Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini nak kongsi kisah yang pernah berlaku kira-kira 18 tahun dahulu yang sedang berulang sekali lagi sekarang. Ketika kemelesetan ekonomi yg teruk pada akhir 90 an ramai yang hilang pekerjaan, rugi perniagaan dan rugi dipelbagai pelaburan yang melahirkan berjuta warga Malaysia berhutang.
Kemelesetan ekonomi bukan berlaku sehari dua tetapi ibarat marathon yang memakan masa yang lama. Ramai yang tidak bertahan kerana lamanya masa berlaku ekonomi tidak menentu. Ramai juga yang salah strategi sehingga duit terkumpul hilang ditelan keganasan ekonomi kapitalis. Perniaga-niaga kecil terpaksa gulung tikar, pelabur-pelabur hartanah terperangkap kerana harga rumah yang turun mendadak dan pemain-pemain saham tergadai harta benda kerana bermain kontra.
Kerugian yang dialami bukan sedikit ada yang mencecah jutaan dan ratusan ribu ringgit. Kepada yang tidak berniaga juga hidup sengsara kerana hutang lama yang masih tidak terbayar dan kos kehidupan semakin tinggi. Berbagai hutang ditanggung antaranya hutang kad kredit, hutang koperasi, hutang pinjaman bank, hutang kawan-kawan dan paling teruk hutang along. Nak hidup pun susah inikan nak bayar hutang memanglah susah. Ada yg tidak dapat menanggung tekan kehidupan sehingga menjejas kesihatan tidak kurang juga murung kehidupan. Kepada yang kurang iman berbagai tindakan yang dilakukan yang tidak terfikir minda untuk lari daripada beban hutang terlampau.
Tidak mustahil fenomena yang sama akan berulang kali ini kerana marathon kemelesetan ekonomi dunia yang sedang berlaku sekarang masih jauh lagi dan dijangka akan berakhir tahun hadapan. Aku pasti tidak ramai akan dapat bertahan sekiranya kita masih meneruskan cara kehidupan sekarang.
Kalau krisis ekonomi pada akhir 90 an aku adalah salah seorang yang menanggung hutang teruk lebih ratusan ribu ringgit. Kali ini insyaa Allah aku menyediakan Jemaah Bisnis Denaihati untuk membantu mereka yang berusaha untuk keluar daripada belenggu masalah ekonomi yang parah. Pengalaman aku menyelesaikan masa susah pada kemelesatan ekonomi akhir 90 an ingin di kongsikan dengan kawan-kawan yang sedang melalui nasib yang sama. Kami ada pengalaman membantu mereka yang jatuh bangun semula tetapi lebih baik bersedia sebelum jatuh kerana kalau sudah kecundang sangat susah untuk bangun semula.
Bila sudah susah bukan nak mencari apa yang kita suka tetapi mencari apa yang boleh menyukakan hati menyelesaikan segala masalah kewangan. Yang pernah melalui kesusahan kewangan sahaja dapat merasai.
143 Comments
beli barang dari luar negara memang sakit nih.. ada yang dah gulung tikar.. nak tak nak kita semua kena sediakan bekalan dan pendapatan tambahan yang lebih lagi…
Curahan rasa zik @ ..Cara untuk buat peta minda dengan mudah
sediakan payung sebelum hujan adalah langkah baik bagi melalui liku liku kemelesetan ekonomi
Curahan rasa myrujukan @ ..Bisnes Char Kuey Teow Melayu Penang
Bersedia dari sekarang, planing ekonomi kita dengan berjimat-cermat dan cari income tambahan agar tidak terus betmasalah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Cadang nak selesaikan semua hutang bila dapat duit. Cadang, lah.
jom sama sama berusaha dapatkan duit untuk bayar hutang tu dengan cara berbisnes 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Produk Panas Dalam Bisnes Printing
Dengan melakukan bisnes online adalah jalan terbaik untuk menambah pendapatan tambahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
masa inflasi sifar sekitar tahun 90-an, saya mungkin tak tahu apa2 sebab baru nak masuk darjah 1..tapi bila sekarang saya berada di kemelut kemerosotan ni, terasa sangat kesian kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja dan ringgit malaysia yang jatuh teruk..sangat merisaukan..semoga semuanya berakhir dengan cepat..
Curahan rasa Ibu damia @ ..8 cara mudah elak sembelit ketika berpantang
Dalam keadaan sekarang, ekonomi dunia tidak memberangsangkan. Kita kena lakukan sesuatu agar tidak terus dihimpit kesensaraan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Memang sedih bila nilai ringgit kita dah tak de nilai di luar sana. Kena berusaha keras supaya tidak “jatuh” teruk.
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Makanan Menggemukkan Malaysia.
