Martabat Blogger di mata Ketua Audit Negara

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia sedang heboh dengan kisah cacat cela pentadbiran berdasarkan Laporan Audit Negara 2012. Laporan Audit Negara ini dikeluarkan menjelang pembentangan belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013. Aku biasa melihat daripada sudut yang berbeza. Bagi aku keberanian Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak adalah luar biasa kerana berani mendedahkan kelemahan pemerintahan sendiri.

[box type=”shadow”]Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.

Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir

Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.

Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.
Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan. Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini. – YB Khairy Jamaluddin[/box]

Kerajaan bukan 100% peratus bergantung kepada Perdana Menteri dan kabinet tetapi dianggotai berjuta kakitangan dari jawatan Ketua Setiausaha Negara hinggalah Pekerja Am. Setiap jawatan mempunyai tanggungjawab dan kuasa yang diberi untuk membuat keputusan berdasarkan “General Order” yang disediakan tetapi berdasar pengalaman terlalu ramai yang pandai memanipulasi sistem untuk kepentingan kumpulan atau diri sendiri. Kepincangan yang terdapat dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah salah satu makanisme penilaian kegagalan pegawai-pegawai tertentu menjalankan tanggungjawab. Menjadi tugas Pemimpin Kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai yang terlibat terutama kepada kes-kes sama yang berulang lagi.

Laporan Audit Negara 2012

Memang ramai yang mengecam kepincangan yang berlaku kerana nak mengutuk bukan susah tetapi kalau kita berada dalam suasana seperti pegawai-pegawai yang terlibat mungkin kita akan buat lebih teruk daripada mereka. Aku pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan selama enam tahun dan sebagai usahawan pernah berurusan berbagai projek dengan berbagai agensi kerajaan … selagi kiblat hidup WANG memang susah nak mencari manusia yang jujur. Ketidak jujuran itulah sebab paling utama berlaku semua kepincangan yang disebut dalam Laporan Audit Negara setiap tahun.

Sebenarnya aku bukan nak ulas sangat cerita Laporan Audit Negara 2012 yang telah banyak diperkatakan termasuklah oleh sifu Blogger. Yang aku tak puas hati sebenarnya apabila Ketua Audit Negara merendahkan martabah Blogger. Bayaran RM1000 untuk Blogger dikatogerikan “perbelanjaan tinggi” begitu juga elaun harian Blogger RM500 juga dikatogeri sebagai “perbelanjaan tinggi”. Jadi apa sebenarnya nilai Blogger adakah seperti kata Blogger EjamOthman, Blogger hanya layak dapat “goodies bag” seperti yang dilakukan oleh beberapa Agensi Kerajaan dan Syarikat PR.

Bayaran untuk Blogger

Aku memang tabik dengan beberapa Top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus yang sentiasa berkerja kuat membina martabat blog sehingga terkenal bukan sahaja di Malaysia. Aman Firdaus setiasa ada di kebanyakan event teknologi dan bukan semua event tersebut berbayar. Tanpa banyak soal beliau seperti wartawan akan menyiarkan entri untuk informasi terkini kepada pembaca setia tetapi hasilnya dengan trafik yang masuk telah mengukuhkan jenama Amanz.my sehingga nilai advetorial di blog Amanz bukan ratusan tapi ribuan ringgit lebih dari nilai RM1000 yang disangka mahal oleh Ketua Audit Negara … tak percaya cuba tanya. Nilai advetorial bukan murah sebenarnya kerana selagi entri tersebut ada dalam blog selagi itu trafik akan mengalir ke jenama yang di iklankan.

[box type=”shadow”]Komen dari seorang Blogger : memang ada blogger bayar mahal – tetapi itulah, bagaimana mahu menilai harga seorang blogger/blog itu? Seperti saya, yang agak sukar untuk hadiri event, apatah lagi bukan blogger yang popular dan dikenali, dengan niche yang agak sempit untuk pengiklan … meletakkan harga terlalu tinggi akan buatkan blog kehilangan pendapatannya.[/box]

Tugas menaikan martabat Blogger adalah diri kita sendiri sehingga Ketua Audit Negara dan Pengiklan dapat menghargai nilai sebenar Blog tanpa perlu mempersoalkan nilai sebenar. Amanz.my, Beautifulnara.com, Paultan.org semua bermula dari sebuah blog kecil yang dibina dengan penuh strategi sehingga menjadi sebuah blog idola. Kita mesti belajar bagaimana mereka membina jenama dari zero menjadi hero dengan mengenepikan berbagai alasan yang menjadi tembok kejayaan.

