Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia sedang heboh dengan kisah cacat cela pentadbiran berdasarkan Laporan Audit Negara 2012. Laporan Audit Negara ini dikeluarkan menjelang pembentangan belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013. Aku biasa melihat daripada sudut yang berbeza. Bagi aku keberanian Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak adalah luar biasa kerana berani mendedahkan kelemahan pemerintahan sendiri.
[box type=”shadow”]Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.
Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir
Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.
Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.
Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan. Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini. – YB Khairy Jamaluddin[/box]
Kerajaan bukan 100% peratus bergantung kepada Perdana Menteri dan kabinet tetapi dianggotai berjuta kakitangan dari jawatan Ketua Setiausaha Negara hinggalah Pekerja Am. Setiap jawatan mempunyai tanggungjawab dan kuasa yang diberi untuk membuat keputusan berdasarkan “General Order” yang disediakan tetapi berdasar pengalaman terlalu ramai yang pandai memanipulasi sistem untuk kepentingan kumpulan atau diri sendiri. Kepincangan yang terdapat dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah salah satu makanisme penilaian kegagalan pegawai-pegawai tertentu menjalankan tanggungjawab. Menjadi tugas Pemimpin Kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai yang terlibat terutama kepada kes-kes sama yang berulang lagi.
Memang ramai yang mengecam kepincangan yang berlaku kerana nak mengutuk bukan susah tetapi kalau kita berada dalam suasana seperti pegawai-pegawai yang terlibat mungkin kita akan buat lebih teruk daripada mereka. Aku pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan selama enam tahun dan sebagai usahawan pernah berurusan berbagai projek dengan berbagai agensi kerajaan … selagi kiblat hidup WANG memang susah nak mencari manusia yang jujur. Ketidak jujuran itulah sebab paling utama berlaku semua kepincangan yang disebut dalam Laporan Audit Negara setiap tahun.
Sebenarnya aku bukan nak ulas sangat cerita Laporan Audit Negara 2012 yang telah banyak diperkatakan termasuklah oleh sifu Blogger. Yang aku tak puas hati sebenarnya apabila Ketua Audit Negara merendahkan martabah Blogger. Bayaran RM1000 untuk Blogger dikatogerikan “perbelanjaan tinggi” begitu juga elaun harian Blogger RM500 juga dikatogeri sebagai “perbelanjaan tinggi”. Jadi apa sebenarnya nilai Blogger adakah seperti kata Blogger EjamOthman, Blogger hanya layak dapat “goodies bag” seperti yang dilakukan oleh beberapa Agensi Kerajaan dan Syarikat PR.
Aku memang tabik dengan beberapa Top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus yang sentiasa berkerja kuat membina martabat blog sehingga terkenal bukan sahaja di Malaysia. Aman Firdaus setiasa ada di kebanyakan event teknologi dan bukan semua event tersebut berbayar. Tanpa banyak soal beliau seperti wartawan akan menyiarkan entri untuk informasi terkini kepada pembaca setia tetapi hasilnya dengan trafik yang masuk telah mengukuhkan jenama Amanz.my sehingga nilai advetorial di blog Amanz bukan ratusan tapi ribuan ringgit lebih dari nilai RM1000 yang disangka mahal oleh Ketua Audit Negara … tak percaya cuba tanya. Nilai advetorial bukan murah sebenarnya kerana selagi entri tersebut ada dalam blog selagi itu trafik akan mengalir ke jenama yang di iklankan.
[box type=”shadow”]Komen dari seorang Blogger : memang ada blogger bayar mahal – tetapi itulah, bagaimana mahu menilai harga seorang blogger/blog itu? Seperti saya, yang agak sukar untuk hadiri event, apatah lagi bukan blogger yang popular dan dikenali, dengan niche yang agak sempit untuk pengiklan … meletakkan harga terlalu tinggi akan buatkan blog kehilangan pendapatannya.[/box]
Tugas menaikan martabat Blogger adalah diri kita sendiri sehingga Ketua Audit Negara dan Pengiklan dapat menghargai nilai sebenar Blog tanpa perlu mempersoalkan nilai sebenar. Amanz.my, Beautifulnara.com, Paultan.org semua bermula dari sebuah blog kecil yang dibina dengan penuh strategi sehingga menjadi sebuah blog idola. Kita mesti belajar bagaimana mereka membina jenama dari zero menjadi hero dengan mengenepikan berbagai alasan yang menjadi tembok kejayaan.
Sebagaimana Laporan Audit Negara begitu juga kita sebagai Blogger mesti sentiasa audit diri dan blog dari masa kesemasa jika mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya menjadi seorang usahawan Blogger.
Seperti kata Blogger Eizil, KITA MAMPU MENGUBAHNYA sehingga Blogger dipandang dengan nilai sebenar oleh mereka yang berkenaan cuma ingat pendapatan Blogger bukan sahaja dari event … ada banyak lagi cara lain.
