Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemenangan Arsenal kepada Borussia Dortmund 1 – 0 meneruskan kecemerlangan Arsenal di bumi German. Musim lepas Arsenal juga berjaya menewaskan Bayern Munich kalau tidak kerana polisi gol di tempat lawan belum tentu Bayern menjadi juara Champions League 2012/13.
Perlawanan Borussia Dortmund vs Arsenal memang mendebarkan setiap minit ada sahaja gerakan bahaya. Kalau bukan kerana kecekapan penjaga gol no.1 Arsenal, Wojciech Szczesny dan kekentalan pertahanan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny pasti pintu gol Arsenal sudah dibolosi. Terima kasih kepada kreativiti Mesut Ozil yang melambung bola dicelah-celah pertahanan Dortmund mencecah kepada Giroud dan diterjah dengan tandukan oleh Aaron Ramsey. Terkejut agaknya jiran sebelah seperti terkejutnya seisi rumah bila tanpa disedari aku bersorak sakan. Arsenal perlu menang satu lagi perlawan untuk layak ke pusingan kalah mati Champions League 2013/14.
Video jaringan tunggal Aaron Ramsey untuk Arsenal menewaskan Borussia Dortmund
Setelah berjaya menewaskan Liverpool 2 – 0 dan Dortmund 1 – 0 cabaran seterusnya adalah menentang Manchester United di Old Trafford. David Moyes, Waynne Ronney dan beberapa pemain MU sudah mula bermain perang psikologi dengan berbagai komen merendah-rendahkan kemampuan dan prestasi Arsenal. Biarkan mereka sibuk dengan peperangan di luar padang sedang pemain Arsenal sibuk membuat persediaan di atas padang.
Aku yakin prestasi cemerlang Arsenal di tempat lawan yang sudah menang 14 dan seri satu dari 15 perlawanan akan dapat diteruskan di Old Trafford. Kelemahan bahagian tengah MU pasti dapat dimanafaatkan oleh Ozil, Ramsey, Cazorla, Arteta, Rocisky dan Wilshere dan Giroud dengan hantaran tiki taka yang akan mengelirukan pertahanan MU. Kekentalan pertahanan Arsenal pasti dapat mengikat ayam tambahan MU, Van Persie dan Ronney untuk menjaringkan gol.
Ramai penganalisa bola sepak meramalkan keputusan seri untuk perlawanan Manchester United vs Arsenal tapi bagi aku yakin sekali Arsenal akan menewaskan MU 2 – 0. Bagaimana pula ramalan anda Manchester United vs Arsenal??
Keputusan Manchester United vs Arsenal : 1 – 0
Live Manchester United vs Arsenal @ Twitter (#MUFCvAFC)
Keputusan Manchester United vs Arsenal tidak akan mengubah kedudukan Arsenal ditaktah BPL 2013/13 untuk minggu ke sebelas tetapi Arsenal Fan dahagakan kemenangan untuk membalas dendam kekecewaan tewas di Old Trafford sejak 2006.
Paling memeranjatkan BPL 2012/13 bukan kehebatan Arsenal atau Liverpool tetapi kejayaan Southampton berada di kelompok 5 pasukan terbaik tanpa mempunya superstar lima bintang seperti Chelsea dan Manchester City. Persoalannya bolehkan mereka bertahan sehingga akhir musim??
Keputusan BPL 2013/13 Week #11
[box type=”shadow”]
Southampton vs Hull City : 4 – 1
Crystale Palace vs Everton : 0 – 0
Liverpool vs Fullham : 4 – 0
Chelsea vs West Brom : 2 – 2
Aston Villa vs Cardiff City : 2 – 0
Norwich City vs West Ham : 3 – 1
Tottenham vs Newcastle : 0 – 1
Sunderland vs Manchester City : 1 – 0
Swansea vs Stoke City : 3 – 3
[/box]
Hadiah wang tunai bernilai RM40,000 untuk anda menangi dengan hanya membuat video yang kelakar, sempoi dan menarik. Mudah gila peraduan Yeo’s Funderful Video Contest ini. Aku pun teruja nak join. Mana tahu ada rezeki. Korang pun try la. Mana tahu boleh menang hadiah utama RM20,000. Layari laman web Yeo’s untuk informasi lanjut.
44 Comments
sama-sama hebat. tapi yang tersalah dan terlebih baik akan berjaya kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham
mancherter united emang ok punya
Curahan rasa Index Apk @ ..Download Need For Speed Most Wanted v1.0.50 Full Apk+SD Data
Sori lah bro. Arsenal memang susah nak makan Man Utd he he.. Plus, biarpun kami 5 mata di belakang, kami dah abis lawan team yg kuat-kuat. Paling2 pun tinggal Spurs jer utk round pertama ni. So, position Man Utd not bad ooo…
Curahan rasa Ismail N @ ..Manchester United Rules Over Arsenal Yet Again!
setuju. tinggal spurs aje. team kuat-kuat dah lepas.
Takpe..naik pelan-pelan dulu. Hoho..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 81
Betul tu bro titan, naik pelan-palan. nanti boleh menang lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham
hehee…team GGMU dah berkampung kat sini…hohoho…yeah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Memento Tak Terkalah Peminat Manchester United!
selamat buat MU dan buat arsenal anggap aja ini suatu pelajaran agar bisa lebih Bangkit lagi 🙂
Curahan rasa Resep Masakan @ ..Tips Agar Daging Kambing Empuk
sedihnya kalah plak arsenal…
takpe harap mampu bangkit
Curahan rasa zool @ ..Genap setahun umur anak buah
memang gol yang dibuat Persie dari hasil sepak tendangan pojok sulit untuk dihalau oleh Kiper Arsenal.
Tetapi di hampir waktu 90 menit pertandingan tadi malam bola banyak dipegang oleh Arsenal dibandingkan dengan MU.
Semoga di pertandingan selanjutnya arsenal bisa meraih point penuh nantinya
Curahan rasa Ferry @ ..Hasil Tes TKD CPNS Kemendikbud 2013
Arsenal sudah berjuang semaksimal mungkin
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kilas Balik Hari Pahlawan 10 Nopember 1945
okeh.
arsenal kena sengat kali ini. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Senarai Pemenang Rasmi Cabaran Affiliate Jobdirumah – Oktober 2013.
First half yang sangat lemah kegagalan flamini menyebabkan kalah kali ini
Curahan rasa azam rashid @ ..Selamat Hari Lahir
Southampton memang mencuri tumpuan.. Arsenal masih di atas dengan Liverpool juga mengaum!!! yeaahhh YNWA!!!
Curahan rasa KiD @ ..MyPass Malaysia Travel Companion
Manchester unggul di tempat sendiri. Arsenal lose… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Banyak-banyak tangga?
saya harap Arsenal akan mengekalkan determinasi dan spirit mereka untuk terus memimpin EPL sampai garis penamat
Saya juga berharap seperti itu
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kilas Balik Hari Pahlawan 10 Nopember 1945
Glory glory Manchester United. MU sukses menewaskan Arsenal 😀
Tak best betul. Kalah la pulak malam tadi. Ozil memang betul-betul rantai sampai nak create chance pun jadi susah.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Hari Ahad aku di Perpustakaan Negara
akhirnya dapat masuk jugak sini
hehe..ramalan tuan nampaknya tak benar kali ini..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bisnes Online menurut pandangan cikgunaman
syabas laaa MU.. tapi bila nak naik atas? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Aku Nak Menang Kontes Video Funderful Yeo’s
tunggu masa jer bro kid….hehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Memento Tak Terkalah Peminat Manchester United!
Comments are closed.