Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia sedang heboh dengan kisah cacat cela pentadbiran berdasarkan Laporan Audit Negara 2012. Laporan Audit Negara ini dikeluarkan menjelang pembentangan belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013. Aku biasa melihat daripada sudut yang berbeza. Bagi aku keberanian Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak adalah luar biasa kerana berani mendedahkan kelemahan pemerintahan sendiri.
[box type=”shadow”]Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.
Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir
Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.
Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.
Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan. Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini. – YB Khairy Jamaluddin[/box]
Kerajaan bukan 100% peratus bergantung kepada Perdana Menteri dan kabinet tetapi dianggotai berjuta kakitangan dari jawatan Ketua Setiausaha Negara hinggalah Pekerja Am. Setiap jawatan mempunyai tanggungjawab dan kuasa yang diberi untuk membuat keputusan berdasarkan “General Order” yang disediakan tetapi berdasar pengalaman terlalu ramai yang pandai memanipulasi sistem untuk kepentingan kumpulan atau diri sendiri. Kepincangan yang terdapat dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah salah satu makanisme penilaian kegagalan pegawai-pegawai tertentu menjalankan tanggungjawab. Menjadi tugas Pemimpin Kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai yang terlibat terutama kepada kes-kes sama yang berulang lagi.
Memang ramai yang mengecam kepincangan yang berlaku kerana nak mengutuk bukan susah tetapi kalau kita berada dalam suasana seperti pegawai-pegawai yang terlibat mungkin kita akan buat lebih teruk daripada mereka. Aku pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan selama enam tahun dan sebagai usahawan pernah berurusan berbagai projek dengan berbagai agensi kerajaan … selagi kiblat hidup WANG memang susah nak mencari manusia yang jujur. Ketidak jujuran itulah sebab paling utama berlaku semua kepincangan yang disebut dalam Laporan Audit Negara setiap tahun.
Sebenarnya aku bukan nak ulas sangat cerita Laporan Audit Negara 2012 yang telah banyak diperkatakan termasuklah oleh sifu Blogger. Yang aku tak puas hati sebenarnya apabila Ketua Audit Negara merendahkan martabah Blogger. Bayaran RM1000 untuk Blogger dikatogerikan “perbelanjaan tinggi” begitu juga elaun harian Blogger RM500 juga dikatogeri sebagai “perbelanjaan tinggi”. Jadi apa sebenarnya nilai Blogger adakah seperti kata Blogger EjamOthman, Blogger hanya layak dapat “goodies bag” seperti yang dilakukan oleh beberapa Agensi Kerajaan dan Syarikat PR.
Aku memang tabik dengan beberapa Top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus yang sentiasa berkerja kuat membina martabat blog sehingga terkenal bukan sahaja di Malaysia. Aman Firdaus setiasa ada di kebanyakan event teknologi dan bukan semua event tersebut berbayar. Tanpa banyak soal beliau seperti wartawan akan menyiarkan entri untuk informasi terkini kepada pembaca setia tetapi hasilnya dengan trafik yang masuk telah mengukuhkan jenama Amanz.my sehingga nilai advetorial di blog Amanz bukan ratusan tapi ribuan ringgit lebih dari nilai RM1000 yang disangka mahal oleh Ketua Audit Negara … tak percaya cuba tanya. Nilai advetorial bukan murah sebenarnya kerana selagi entri tersebut ada dalam blog selagi itu trafik akan mengalir ke jenama yang di iklankan.
[box type=”shadow”]Komen dari seorang Blogger : memang ada blogger bayar mahal – tetapi itulah, bagaimana mahu menilai harga seorang blogger/blog itu? Seperti saya, yang agak sukar untuk hadiri event, apatah lagi bukan blogger yang popular dan dikenali, dengan niche yang agak sempit untuk pengiklan … meletakkan harga terlalu tinggi akan buatkan blog kehilangan pendapatannya.[/box]
Tugas menaikan martabat Blogger adalah diri kita sendiri sehingga Ketua Audit Negara dan Pengiklan dapat menghargai nilai sebenar Blog tanpa perlu mempersoalkan nilai sebenar. Amanz.my, Beautifulnara.com, Paultan.org semua bermula dari sebuah blog kecil yang dibina dengan penuh strategi sehingga menjadi sebuah blog idola. Kita mesti belajar bagaimana mereka membina jenama dari zero menjadi hero dengan mengenepikan berbagai alasan yang menjadi tembok kejayaan.
Sebagaimana Laporan Audit Negara begitu juga kita sebagai Blogger mesti sentiasa audit diri dan blog dari masa kesemasa jika mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya menjadi seorang usahawan Blogger.
Seperti kata Blogger Eizil, KITA MAMPU MENGUBAHNYA sehingga Blogger dipandang dengan nilai sebenar oleh mereka yang berkenaan cuma ingat pendapatan Blogger bukan sahaja dari event … ada banyak lagi cara lain.
