Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemenangan Arsenal kepada Borussia Dortmund 1 – 0 meneruskan kecemerlangan Arsenal di bumi German. Musim lepas Arsenal juga berjaya menewaskan Bayern Munich kalau tidak kerana polisi gol di tempat lawan belum tentu Bayern menjadi juara Champions League 2012/13.
Perlawanan Borussia Dortmund vs Arsenal memang mendebarkan setiap minit ada sahaja gerakan bahaya. Kalau bukan kerana kecekapan penjaga gol no.1 Arsenal, Wojciech Szczesny dan kekentalan pertahanan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny pasti pintu gol Arsenal sudah dibolosi. Terima kasih kepada kreativiti Mesut Ozil yang melambung bola dicelah-celah pertahanan Dortmund mencecah kepada Giroud dan diterjah dengan tandukan oleh Aaron Ramsey. Terkejut agaknya jiran sebelah seperti terkejutnya seisi rumah bila tanpa disedari aku bersorak sakan. Arsenal perlu menang satu lagi perlawan untuk layak ke pusingan kalah mati Champions League 2013/14.
Video jaringan tunggal Aaron Ramsey untuk Arsenal menewaskan Borussia Dortmund
Setelah berjaya menewaskan Liverpool 2 – 0 dan Dortmund 1 – 0 cabaran seterusnya adalah menentang Manchester United di Old Trafford. David Moyes, Waynne Ronney dan beberapa pemain MU sudah mula bermain perang psikologi dengan berbagai komen merendah-rendahkan kemampuan dan prestasi Arsenal. Biarkan mereka sibuk dengan peperangan di luar padang sedang pemain Arsenal sibuk membuat persediaan di atas padang.
Aku yakin prestasi cemerlang Arsenal di tempat lawan yang sudah menang 14 dan seri satu dari 15 perlawanan akan dapat diteruskan di Old Trafford. Kelemahan bahagian tengah MU pasti dapat dimanafaatkan oleh Ozil, Ramsey, Cazorla, Arteta, Rocisky dan Wilshere dan Giroud dengan hantaran tiki taka yang akan mengelirukan pertahanan MU. Kekentalan pertahanan Arsenal pasti dapat mengikat ayam tambahan MU, Van Persie dan Ronney untuk menjaringkan gol.
Ramai penganalisa bola sepak meramalkan keputusan seri untuk perlawanan Manchester United vs Arsenal tapi bagi aku yakin sekali Arsenal akan menewaskan MU 2 – 0. Bagaimana pula ramalan anda Manchester United vs Arsenal??
Keputusan Manchester United vs Arsenal : 1 – 0
Live Manchester United vs Arsenal @ Twitter (#MUFCvAFC)
Keputusan Manchester United vs Arsenal tidak akan mengubah kedudukan Arsenal ditaktah BPL 2013/13 untuk minggu ke sebelas tetapi Arsenal Fan dahagakan kemenangan untuk membalas dendam kekecewaan tewas di Old Trafford sejak 2006.
Paling memeranjatkan BPL 2012/13 bukan kehebatan Arsenal atau Liverpool tetapi kejayaan Southampton berada di kelompok 5 pasukan terbaik tanpa mempunya superstar lima bintang seperti Chelsea dan Manchester City. Persoalannya bolehkan mereka bertahan sehingga akhir musim??
Keputusan BPL 2013/13 Week #11
[box type=”shadow”]
Southampton vs Hull City : 4 – 1
Crystale Palace vs Everton : 0 – 0
Liverpool vs Fullham : 4 – 0
Chelsea vs West Brom : 2 – 2
Aston Villa vs Cardiff City : 2 – 0
Norwich City vs West Ham : 3 – 1
Tottenham vs Newcastle : 0 – 1
Sunderland vs Manchester City : 1 – 0
Swansea vs Stoke City : 3 – 3
[/box]
Hadiah wang tunai bernilai RM40,000 untuk anda menangi dengan hanya membuat video yang kelakar, sempoi dan menarik. Mudah gila peraduan Yeo’s Funderful Video Contest ini. Aku pun teruja nak join. Mana tahu ada rezeki. Korang pun try la. Mana tahu boleh menang hadiah utama RM20,000. Layari laman web Yeo’s untuk informasi lanjut.
44 Comments
gua pun sama dgn lu bro..The Gunners menang 2-0..hahaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Dah! Jangan Kutuk Proton Lagi
Komen ini ditulis ketika Man U leading 1-0…
Tapi bagi aku, kalau Arsenal ubah corak permainan, maybe lepas Man U skor..
Ada peluang utk menang… Lagi pun, Arsenal main macam tak bermaya sebelum kena gol tadi…
Curahan rasa fazrol @ ..Awek lama ku Hanis Zalikha!
sayang arsenal udah kebobolan 1 nich,,semangat
Curahan rasa atasi maag kronis @ ..Cara Cepat Menghilangkan Maag kronis
bakal menampilkan permainan yang menarik,,,
Curahan rasa ade sunandar @ ..Cara Mengobati Exzema
sudah pasti ambe pilih manu utk menang malam ni…tak byak…3-1 jadilah =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Godaan Yang Sukar Ditolak?
Ramalan aku Arsenal menang 2-0
Curahan rasa hatiputera @ ..Semangat Baru Dengan Thesis SukaSedap
jap je lagi game ni….fuh!
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak Belajar Jahit Baju Kurung Tradisional?
Ramalan saya , 3-0 , Arsenal menang… omg! apa suda jadi sama MU skrg nie 🙁
Curahan rasa Eridy @ ..Apa yang penting?
Man U mesti kena punye….Ramsey can’t be stop
Curahan rasa Shahrul @ ..Sistem jualan tiket – FAM perlu berubah
Team paling respect tahun ni, Southampton. Tak ada star pun boleh pergi jauh. Tapi apapun, musim ni moga-moga Arsenal bole bawak pulang piala barang sebijik dua. Berhabuk sangat dah almari trophy tu. Hahaha
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Mengapa Wanita Lebih Gemar Lelaki Arrogant?
Rambo semakin matang.. Giroud harini nampak banyak assist dari gol.. satu yang pelik tapi efektif 🙂
den nak sangat tengok arsenal tapau manu 8-0 macam yang pernah arsenal kena dulu..
Curahan rasa Zuan @ ..Buka Restaurant Dalam 8 Minggu
Man Utd tak perlu nak main dengan cantik untuk menang. Biar main seteruk mana, aslkn can get the job done.
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-48 Dari Jobdirumah
Musim ini adalah musimnya Arsenal, jadi Arsenal akan singkirkan MU. (maaf buat fans MU ya… 🙂 )
Curahan rasa Dawaihati @ ..Cerita ABG di Facebook
perlawanan yang pastinya hebat…..sy bkn penyokong tetap Arsenal tp sy peminat Mesut Ozil…hahahahaaha…..sy jangka arsenal akan menang……hehehe….
So am i..Agree with you..
pasti menjanjikan perlawanan yang sengit kerana sudah tentu MU nak kembalikan reputasinya yang kian tercalar…hoho
Curahan rasa papa mifz @ ..Naik Beca di Melaka
Secara peribadi, saya lebih meminati MU sejad dulu lg. Tapi setelah kemasukan idola saya Ozil, so saya lebih berat kepada Arsenal… Ramalan saya, Arsenal 2, MU 1
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?
Comments are closed.