Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini nak kongsi kisah yang pernah berlaku kira-kira 18 tahun dahulu yang sedang berulang sekali lagi sekarang. Ketika kemelesetan ekonomi yg teruk pada akhir 90 an ramai yang hilang pekerjaan, rugi perniagaan dan rugi dipelbagai pelaburan yang melahirkan berjuta warga Malaysia berhutang.
Kemelesetan ekonomi bukan berlaku sehari dua tetapi ibarat marathon yang memakan masa yang lama. Ramai yang tidak bertahan kerana lamanya masa berlaku ekonomi tidak menentu. Ramai juga yang salah strategi sehingga duit terkumpul hilang ditelan keganasan ekonomi kapitalis. Perniaga-niaga kecil terpaksa gulung tikar, pelabur-pelabur hartanah terperangkap kerana harga rumah yang turun mendadak dan pemain-pemain saham tergadai harta benda kerana bermain kontra.
Kerugian yang dialami bukan sedikit ada yang mencecah jutaan dan ratusan ribu ringgit. Kepada yang tidak berniaga juga hidup sengsara kerana hutang lama yang masih tidak terbayar dan kos kehidupan semakin tinggi. Berbagai hutang ditanggung antaranya hutang kad kredit, hutang koperasi, hutang pinjaman bank, hutang kawan-kawan dan paling teruk hutang along. Nak hidup pun susah inikan nak bayar hutang memanglah susah. Ada yg tidak dapat menanggung tekan kehidupan sehingga menjejas kesihatan tidak kurang juga murung kehidupan. Kepada yang kurang iman berbagai tindakan yang dilakukan yang tidak terfikir minda untuk lari daripada beban hutang terlampau.
Tidak mustahil fenomena yang sama akan berulang kali ini kerana marathon kemelesetan ekonomi dunia yang sedang berlaku sekarang masih jauh lagi dan dijangka akan berakhir tahun hadapan. Aku pasti tidak ramai akan dapat bertahan sekiranya kita masih meneruskan cara kehidupan sekarang.
Kalau krisis ekonomi pada akhir 90 an aku adalah salah seorang yang menanggung hutang teruk lebih ratusan ribu ringgit. Kali ini insyaa Allah aku menyediakan Jemaah Bisnis Denaihati untuk membantu mereka yang berusaha untuk keluar daripada belenggu masalah ekonomi yang parah. Pengalaman aku menyelesaikan masa susah pada kemelesatan ekonomi akhir 90 an ingin di kongsikan dengan kawan-kawan yang sedang melalui nasib yang sama. Kami ada pengalaman membantu mereka yang jatuh bangun semula tetapi lebih baik bersedia sebelum jatuh kerana kalau sudah kecundang sangat susah untuk bangun semula.
Bila sudah susah bukan nak mencari apa yang kita suka tetapi mencari apa yang boleh menyukakan hati menyelesaikan segala masalah kewangan. Yang pernah melalui kesusahan kewangan sahaja dapat merasai.
143 Comments
Turut prihatin memang dengan ekonomi sekarang ini semoga lekas berakhir….
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Contoh Bisnis Rumahan Yang Menguntungkan Modal Kecil
Sekarang ini amatlah terkesan dengan ekonomi yang kurang stabil.. Sangat penting sekarang ini berjimat cermat dan juga pandai menguruskan kewangan dengan berkesan.. Mungkin anda boleh mulakan cara bagaimana boleh menjana pendapatan sampingan sama-ada melalui online atau offline.. tiada jalan mudah dan cepat untuk dapatkan duit yang banyak.. usaha tangga kejayaan..
Curahan rasa mohd rawi @ ..4 Lubuk Bisnes Online 2015 Tanpa Modal
Memang terasa sangan kemelesetan ekonomi ni kepada perbelanjaan keluarga kami..dengan company pun tengah ‘membuang’ staff lagi,,menakutkan sangat kemelesetan ekonomi sekarang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
harap kita semua dapat berjimat dan sentiasa berusaha utk tambah pendapatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Ramai yang dah kecundang, tapi ramai lagi yang leka menambah hutang lagi dan lagi. Mari belajar hidup bersederhana. Yang penting dahulukan wang untuk menyelesaikan hutang piutang.