Sebagaimana Laporan Audit Negara begitu juga kita sebagai Blogger mesti sentiasa audit diri dan blog dari masa kesemasa jika mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya menjadi seorang usahawan Blogger.

Seperti kata Blogger Eizil, KITA MAMPU MENGUBAHNYA sehingga Blogger dipandang dengan nilai sebenar oleh mereka yang berkenaan cuma ingat pendapatan Blogger bukan sahaja dari event … ada banyak lagi cara lain.


Spread the love

134 Comments

  1. dengan adanya komuniti blogger yang berpengaruh mampu mempertahankan martabat seseorang blogger.
    untuk bergerak sendiri mungkin boleh tapi adalah hampir mustahil untuk dikenali melainkan anda bekerjasama dengan network yang besar.

    semoga kerajaan negara kita memandang kerjaya sebagai blogger sesuatu yang patut dihargai bukan digunapakai hanya untuk kepentingan sempit sahaja.
    blogger sedia menjadi medium sebaran maklumat kepada orang ramai.
    Curahan rasa ejam @ ..Tampil Yakin dan Segar Selepas Pengambilan Ephyra.My Profile

  2. AS…salam…..Apa ada pada wang ringgit RM1000, jika diberi wang sebanyak itu dan kemudian dikutuk sebagai mahal. Kalau diikutjan dgn bayaran terhadap akhbar atau media sosial lain ia pastinya lebih mahal. Hargailah juga para blogger, mereka pun bersusah payah untuk mengeluarkan artikel bermutu setanding dgn media masa lain jugak. Apapun kesimpulannya, “Blogger harus juga dihargai”.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jana Duit Sambil Merebut RM4000My Profile

  3. ni bagi sayalah, pendapat peribadi, RM1000 untuk bagi seorang blogger memang mahal, tetapi ianya perlulah dinilai kepada beberapa aspek iaitu event apa, apa yang direview, cara blogger menulis review dan juga tahap popularity dan trafik blogger perlu dinilai utk meletakkan bayaran terhadap blogger tersebut, bagi saya RM1000 itu memang mahal tetapi blogger bukanlah semurah “goodies bag”. Senang cerita bayaran blogger perlu start dengan nilai “ratus”. Ini bagi saya lah
    Curahan rasa Juan @ ..Mahasiswa dan Affiliate – Lubuk Yang Belum TergaliMy Profile

  4. kata pak hamka dlm tasawuf moden, Negara hanya dapat tegak dengan sifat amanah.kalau amanah telah runtuh maka runtuh jugalah pemerintahan itu. amanah dlm blogger pula ialah menyampaikan sesuatu yg bermnafaat kpd masyarakat. nilai tanggungjawab itu lebih utama drp nilai wang. apabila kita bekerja kerana amanah kpd Allah s.w.t…nilai rm 10 rasanya seperti rm 1000. berkat itu lebih utama dari kuantiti.

    1. Blogger juga kerjaya dimana setiap penulisan adalah titik peluh untuk menghasilkan rezeki. Setiap event yang di cover memerlukan kos pengangkutan, makan minum dan paling penting masa yang diluangkan. Sudah pasti Blogger yang profesional akan memaparkan tulisan yang berilmu dan informasi yang betul utk bacaan masyarakat … TETAPI ramai penganjur tidak menilai titik peloh Blogger sewajarnya sebagaimana mereka menilai wartawan surat khabar dan TV yang coverage mereka dibayar mahal kepada syarikat tersebut.
      Curahan rasa denaihati @ ..Sahabatku setiap kesukaran disertakan kemudahanMy Profile

  5. Walaupun seorang blogger dipandang begitu tidak bernilai, tetapi sebagai seorang blogger yang berjaya seperti tuan punya blog ini, income yang diperoleh setiap bulan jauh lebih tinggi berbanding RM1k. Apelah sangat nilai 1000 tu. Xpayah lah tuan admin kecik hati ye…

  6. Amat bersetuju dengan kenyataan anda berkaitan martabat seorang blogger kerana bukan mudah untuk memastikan sesebuah blog itu untuk terus menerima kunjungan dan pembaca yang aktif. Sebagai contoh komitmen yang ditunjukkan oleh saudara Aman untuk menaikkan Amanz.my memang sewajarnya harus dipuji dan dijadikan contoh oleh semua blogger di Malaysia.

    Berbalik kepada topik bayaran blogger, saya tertanya-tanya apakah blog yang telah ditaja oleh kerajaan untuk karnival berkenaan kerana nilai sebuah blog adalah berlainan bergantung kepada kadar trafik dan bilangan komen yang diterima setiap hari.
    Curahan rasa Drexar21 @ ..Cara untuk melanggan kepada HyppTV (IPTV)My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!