Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjejaki dan menyelusiuri Kota Lama Baitulmuqqadis suatu mimpi menjadi kenyataan yang bukan mudah untuk dicapai. Selama ini keliru dengan berbagai kisah yang diceritakan kini menjadi fakta yang boleh menambah keimanan. Betapa Jerusalem atau Baitulmuqadis menjadi kota suci tiga agama yang menjadi rebutan sehingga sanggup berperang hingga ke akhir zaman. Kota Baitulmuqqadis yang mula dibina oleh Nabi Daud a.s dikelilingi tembok setinggi 15 meter yang dihuni lebih 40,000 penghuni gambungan Islam, Yahudi dan Kristian.
Gambar-gambar menarik kota lama Baitulmuqqadis
Di dalam kota Baitulmuqqadis terdapat tempat suci tiga agama iaitu Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ishak a.s yang kemudian disempurnakan oleh Nabi Sulaiman a.s. Dome of the rock yang yang dibina oleh Abd Al-Malik ibn Marwan pada tahun hijrah 72 juga terletak dalam kawasan Masjid Al Aqsa yang di dalamnya terdapat batu dimana Rasulullah S.A.W mikraj ke Saidatul Muntaha bertemu Allah. Hari ini Dome of the rock diuruskan oleh Kerajaan Jordan atas persetujuan perjanjian tahun 1967. Raja Jordan King Hussein telah mengecat kubah dengan emas asli seberat 80 kg dengan belanja USD6 juta. Ramai yang keliru menyangka kubah berwarna emas ini sebagai kubah Masjid Al Aqsa. Dome of the rock bukanlah masjid tetapi ada dewan yang besar untuk solat sunat mengambil berkat.
Gambar luar dan dalam Dome of the rock
Masjid Al Aqsa dibina semula oleh Khalifah Umar Al-Khattab setelah terbiar lebih 600 tahun. Ganjaran solat di Masjid Al Aqsa memang banyak iaitu 500 kali tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasai nikmat ini. Rombongan Islam dari negara luar akan disusahkan dengan berbagai kesusahan untuk menyeberangi sempadan Israel untuk ke Baitulmuqadis supaya hilang minat untuk datang ziarah. Di tahan di sempadan 7-8 jam tanpa apa-apa sebab itu biasa. Rombongan kami juga tidak terlepas pergi dan balik salah seorang sahabat ditahan tanpa sebab berjam-jam dan tak kurang juga kumpulan lain yang dihalau di sempadan tidak dibenarkan masuk. Rakyat Palestine yang dipisahkan dengan tembok setinggi 9 meter sepanjang 900 km dilarang memasuki Baitulmuqadis apatah lagi solat di Masjid Al Aqsa.
Gambar sekitar dalam dan luar Masjid Al Aqsa
Di bawah Masjid Al Aqsa terdapat sebuah masjid yang diyakini sebagai Masjid Nabi Sulaiman. Ada yang percaya masjid ini dibina oleh Jin melihat strukurnya dibina dari bongkahan besar bukan seperti masjid-masjid lain yang dibina dari batu-batu. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat perpustakaan yang dibina oleh Salahudin Al Ayubi mempunyai ribuan buku rujukan Islam. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat juga sebuah lubang yang dalam pada suatu ketika dahulu digunakan untuk mengumpul minyak zaiton sebagai sumber tenaga untuk menerangi masjid. Yahudi meyakini tapak Masjid Al Aqsa juga adalah tapak rumah ibadat pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kerana itu mereka berusaha untuk mendapatkan semula dan beberapa kali cubaan membakar telah dilakukan oleh extrimist yahudi.
Gambar Masjid Nabi Sulaiman
Di dalam kawasan Masjid Al Aqsa terdapt juga Masjid Al Buraq dimana dindingnya berkongsi dengan Wailing wall atau Western wall tempat suci yahudi. Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di kawasan ini sebelum berjalan ke puncak bukit yang sekarang batunya di dalam doom of the rock. Di bahagian belakang Masjid Buraq adalah kawasan suci yahudi dimana ramai yang datang beribadah di sini. Wailing wall telah ditawan semula oleh Israel ketika “6 day war” pada tahun 1967. Pada akhir zaman Nabi Isa a.s akan menewaskan Dajjal di tembok ini.
