MAS laksana peraturan baru bagasi kabin

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mulai 15/5/2012 Malaysia Airline System (MAS) majikan kepada The Singing Blogger mula menguatkuasa aturan bagasi baru untuk menyertai Oneworld Alliance. Menurut kenyataan MAS, penumpang kelas ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi tangan manakala untuk penumpang kelas Bisnes dan kelas Pertama, dibenarkan dua bagasi tangan. Setiap bagasi tangan tidak boleh melebihi 36 sm panjang, 23 sm lebar dan 56 sm tinggi, dengan berat maksimum 7 kg.

Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan serta langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh lapangan terbang. Kadar biasa akan dikenakan ke atas bagasi yang melebihi ketetapan itu. Selain itu, setiap penumpang dibenarkan membawa beg tangan kecil dan tongkat serta salah satu daripada barangan berikut iaitu komputer riba, beg bimbit, beg kamera atau beg binokular, kata MAS. Mereka yang membawa bayi, boleh membawa satu beg mengandungi makanan bayi dan lampin tidak melebihi 5 kg, kot dan kereta sorong bayi boleh lipat, kata kenyataan itu.

Aku dan Rakan Kembara Musafir Europe ada pengalaman yang menarik kisah bagasi di Airport Ciampino, Rome dan Airport Frankfurt. Di airport Ciampino, Rome kami menaiki Ryanair pesawat tambang murah yang popular di Europe. Semasa booking online telah dimaklumkan bahawa bagasi yang dibenarkan hanya satu sahaja bagasi tangan berat tak boleh lebih 10kg dan 20kg untuk bagasi check in. Setelah berjalan sejauh lebih 2000 km di beberapa bandar besar pastilah bagasi kami bertambah kembang tapi tak lah sampai beranak.

Untuk menyelamatkan keadaan lebihan berat sebanyak 15kg x 2 telah dibeli untuk mengelakan bayaran bagasi tambahan yang lebih mahal. Kami silap rupanya extra 15kg mesti guna beg berasingan jadi terpaksa 2 kali mengubahsuai isi beg ketika nak check in di Airport Ciampino dan akhirnya terpaksa juga bayar extra bagasi 5kg x euro 20 kerana tak cukup beg, nak beli pun awal pagi kedai pun belum buka.

Ketika check in untuk pulang di Airport Frankfurt semua sudah sedia maklum maksima berat bagasi tangan adalah 7kg dan maksimum bagasi untuk check in adalah 23kg. Kami telah bersedia untuk bayar lebihan bagasi kerana dah tak boleh nak adjust lagi kecuali ada barang yang perlu ditinggalkan. Setelah ditimbang semua beg salah satu beg berat 35kg melebihi had maksimum berat beg iaitu 32kg. Setelah diubahsuai isikandungan beg dialih sana-sini akhirnya kami dikenakan lebihan bagasi 15kg x euro 10.

Jadi untuk semua penumpang MAS dan pengembara jangan terkejut dengan peraturan baru kerana peraturan ini telah lama dipraktiskan oleh kebanyakan syarikat penerbangan yang lain.


Spread the love

128 Comments

  1. btol.. AirAsia sendiri pon kenakan peraturan yg ketat pasal bagasi ni.. Emirates pon mcm tu, cume utk check-in luggage, dpt up to 32kg kalo x silap.. MAS je yg lambat sket take action.. hehe
    Curahan rasa fathiah jasni @ ..He who-had-crush-on-meMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!