Kejatuhan nilai ringgit semakin parah, ketajaan perlu mengawal untuk terus jatuh. Kalau tidak kita terpaksa mencari income yang dibayar dalam bentuk dollar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Sangat sedih dengan keadaan ekonomi. Walaupun saya tak begitu arif mengenainya tetapi besar impaknya ke atas kehidupan harian saya sekeluarga
Curahan rasa Nursimatun @ ..Apa Itu Fibroid? Gejala, Penyebab Dan Bagaimana Cara Mengatasinya…
Kemelesatan ekonomi yang tiba-tiba boleh berlaku ini, mengharuskan kita sume membuat back up planning, sebab kos sara hidup akan makin tinggi, kene buat side income untuk pulangan masa hadapan
Curahan rasa IMAH @ ..Tips Kemas Rumah Mudah Dan Cepat Bagi Ibu Yang Sibuk
ekonomi semakin semrawut aja sekarang, harga pada naik otomatis daya beli masyarakat semakin berkurang. inilah kelemahan dari ekonomi kapitalisme
Curahan rasa obat jantung bengkak @ ..Agen Penjualan ICP Kapsul Jakarta
Nak import barang dari US, nak beli stock barang dari China pun susah sebab melalui Ebay memang guna USD. Harap2 improve la nilai matawang kita tahun ni.
Curahan rasa Debbie Elara @ ..Set Slimming Shaklee Bantu Saya Kecilkan Ukuran Pinggang Dari 38 ke 32 Inci
Kan, sebab tu lah harga barang makin naik mendadak. Semuanya lebih mahal
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips dan Panduan Bila Anak Tiba-Tiba Menolak Penyusuan
Harap nilai matawang Malaysia naik balik. Nk buat bisnes overseas pon susah skg..USD1 = RM4.42. X tau lah brp lama lagi.
Sama sama kita doakan agar mata wang kembali stabil dan kembali kukuh.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips dan Panduan Bila Anak Tiba-Tiba Menolak Penyusuan
ada syarikat yang gulung tikar semasa ekonomi gawat, ada yang semakin berkembang maju.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Mulakan Bisnes Printing
Kesian dkt kontraktor… mereka pun terkena kesan daripada keadaan ekonomi sekarang… contohnya mereka masuk sebut harga sebulan yg lalu… masa tu nilai ringgit US1=RM3.8 dgn anggaran keuntungan 10-20%… Tapi bila mereka menang tender, masa tu nilai ringgit dah jatuh.. US1=RM4.5 … kalau mereka nak juga job tersebut, mereka terpaksa supply… walaupun mungkin keuntungan mereka cuma setakat 5%… bila difikirkan balik, kesian dkt mereka..
Curahan rasa anuar @ ..Carta Top 10 Ebook dan Affiliate Klikjer bulan Ogos 2015
Kita mesti buat sesuatu..kerja perlu berkali ganda kuat supaya mendapat serap kesusahan tersebut.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Bercuti Sempena Hari Malaysia
Sejak ekonomi meleset ni, semua orang kena melipatgandakan usaha… tak kiralah, peniaga kedai makan, usahawan, kontraktor, pekerja makan gaji kerajaan , pekerja swasta dan sebagainya….
Curahan rasa anuar @ ..Carta Top 10 Ebook dan Affiliate Klikjer bulan Ogos 2015
Usaha keras dan jangan mudah mengalah. Zaman ekonomi meleset nih memang nak kena ganda-gandakan usaha.
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Makanan Menggemukkan Malaysia.
Apa yang penting kita perlu bersedia dari sekarang, tidak kiralah buat apa saja janji income masuk tetapi biarlah yang halal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Betul tu… Saya setuju sangat-sangat…. Menulis blog salah satu cara untuk mempelbagaikan side income…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 Ebook dan Affiliate Klikjer bulan Ogos 2015
Betul tu, moga semuanya dipermudahkan. Maklumlah harga barang mungkin naik, gaji pun mungkin akan diturunkan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips dan Panduan Bila Anak Tiba-Tiba Menolak Penyusuan
nak meniaga sekarang pun semakin takut, maklum sajalah keadaan ekonomi sekarang ni, silap langkah lingkup.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Berdasarkan pemerhatian saya…. Pelanggan yang datang ke kedai-kedai makan sekarang ni pun dah tak seramai dulu…. Rasanya ramai orang yang sedang berada di fasa berjimat cermat…. Makan masak di rumah…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 Ebook dan Affiliate Klikjer bulan Ogos 2015
makin seram tukar duit ke US atau pound sekarang.. malah makin naik.. risau RM kita makin teruk
Curahan rasa ubat kanser sarimah signature series @ ..Stroke Sembuh Dengan Sari Agegard Sarimah Signature Series
Keadaan duit kita pun jatuh teruk, maka tak perlulah melancong ke luar negara. Ambil duit yang ada tu digunakan untuk buat bisnes.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Jika nak melancong boleh buat dalam negara..cuti cuti malaysia katakan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Selamat Bercuti Sempena Hari Malaysia
malaysia pun tak kurang hebatnya, banyak tempat2 yang menarik yang boleh dilawati.
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Makanan Menggemukkan Malaysia.
Semalam punya cerita… 1USD = RM4.32…. Hari ni punya cerita tak tahu lagi….
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 Ebook dan Affiliate Klikjer bulan Ogos 2015
Comments are closed.