir di dalam hutan dibunuh oleh rakan komunis yg lain diatas sbb akan menimbulkan kebisingan didalam hutan..

  4. aku rasa bukan kes mat indera aje. Ada ramai lagi tokoh rasanya..cuma kita tak tahu aje..sebenarnya, banyak sejarah yang kita tak tahu. Yang dalam buku sejarah tu..bukan tak betul..cuma tak semuanya diceritakan..yela..kalau tulis panjang-panjang..budak-budak bukannya suka baca.. yang buku sejarah sekarang ni pun berapa kerat ajelah yang baca sampai habis..

  5. salam aidilfitri…isu yg amat hangat dan skrg ni panas di dada2 akhbar di berita2 Tv…tapi yg menarik perhatian sensei adalah komen2 di sini…komen2 mcm nielah harus wujud di negara kita..kita semua punya hak utk bersuara@ memberi pendapat jadi yg dah baca tu kenalah buka hati buka minda dan fikir2 sendiri…Kebenaran itu memang sukar untuk dicari..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui…
    Curahan rasa zanaasensei @ ..Kehangatan Masih Terasa WeiiiMy Profile

    1. Komunis, Nasionalis,Kapitalis, Sosialis,Sekular, semuanya agenda Yahudi..Dalam istam tak diajar pertahankan tanahair dan bangsa tetapi Syiar Islam..Yahudi yang tambah supaya pertahan Bangsa dan Negara (Nasionalisme) supaya kita mudah sesat jasad dan jiwa walau iman kita masih beramal kepada Islam tetapi pemikiran kita dah dijajah..Perjuangan mempertahankan Negara adalah sia-sia kerana tiada dalam hadith nabi dan Al-Quran..Yang ada hanya Syiar ISlam…..even yang ada lambang V kat lengan baju uniform tentera ke polis ke adalah simbol Knight Templer (Tentera Dajjal)…..dilekat kat baju tentera dan polis kita…samalah ngan komunis…INi hasil Yahudi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!