134 Comments
Saya mungkin tak merasai perkara ini lagi sebab saya hanya part time blogger..pendapatan melalui blog hanyalah pendapatan sampingan bagi saya..namun sedikit sebanyak saya faham apa yang rakan2 fulltime blogger lain rasai berkenaan isu ini kerana setiap kerja blogging yang dihasilkan memerlukan seseorang blogger itu memberikan komitmen penuh dan juga terpaksa mengorbankan masa untuk bersama keluarga, masa untuk beriadah, masa menonton tv, masa berehat dan pelbagai lagi faktor masa yang perlu dikorbankan..itu belum dikira lagi modal yang perlu dikeluarkan untuk pembangunan sesebuah blog..bagi saya jumlah pendapatan yang dianggap tinggi oleh Ketua Audit Negara itu memang sangat setimpal dengan apa yang dilabur dan dikorbankan oleh seorang blogger..memang blogger yang telah bekerja keras layak untuk menerimanya..
Takkanlah keluarkan modal yang besar dan korbankan masa berkualiti dalam hidup tetapi ganjarannya cuma “goodies bag”???
InsyaAllah, kedudukan blogger-blogger Malaysia akan naik taraf satu hari nanti … Blogger boleh! Hihihi
Curahan rasa Nadot @ ..MoU Antara Al Ansar Health dengan Sinar Permata dan Magnetic Aura
satu hr nnti martabat blogger akan naik, insyaAllah 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Jalankan ibadah Korban dengan eQurban
Blogger seumpama wartawan di dunia Internet. Nilai seorang wartawan/blogger adalah bergantung kepada berapa ramai orang yang membaca artikel yang ditulis 🙂
Curahan rasa Drexar21 @ ..Cara untuk melanggan kepada HyppTV (IPTV)
Memang banyak sebenarnya cara blogger boleh menjana pendapatan. Pengaruh seorang blogger sebenarnya mungkin tak ramai yang sedar. Tapi sebenarnya, entri-entri di blog memang boleh mempengaruhi orang ramai. Kalau jenama yang diketengahkan oleh seorang blogger ramai yang baca, memang boleh menaikkan jualan jenama tersebut.
Curahan rasa Sya Isya @ ..LOVE YOU MR. ARROGANT DRAMA AKASIA TV3 BEST JUGA
sama2 lah kita menaikkan martabat blogger… hasil kerja yang baik dan memuaskan akan menentukan setinggi mana nilai seorang blogger tu…
Curahan rasa Nizam Ijam @ ..Cara Mudah Untuk BerFesyen Bagi Lelaki
Dayah nih kurang bijak nak bercakap hal hal negarawan macam nih.. jadik baca je lah komen dan entry yg ada.. 🙂 nak komen pasal hal hal bijak pandai macam nih.. memang tak la.. mujur ramai blogger blogger hebat nak kongsi pendapat .. nak up entry.. sekurang2nya dayah paham la sikit sikit tentang isu semasa ni.. 🙂
Curahan rasa dayah @ ..Tak update. .Tak blogwalking..
sampai masa nanti pasti mereka sedar akan pengaruh seorang blogger kepada pembaca-pembaca…
Curahan rasa papa mifz @ ..Letih Tapi Gembira
Aman Firdaus (Amanz.my) adalah antara rakan penulis yang cukup saya hormati dan kagumi. Seorang yang begitu rendah diri dan bekerja keras.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 120 Idea Pemasaran Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Mempromosikan Blog
Seorang yg wajar menjadi tanda aras utk blogger =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!
ada pihak yang tak sedar blogger mempunyai kuasa massa yang hebat ..malah blogger ada network online yang pantas dan cepat..semua ini boleh memberi impak kepada sesiapa sahaja sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya.
Curahan rasa kakiblog @ ..Pengomen Tegar September 2013
Ada pihak yg nampak, ada pihak yg buat2 tak nampak =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!
dieorang belum iktiraf lagi kot blogger ini secara professional, mungkin kelak lebih berharga
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Langkah-Langkah Membina Pendapatan Pasif
den part time, jadi tak berapa faham secara mendalam apa yang dialami rakan blog lain mengenai pendapatan. tapi walaupun seorang part time, mahu pendapatan lebih sebab masa yang di invest untuk entry bukan sekejap. idea yang di invest bukan cap ayam.
Curahan rasa Zuan @ ..Uncle Zuan Blog
Saya tak pernah lagi dapat advertorial.. Ada sesiapa nak bagi ke? Hehehe
Curahan rasa waiman takwa @ ..Domain Saranan.com Dijual RM700
Blog Denaihati selepas 3 tahun baru dapat advetorial … blog bro dah berapa tahun usia?
Curahan rasa denaihati @ ..iPhone 5C penipuan Apple
Sama2 kita kerja kuat….
Curahan rasa hafizmd @ ..Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!
Hehe baru setahun jagung..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Melawat Simpang Mengayau, Kudat Sabah
Setakat dapat goodie bag biasalah utk blogger
Yg baru menghadiri majlis event namun jgnlah sampai
Memandang rendah pd blogger hingga mengambik kesempatan atas kelemahan mereka
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #80
sebenarnya, bukan mudah tugas seorang blogger…untuk menghasilkan satu penulisan yang dapat menarik minat pembaca, ianya satu perkara yang amat susah…gaya penulisan hendaklah kena dengan citarasa pembaca yang bermacam-macam…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Mr. Bean Masuk Islam – Penerimaan Dunia Islam Dan Zionis Yahudi Yang Berbeza
Comments are closed.