Gambar Masjid Al Buraq dan Wailling wall
Memang tersentuh hati apabila dapat menjejaki Masjid Al Aqsa yang sangat luas dengan taman menghijau, gazebo untuk berehat, Dome of the rock, Masjid Al Buraq, Masjid Nabi Sulaiman dan paling utama Masjid Al Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam selama 17 bulan setelah israk mikraj. Terlalu banyak tapak-tapak kaki para Rasul dan Nabi terdahulu dan Para Sahabat yang terdapat di sekitar Masjid Al Aqsa. Semuga ziarah ini akan menjadi asbab meningkatnya iman kami dan turunnya hidayah keseluruh alam. Semuga tiada lagi yang keliru antara kubah emas dengan kubah Masjid Al Aqsa.
Klik untuk melihat makam-makam Rasul di Bumi Palestine
98 Comments
memang jelas berbeza.
Tapi masih ada yang tak dapat nak bezakan.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Tips nak beli rumah 2 tahun sekali.
terima kasih atas informasinya
Terima kasih atas perkongsiaan bro. Memang suka saya lihat seni bina Islam yang amat hebat sekali. Amat sayang kerana kerajaan-kerajaan Islam tidak memperbanyakkan usha membina prasarana berunsurkan Islam kerana ia bukan sahaja mempertingkatkan usaha mengembangkan Islam, malah ia boleh menjadi tarikan pelancong sekaligus membawa kepada pulangan pendapatan negara. Kalau di KK ni, banyak pelancong saya lihat berhenti seketika di Masjid Bandaraya untuk bergambar. Ia sedikit sebanyak mengambarkan tarikan seni Islam kepada pelancong.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Tanjung Simpang Mengayau, The Tip Of Borneo
Seronoknya dapat melawat tempat bersejarah ini,,disamping dapat melawat dapat juga menunaikan solat sunat dan beribadat,.
Curahan rasa Mohd Yazed @ ..Permulaan Perniagaan
hmm,,, suatu saat saya juga mau kesana, doakan ya 🙂
Curahan rasa Jadwal Film Bioskop XXI Cinema 21 @ ..Film Thailand : Project Hashima
ya memang ramai yang keliru dengan kubah emas dan masjid al Aqsa …kekeliruan ini memang diharapkan oleh pihak Yahudi secara tidak langsung..
Curahan rasa kakiblog @ ..7 Teknik Cepat Terindek Di Google
Berkenaan Masjid Nabi Sulaiman tu, ada diberitakan di media massa bahawa pihak Zionis Israel sibuk menggali bahagian bawah tanahnya untuk mencari Haikal Sulaiman. Namun, hingga hari ini mereka masih lagi gagal menemukannya. Bahkan, mereka lebih banyak menemui artifak-artifak tinggalan zaman kegemilangan pemerintahan khalifah Islam di situ.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Kenaikan Kadar Tol: Syarikat Konsesi, Sudah Untung Lagi Mau Untung
Seronoknya dapat menjejak kaki di tempat yang telah dijejaki Nabi Muhammad S.A.W dan para rasul.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Macam ini yea, baru tahu saya, terima kasih DH kongsi cerita Masjid Al Aqsa kat sini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest Menang Kereta Hyundai Akhir Tahun.
Alhamdulillah dengan adanya perkongsian hasil ziarah ini, saya jadi tahu bahwa kubah emas itu ternyata bukanlah kubahnya masjid al aqsa. Terima kasih tuan dh atas perkongsiannya.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menikmati Wahana Wisata Icakan Bersama Keluarga
Betul tu, Perkongsian yang mambuka cerita kepada kisah kubah tersebut. Terima kasih DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest Menang Kereta Hyundai Akhir Tahun.
bro lalu tak bwh batu tu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Rare Video : Tanah Runtuh Di Pantai Remis 1993
Betul tu, bro DH lalu ker bawah batu tersebut.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest Menang Kereta Hyundai Akhir Tahun.
Link exchange is nothing else however it is only placing
the other person’s webpage link on your page at suitable place and other
person will also do same for you.
Feel free to visit my blog – http://restinpeaceroo.blogspot.com/
Curahan rasa Abu Samah @ ..Family Guy – Season 12 Episode 01
t-shirt denaihati tu wajib ada tu. hehe..
Curahan rasa titan @ ..SEDA Malaysia Visit Site – Solar Farm Fortune 11 and Labu Palm Oil Mill.
Comments are closed.