Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjejaki dan menyelusiuri Kota Lama Baitulmuqqadis suatu mimpi menjadi kenyataan yang bukan mudah untuk dicapai. Selama ini keliru dengan berbagai kisah yang diceritakan kini menjadi fakta yang boleh menambah keimanan. Betapa Jerusalem atau Baitulmuqadis menjadi kota suci tiga agama yang menjadi rebutan sehingga sanggup berperang hingga ke akhir zaman. Kota Baitulmuqqadis yang mula dibina oleh Nabi Daud a.s dikelilingi tembok setinggi 15 meter yang dihuni lebih 40,000 penghuni gambungan Islam, Yahudi dan Kristian.
Gambar-gambar menarik kota lama Baitulmuqqadis
Di dalam kota Baitulmuqqadis terdapat tempat suci tiga agama iaitu Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ishak a.s yang kemudian disempurnakan oleh Nabi Sulaiman a.s. Dome of the rock yang yang dibina oleh Abd Al-Malik ibn Marwan pada tahun hijrah 72 juga terletak dalam kawasan Masjid Al Aqsa yang di dalamnya terdapat batu dimana Rasulullah S.A.W mikraj ke Saidatul Muntaha bertemu Allah. Hari ini Dome of the rock diuruskan oleh Kerajaan Jordan atas persetujuan perjanjian tahun 1967. Raja Jordan King Hussein telah mengecat kubah dengan emas asli seberat 80 kg dengan belanja USD6 juta. Ramai yang keliru menyangka kubah berwarna emas ini sebagai kubah Masjid Al Aqsa. Dome of the rock bukanlah masjid tetapi ada dewan yang besar untuk solat sunat mengambil berkat.
Gambar luar dan dalam Dome of the rock
Masjid Al Aqsa dibina semula oleh Khalifah Umar Al-Khattab setelah terbiar lebih 600 tahun. Ganjaran solat di Masjid Al Aqsa memang banyak iaitu 500 kali tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasai nikmat ini. Rombongan Islam dari negara luar akan disusahkan dengan berbagai kesusahan untuk menyeberangi sempadan Israel untuk ke Baitulmuqadis supaya hilang minat untuk datang ziarah. Di tahan di sempadan 7-8 jam tanpa apa-apa sebab itu biasa. Rombongan kami juga tidak terlepas pergi dan balik salah seorang sahabat ditahan tanpa sebab berjam-jam dan tak kurang juga kumpulan lain yang dihalau di sempadan tidak dibenarkan masuk. Rakyat Palestine yang dipisahkan dengan tembok setinggi 9 meter sepanjang 900 km dilarang memasuki Baitulmuqadis apatah lagi solat di Masjid Al Aqsa.
Gambar sekitar dalam dan luar Masjid Al Aqsa
Di bawah Masjid Al Aqsa terdapat sebuah masjid yang diyakini sebagai Masjid Nabi Sulaiman. Ada yang percaya masjid ini dibina oleh Jin melihat strukurnya dibina dari bongkahan besar bukan seperti masjid-masjid lain yang dibina dari batu-batu. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat perpustakaan yang dibina oleh Salahudin Al Ayubi mempunyai ribuan buku rujukan Islam. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat juga sebuah lubang yang dalam pada suatu ketika dahulu digunakan untuk mengumpul minyak zaiton sebagai sumber tenaga untuk menerangi masjid. Yahudi meyakini tapak Masjid Al Aqsa juga adalah tapak rumah ibadat pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kerana itu mereka berusaha untuk mendapatkan semula dan beberapa kali cubaan membakar telah dilakukan oleh extrimist yahudi.
Gambar Masjid Nabi Sulaiman
Di dalam kawasan Masjid Al Aqsa terdapt juga Masjid Al Buraq dimana dindingnya berkongsi dengan Wailing wall atau Western wall tempat suci yahudi. Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di kawasan ini sebelum berjalan ke puncak bukit yang sekarang batunya di dalam doom of the rock. Di bahagian belakang Masjid Buraq adalah kawasan suci yahudi dimana ramai yang datang beribadah di sini. Wailing wall telah ditawan semula oleh Israel ketika “6 day war” pada tahun 1967. Pada akhir zaman Nabi Isa a.s akan menewaskan Dajjal di tembok ini.