Curahan rasa Ummi MRA @ ..11 Sebab Buah Pinggang Rosak
Memang betul, ramai juga menjangka denga menambah hutang dapat menyelesaikan masalah lama tetapi tak perasan mereka sebenarnya menambahkan masalah lain pula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
betul. elakkan berhutang dan segerakan bayar hutang yg tertangguh. insyaallah akan masuk rezeki lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
ya.
memang ramai yang sedang dan telah kecundang.
takziah untuk mereka.
Curahan rasa titan @ ..Masalah datang dan pergi.
Semoga yang telah kecundang tu akan cepat bangun..
bangun dan terus bangkit mengejar kejayaan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
Masa ni kita kena tetapkan komitmen dengan kerja yang sedia ada , kalau ade peluang untuk melakukan kerja sambilan itu adalah satu bonus .
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Komisyen Kedua Dari MobiCow
Kerja hakiki itu memang kena jaga betul-betul…
kalau ada kesempatan yang nak buat sampingan boleh la..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
Saya tak rasa tahun depan pun masalah ekonomi ni akan berakhir. Mana yang boleh let go, let go je asal tak ada hutang. Apalah ada pada harta kalau hati susah. Lagi pun hidup kita bukan lama pun bila mati semua ni tinggal. Hutang tu jugak kalau tak selesai tetap di bawa sampai mati.
Curahan rasa rahimah @ ..Cara Aktifkan Kad Debit Sebelum Ke Luar Negara
Insyaallah kena belajar berjimat cermat tak layan sangat hawa nafsu yang nak bershopping jer nie…:) Nice sharing tq yer..:)
Setakat sekarang ni, memang dah makin terasa kesannya. Cuma harapan saya, ia tidak jadi seburuk yang pernah jadi sebelum ni.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Rahsia bagaimana buat duit dengan main games online akhirnya dibongkarkan!
Bro Sabree: Harapan saya pun macam tu lah juga. Zaman sekarang ni, sekejap aja boleh berubah termasuklah politik dan ekonomi.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Kena berusaha untuk kurangkan beban hutang, jangan berhutang dan segera selesaikan hutang. Barulah boleh buat simpanan yang baik.
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Betul tu bro Zamri, selesaikan hutang lama dan jangan buat hutang baru.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Setuju dengan artikel Tuan.
Masalah ekonomi semakin runcing dan memberi risiko kepada orang yang banyak hutang.
Semoga kita sama-sama terselamat.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Cara Dapatkan Nombor Telefon Prospek Dengan Mudah
Bro Firdaus Azizi: Saya pun harap macam tu juga. Mereka yang berpendapatan rendah pasti akan mudah terasa dengan beban-beban kenaikan ekonomi terutamanya kos makanan dan perubatan.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Yup..parah kalau diteruskan gaya hidup seperti sebelum ni..sebab tu sekarang saya dah mula berjimat… dah mula ubah corak kehidupan keluarga…
Curahan rasa Hafizul @ ..Rahsia Kejayaan Untuk Berkerja Dalam Sektor Kerajaan
Saya pun mengikut langkah bro Hafizul untuk berjimat cermat. Dan cuba cari pendapatan sampingan yang lain..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Agak pening gak kepala carik cara untuk tambah income kaw kaw punya..tapi fikir juga walau apa keadaan sekali pun..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Data Internet Cepat Sangat Habis
semakin besar gaji, semakin besarlah kehendak, kalau tak kawal boleh jadi papa kedana!
Curahan rasa siti hazreen @ ..Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015
Kena belajar hidup besederhana supaya keperluan kita tak melebihi kemampuan. Namun itulah, bukan mudah begitu ~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Brownies Coklat Puan Haza Yang Menjadi Kegemaran Anak-Anak
memang betul kata pepatah..lagi besar kawah maka lagi besar pulal keraknya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Data Internet Cepat Sangat Habis
Gaji yang besar jika tidak diurus dengan baik pasti kecundang juga untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Usaha yang drastik perlu dilakukan agar masalah hutang dapat diselesaikan dengan mudah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Bercuti Sempena Hari Malaysia
Bila gaji tinggi pasti hutang pun bayak. Duit jika tidak diurus dengan baik pasti kecundang juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Comments are closed.