Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mulai 15/5/2012 Malaysia Airline System (MAS) majikan kepada The Singing Blogger mula menguatkuasa aturan bagasi baru untuk menyertai Oneworld Alliance. Menurut kenyataan MAS, penumpang kelas ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi tangan manakala untuk penumpang kelas Bisnes dan kelas Pertama, dibenarkan dua bagasi tangan. Setiap bagasi tangan tidak boleh melebihi 36 sm panjang, 23 sm lebar dan 56 sm tinggi, dengan berat maksimum 7 kg.
Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan serta langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh lapangan terbang. Kadar biasa akan dikenakan ke atas bagasi yang melebihi ketetapan itu. Selain itu, setiap penumpang dibenarkan membawa beg tangan kecil dan tongkat serta salah satu daripada barangan berikut iaitu komputer riba, beg bimbit, beg kamera atau beg binokular, kata MAS. Mereka yang membawa bayi, boleh membawa satu beg mengandungi makanan bayi dan lampin tidak melebihi 5 kg, kot dan kereta sorong bayi boleh lipat, kata kenyataan itu.
Aku dan Rakan Kembara Musafir Europe ada pengalaman yang menarik kisah bagasi di Airport Ciampino, Rome dan Airport Frankfurt. Di airport Ciampino, Rome kami menaiki Ryanair pesawat tambang murah yang popular di Europe. Semasa booking online telah dimaklumkan bahawa bagasi yang dibenarkan hanya satu sahaja bagasi tangan berat tak boleh lebih 10kg dan 20kg untuk bagasi check in. Setelah berjalan sejauh lebih 2000 km di beberapa bandar besar pastilah bagasi kami bertambah kembang tapi tak lah sampai beranak.
Untuk menyelamatkan keadaan lebihan berat sebanyak 15kg x 2 telah dibeli untuk mengelakan bayaran bagasi tambahan yang lebih mahal. Kami silap rupanya extra 15kg mesti guna beg berasingan jadi terpaksa 2 kali mengubahsuai isi beg ketika nak check in di Airport Ciampino dan akhirnya terpaksa juga bayar extra bagasi 5kg x euro 20 kerana tak cukup beg, nak beli pun awal pagi kedai pun belum buka.
Ketika check in untuk pulang di Airport Frankfurt semua sudah sedia maklum maksima berat bagasi tangan adalah 7kg dan maksimum bagasi untuk check in adalah 23kg. Kami telah bersedia untuk bayar lebihan bagasi kerana dah tak boleh nak adjust lagi kecuali ada barang yang perlu ditinggalkan. Setelah ditimbang semua beg salah satu beg berat 35kg melebihi had maksimum berat beg iaitu 32kg. Setelah diubahsuai isikandungan beg dialih sana-sini akhirnya kami dikenakan lebihan bagasi 15kg x euro 10.
Jadi untuk semua penumpang MAS dan pengembara jangan terkejut dengan peraturan baru kerana peraturan ini telah lama dipraktiskan oleh kebanyakan syarikat penerbangan yang lain.
128 Comments
Belum pernah aku naik mas,kalau air asia tuh selalu,SIA sesekali.Tapi aku salute kat petugas air asia changi airport dia suruh aku kurangkan barang dibagasi kargo dan menyuruh aku membawa ditangan supaya aku tidak dikenakan cas tambahan.
Curahan rasa onlajer @ ..Anak Bapak
kadang2 tips seperti itu akan membawa keuntungan
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
Rasanya peraturan baru nie tidaklah menyusahkan sangat para penumpang MALAYSIA AIRLINES…
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..SATAY KING tajaan MATJOE.COM memang LAZAT !!!!
kena check berat sokmo lah yea…
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
baca utk tmbah ilmu
x ambil tau sgt sbb x pernah naik kapal terbang ni 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Johor FC vs Kelantan | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
sama bro, untuk pengetahuan bagus itu…
Curahan rasa Dadan @ ..6 Petinggi yang Mundur Karena Pemalsuan
bang dadan, sama laa kita.. untuk info masa depan
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
mana nak tau akan datang naik pesawat juga.. boleh jadi sebagai info
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
Kena stanby bajet untuk bagasi la ni kan
Curahan rasa wazy @ ..Slot Akasia Seindah Sakura TV3
tak cukup barang, kena beli beg lain.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
Tidak salah dekat lapangan terbang ada tempat untuk mengukur saiz bagasi hand carry yang dibenarkan. Selalunya untuk penerbangan antarabangsa mengambil kira saiz bagasi.