Gambar Masjid Al Buraq dan Wailling wall
Memang tersentuh hati apabila dapat menjejaki Masjid Al Aqsa yang sangat luas dengan taman menghijau, gazebo untuk berehat, Dome of the rock, Masjid Al Buraq, Masjid Nabi Sulaiman dan paling utama Masjid Al Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam selama 17 bulan setelah israk mikraj. Terlalu banyak tapak-tapak kaki para Rasul dan Nabi terdahulu dan Para Sahabat yang terdapat di sekitar Masjid Al Aqsa. Semuga ziarah ini akan menjadi asbab meningkatnya iman kami dan turunnya hidayah keseluruh alam. Semuga tiada lagi yang keliru antara kubah emas dengan kubah Masjid Al Aqsa.
Klik untuk melihat makam-makam Rasul di Bumi Palestine
98 Comments
Sangat cantik senibina dan ukirnya.. suatu hari nanti nak ke sana.. in sha Allah…
Curahan rasa KiD @ ..Tahiyyat Akhir di Tonle Sap
kubah emas tu duduknya dlm kawasan masjid al-aqsa gak.., ramai keliru dkt situ…, lps itu cerita org islam susah nk sembahyang dekat sini tak betul.., cuma ramai org islam sana yg tak sembahyang sbb rosak dgn budaya yahudi.., jurusallem Islam dia ramai rosak dan org igt di sana susah sembahyang tapi sebenarnya tu cerita yahudi je toi ker..??
abang pergi sana dia kata orang Islam sana di bandar ramai hanyut dgn keseronokan yahudi ek..?
Bertuah tuan haji dapat ke sana….Inshaallah disini lah kemuncak tempat yang ingin sekali saya tuju…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Tempat Menarik Di Pulau Pinang
Allah ahu Akbar cantiknya
Barulah tahu serba sedikit
subhanaALLAH cantiknya ..sangat indah ukirannya ..sangat beruntung dapat ke sana
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Adakah Kamu Sudah Bersedia Jika Hari Kiamat Tiba ?
Kalau tak silap, ejaan sepatutnya Dome bermaksud kubah bukan Doom yg bermaksud seksaan atau azab
Curahan rasa MK Kimi @ ..Imtiyaz Yang Riang
terima kasih di atas pembetulan ni .. dah semak beberapa kali boleh tersilap juga itulah manusia tak lepas dari kelalaian
Bestnyer dapat jalan2 ke negara orang..jauh perjalanan luas pengalaman..
Curahan rasa UpProfits @ ..Kubah Emas Doom of the Rock bukan Masjid Al-Aqsa
Subhanallah,… sungguh sebuah perjalanan yang sangat bermakna. Terima kasih banyak tuan sudah membaginya kepada kita semua.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selaksa Rindu di Hari Ibu
Moga suatu saat bisa menjejakkan kaki pula disana.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selaksa Rindu di Hari Ibu
subhanaAllah…indah semuanya…dapat tengok gambar jadilah…hehehehhe
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Selamat Hari Jadi ke 9
Pasti hati tenang dan lapang apabila sampai di sana kan…. senibina masjid dan bangunan juga amat mengagumkan
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Roti Naan Cheese Restoran Selera MY (RSMY)
Terima kasih di atas perkongsian info… Ini pertama kali saya dapat melihat gambar-gambar Masjid nabi Sulaiman dan Doom Of The Rock.. Selama ini hanya dengar cerita sahaja, bila dapat melihatnya sendiri, baru tahu cerita dan sejarah berkaitan dengan tempat sejarah Islam ini…
Curahan rasa Anuar @ ..Survey : Yuran penyertaan untuk mengadakan Kursus Quilling?
x dinafikan mmg ramai yg terkeliru antara masjid al-aqsa dgn Doom of rock nih..ramai yg igt yg berkubah emas tuh masjid al-aqsa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Kos Sara Hidup meningkat Rakyat Tertekan
Teruja rasa bila DH dan keluarga serta para rombongan dapat menjejaki kaki ke Baitumuqadis ini. Banyak tempat sejarah para nabi dan ambia yg terdapat di sana. Moga keimanan kita terhadap Alah Taala lebih setelah apa yg kita saksikan dgn mata kepala kita sendiri.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Daftar Percuma Program Affiliate Di WangDotCom
pasti menjadi pengalaman paling bermakna buat tuan DH dan keluarga kerana dapat masuk dalam Masjid Al-Aqsa…
Curahan rasa papa mifz @ ..Homestay Regalia Studio – Penginapan Eksklusif Kadar Rendah
Comments are closed.