Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjejaki dan menyelusiuri Kota Lama Baitulmuqqadis suatu mimpi menjadi kenyataan yang bukan mudah untuk dicapai. Selama ini keliru dengan berbagai kisah yang diceritakan kini menjadi fakta yang boleh menambah keimanan. Betapa Jerusalem atau Baitulmuqadis menjadi kota suci tiga agama yang menjadi rebutan sehingga sanggup berperang hingga ke akhir zaman. Kota Baitulmuqqadis yang mula dibina oleh Nabi Daud a.s dikelilingi tembok setinggi 15 meter yang dihuni lebih 40,000 penghuni gambungan Islam, Yahudi dan Kristian.
Gambar-gambar menarik kota lama Baitulmuqqadis
Di dalam kota Baitulmuqqadis terdapat tempat suci tiga agama iaitu Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ishak a.s yang kemudian disempurnakan oleh Nabi Sulaiman a.s. Dome of the rock yang yang dibina oleh Abd Al-Malik ibn Marwan pada tahun hijrah 72 juga terletak dalam kawasan Masjid Al Aqsa yang di dalamnya terdapat batu dimana Rasulullah S.A.W mikraj ke Saidatul Muntaha bertemu Allah. Hari ini Dome of the rock diuruskan oleh Kerajaan Jordan atas persetujuan perjanjian tahun 1967. Raja Jordan King Hussein telah mengecat kubah dengan emas asli seberat 80 kg dengan belanja USD6 juta. Ramai yang keliru menyangka kubah berwarna emas ini sebagai kubah Masjid Al Aqsa. Dome of the rock bukanlah masjid tetapi ada dewan yang besar untuk solat sunat mengambil berkat.
Gambar luar dan dalam Dome of the rock
Masjid Al Aqsa dibina semula oleh Khalifah Umar Al-Khattab setelah terbiar lebih 600 tahun. Ganjaran solat di Masjid Al Aqsa memang banyak iaitu 500 kali tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasai nikmat ini. Rombongan Islam dari negara luar akan disusahkan dengan berbagai kesusahan untuk menyeberangi sempadan Israel untuk ke Baitulmuqadis supaya hilang minat untuk datang ziarah. Di tahan di sempadan 7-8 jam tanpa apa-apa sebab itu biasa. Rombongan kami juga tidak terlepas pergi dan balik salah seorang sahabat ditahan tanpa sebab berjam-jam dan tak kurang juga kumpulan lain yang dihalau di sempadan tidak dibenarkan masuk. Rakyat Palestine yang dipisahkan dengan tembok setinggi 9 meter sepanjang 900 km dilarang memasuki Baitulmuqadis apatah lagi solat di Masjid Al Aqsa.
Gambar sekitar dalam dan luar Masjid Al Aqsa
Di bawah Masjid Al Aqsa terdapat sebuah masjid yang diyakini sebagai Masjid Nabi Sulaiman. Ada yang percaya masjid ini dibina oleh Jin melihat strukurnya dibina dari bongkahan besar bukan seperti masjid-masjid lain yang dibina dari batu-batu. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat perpustakaan yang dibina oleh Salahudin Al Ayubi mempunyai ribuan buku rujukan Islam. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat juga sebuah lubang yang dalam pada suatu ketika dahulu digunakan untuk mengumpul minyak zaiton sebagai sumber tenaga untuk menerangi masjid. Yahudi meyakini tapak Masjid Al Aqsa juga adalah tapak rumah ibadat pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kerana itu mereka berusaha untuk mendapatkan semula dan beberapa kali cubaan membakar telah dilakukan oleh extrimist yahudi.
Gambar Masjid Nabi Sulaiman
Di dalam kawasan Masjid Al Aqsa terdapt juga Masjid Al Buraq dimana dindingnya berkongsi dengan Wailing wall atau Western wall tempat suci yahudi. Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di kawasan ini sebelum berjalan ke puncak bukit yang sekarang batunya di dalam doom of the rock. Di bahagian belakang Masjid Buraq adalah kawasan suci yahudi dimana ramai yang datang beribadah di sini. Wailing wall telah ditawan semula oleh Israel ketika “6 day war” pada tahun 1967. Pada akhir zaman Nabi Isa a.s akan menewaskan Dajjal di tembok ini.
Gambar Masjid Al Buraq dan Wailling wall
Memang tersentuh hati apabila dapat menjejaki Masjid Al Aqsa yang sangat luas dengan taman menghijau, gazebo untuk berehat, Dome of the rock, Masjid Al Buraq, Masjid Nabi Sulaiman dan paling utama Masjid Al Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam selama 17 bulan setelah israk mikraj. Terlalu banyak tapak-tapak kaki para Rasul dan Nabi terdahulu dan Para Sahabat yang terdapat di sekitar Masjid Al Aqsa. Semuga ziarah ini akan menjadi asbab meningkatnya iman kami dan turunnya hidayah keseluruh alam. Semuga tiada lagi yang keliru antara kubah emas dengan kubah Masjid Al Aqsa.
Klik untuk melihat makam-makam Rasul di Bumi Palestine
98 Comments
tidak ada yang bisa terucap kecuali pujian untuk Tuhan semesta alam…
subhanallah..terima kasih Denai Hati dgn kupasan perjalanan sepanjang jelajah. Semoga pergkongsian pengalaman ini dapat memberi manafaat dan gambaran bagi yg belum pernah/ merancang utk ke sana..
Allahu Akbar…..lambang2 sejarah, bukti sejarah yg masih bisa dinikmati, mksh tuk sharenya….
Bila la dapat jejak kat sini, teringin juga jelajah semua tempat-tempat menarik di situ
Curahan rasa wazy @ ..Apa Yang Anda Harus Tahu Tentang Salam Media
Sungguh Masjid yang begitu Indah dan bukti kebesaran Islam… aku jadi pengen berkunjung kesana.. hehe 😀
Penceritaan yang santai, sangat menarik dan menginsafkan.
Psssttt….gamba2 sangat cantik 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..10 Makanan Terbaik Bagi Jantung
sgt bertuah dpt menjejakan kaki disini…. moga satu hari nanti, dapat juga aku ke sana…..
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Senarai Kenaikan Harga Tol 2014
best la tgk gambar gambar ni. Kepada Denaihati, kalau boleh gambar kasi “watermark”… 🙂
Curahan rasa Juan @ ..Tips SEO Mudah Ringkas Untuk Blogger Baru
Betapa kuatnya masjid yang dibangun oleh para nabi kita, semoga kita diberi oleh Allah mengunjunginya untuk meningkatkan keimanan kita, Aamiin!
Curahan rasa Nuansa Pena @ ..Fatin Shidqia Lubis, Penyanyi Remaja Santun dan Berkarakter
Allahuakhbar. alangkah indahnya kalau saya dan bersama dua orang tua saya menjejak kaki disana. Bukan kat sana ada konflik ke sekarang? Hati hati ketika merantau, jaga diri. amin 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Agro – Projek Tanaman Limau Nipis
Wow, terima kasih tuan atas perkongsian maklumat, banyak juga yang kita belum tau
Curahan rasa azam rashid @ ..Laporan Dividen ASB Mengelirukan
Semakin menambah wawasan mengenai keberadaan masjid al-Aqsa yang merupakan saksi kebesaran agama Islam dan juga perjalanan Rasulullah SAW ketika Isra Mikraj
Curahan rasa Ferry @ ..Cara Mengetahui Kelulusan Hasil CPNS 24 Desember 2013
Comments are closed.