Kalau pergi berkumpulan boleh kongsi berat.
Curahan rasa akubiomed @ ..Resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma
owh.. kalau berkumpulan, berapa orang dikira kumpulan itu?
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
selalu naik air asia je balik ke rumah mertua di Sabah..tapi biasanya akan beli bagasi untuk pulang ke semenanjung awal awal sebab pepaham je la, ade je bekal yang disuruh bawak balik ke sini..
Curahan rasa pipoq @ ..Fikirkan sejenak
Ini mesti bawa bag didalam bag ada bag. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Tutorial kod trademark Fatin Liyana
dalam beg ada ole-ole juga.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
pipoq.. pegi beg kosong, balik beg penuh.. hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
sebab tu digalakkan beli bagasi, takut terlebih kene bayar mahal plak tu, aritu airasia 1kg rm40 die charge dari kl ke seoul, harap lepas ni ramai amik tau 🙂
Curahan rasa farahdiba @ ..Kenangan Lalu…Uitm Dihatiku..
1kg RM40?? wowwww
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
Lepas ni nak pegi travel, dalam travel budget kene tambah lagi 1 item : luggage cost -___-”
Curahan rasa bubbles182 @ ..Middle east lunch for Woon Shin’s farewell
dan luggage kena beli tengok saiz juga,
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
salah satu tips untuk melancong adalah merancang bagasi. saya rasa membeli bagasi semasa menempah tiket air asia lebih berbaloi dari dikenakan caj lebih bagasi semasa check-in…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..FESTIVAL AISKRIM MALAYSIA
beli bagasi tu kat mana yea?
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
klu selalu terbang sana-sini tu bagus beli wight scale yg cute tu utk timbang beg kan, kang tak psl2 kena tmbah duit…
Curahan rasa noriz @ ..Labu, Labu & Labu lagi 🙂
kena usung kesana kemari lak.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
ramai jugaklah yang melatah nanti sebab tak berapa nak ambik tau bila berita ni keluar..hehe..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Sudahkah anda merancang persaraan?
dan ramai jugak lah kena BAYAR
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
Air Asia pun sama gak..kalau tak beli awal2 bagasi,jawab nyer tambah duit lagi,harga mahal pulak tu.
Curahan rasa azman @ ..Entry Lelaki Kacak
Myra penah kena caj naik Air Asia sampai dekat RM100, rasa tak berbaloi sebab bukan banyak sangat pun barang..huhuu
Curahan rasa Myra Jay @ ..Eira Syazira dan Fasha Sandha hamil
average brapa harganya yea?
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
Pembatasan berat bagasi tersebut semata-mata hanya berdasarkan pertimbangan keselamatan penerbangan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Passing Grade SNMPTN 2012
Bila sebuah maskapai tidak melakukan sweeping atas kelebihan berat bagasi dan barang bawaan, maka berarti menyepelekan keselamatan penerbangan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Passing Grade SNMPTN 2012
Assalamualaikum
Peraturan baru di maskapai penerbangan yah, nice tips yah
Curahan rasa eljohn-us @ ..Cara Membuat Blog Dalam Perbaikan (Maintenance)
tips sebelum naik pesawat
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
ooh peraturan baru ya..btw nice info ya
Curahan rasa andipandora @ ..Andipandora.com turut Berbela Sungkawa atas Tragedi Sukhoi
peraturan baru, kena alert laaa lepas ini kan?
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Sebenar Entiti Momok Sate
Comments are closed.