134 Comments
depa tak tahu kuasa sebenar blogger..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..IKLAN RAYA NISSAN 2014
Sebagai seorang blogger, memang tersentuh juga la dengan statement semacam ini…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Jabatan Audit tak didedahkan lagi kot dengan apa itu blogger..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Dorang tak faham peranan blogger sebenarnya pada pandangan saya..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Tetapi saya yakin, kerjaya sebagai blogger turut mempengaruhi perkembangan dalam Negara khususnya dari segi penyebaran informasi dalam media.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Kimia Matrik : Susah atau Senang?
Tahun 2014 peranan media sosial ada nampak perkembangan positif…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Betul aniq. Kuasa informasi di blog mula menjadi perhatian. Tunggulah di satu masa nanti, bloger mampu mengubah segalanya. Masa tu baru orang pandang blogger.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Tujuan saya menulis blog adalah untuk berkongsi cerita. Masih belum bisa melangkah ke tahap kritikal thinking dan pengkomersialan blog lagi. Apapun, perkongsian yang menarik dari Tuan. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Ukhuwah Fillah
Kriktikal thinking ataupun killer content antara kegemaran saya walaupun kekadang masa terhad untuk menerbitkan entri semacam ini… perlu pada rujukan sumber2 yang boleh dipercayai memang bukan kerja satu dua jam…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Seperti kata tuan Denaihati, blogger adalah pemikir yang hebat. Ahli pemikir sepatutnya bermartabat tinggi
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Bukan senang nak jadi blogger dengan menghasilkan entry2 yang berkuali untuk sajian pembaca.. Perlu perahan otak untuk mencurahkan idea-idea..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
boleh diubah sekiranya semua blogger bersatu dan menyuarakan dengan lantang mengenai nilai kita.
tidak tu sampai bila-bila Blogger hanya dipandang sebagai ‘profesion remeh’ oleh orang awam
Mereka tak faham peranan blogger sebenarnya namun secara jujurnya saya melihat kebelakangan ini, golongan blogger diberi perhatian.. Sedikit masa lagi….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Besar jugak tanggungjawab blogger ni. Baca artikel ni telah membuka mata saya tentang tanggungjawab seorang blogger.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Memang besar. Tapi masih ada lagi yang menganggap kerjaya seorang blogger ini sebagai ‘Profession remeh’ bak kata Zack One
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
semoga martabat blogger makin dipandang tinggi lagi..tp kalo kerajaan sndr pon makin tidak menyokong, komuniti blogger perlu cari jalan lain rasanya..
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Blogger kena tunjukkan sesuatu lepas nie.. Buktikan bahawa blogger juga merupakan satu kerjaya yang mampu menyumbang sesuatu pada negara.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
terimakasih atas informasinya gan, i like it 😀
Kesian dekat golongan2 blogger ini.pihak atasan pun pandang sebelah mata je dengan blogger…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
terima kasih atas informasinya
Semoga pendedahan ini menguatkan lagi semangat kita untuk menjadi blogger yang berkualiti selepas ini
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Setuju. Jika kiblatkan WANG. Memang inila jadinya. Ketirisan sana sini.
betul tu. blogger juga ada harga diri. Kita bantu untuk mereka dapatkan hasil. kira menang-menang..
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Dengan Jawap Teka-Teki,ada berani ker?
Itulah seperti yang saya tegaskan… Mereka tak nampak blogger nie sebagai satu profession penting sebabtulah nilai sebegitu dianggap terlalu besar walaupun pada hakikatnya tidak . 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Wow, pandai Tuan Denai Hati memanipulasi tajuk post.
Ingatkan penghargaan dari Ketua Audit Negara. 🙂
Betul tu. Kena ada caranya dalam buat tajuk entry.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Dengan Jawap Teka-Teki,ada berani ker?
Tulah Denaihati. Kreatif membawa pembaca menyelami sesuatu topik itu secara menyeluruh….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Tertarik dengan ulasan akhir dalam entry nie.. Sedar atau tidak, peranan blogger itu sendiri sebenarnya begitu penting dalam masyarakat. Jd saya sbg blogger (walaupun x sehebat mana) agak terasa jg jika blogger dipandang sebelah mata..
Moga suatu hari nanti martabat blogger dipandang tinggi oleh ketua audit negara
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Begitulah hendaknya…. Bukan senag nak jadi seorang blogger sebenarnya….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
salam kenal untuk para blogger indonesia dimanapun berada 🙂
sukses selalu 🙂
jangan lupa berkunjung ke blog ku ya 🙂
Curahan rasa Resep Masakan Praktis @ ..Tips Memilih dan Menyimpan Tempe dan Tahu
Salam persahabatan buat sahabat-sahabat blogger dari indonesia…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Comments are closed.