Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mana-mana percutian jika tiada makanan yang sedap dan enak akan jadi tak seronok. Betul tak? Hidangan makanan yang sedap dan enak menjadi daya tarikan pengunjung untuk pergi ke sesebuah tempat. Makanan yang disediakan di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ternyata mampu menarik minat ramai orang untuk pergi bercuti di sana.
Sepanjang 3 hari 2 malam Team Denaihati bercuti di Strawberry Park Resort, bermacam-macam jenis juadah dan makanan telah disediakan untuk santapan kami. Hidangan pertama kami adalah ketika jamuan Hi-Tea bersama Mr.Ming iaitu Manager Strawberry Park Resort yang menyambut kedatangan Team Denaihati pada hari itu.
Pada malam pertama di Strawberry Park Resort, makan malam dengan konsep BBQ dan buffet telah disediakan untuk para pengunjung yang datang bercuti dan menginap di situ. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang sedap seperti sate, udang, daging lembu, ayam, kambing, ikan sehinggalah ke pencuci mulut, puding, kek, aiskrim dan macam-macam lagi. Makanan apa yang ada di situ boleh ambil sesuka hati dan makan sehingga perut kenyang.
Sate yang dibakar oleh chef di Strawberry Park Resort ni memang sedap. Dagingnya lembut dan mudah untuk dikunyah.
Sarapan Pagi di Strawberry Park Resort
Kami menikmati hidangan breakfast atau sarapan pagi di Jim Thompson Terrace pada hari itu yang dibuat secara buffet juga. Ada banyak pilihan makanan seperti nasi lemak, roti canai, mee sup, sosej, dan banyak lagi makanan yang sedap-sedap.
Waktu pagi di Jim Thompson Terrace terasa sangat sejuk. Rata-rata pengunjung Strawberry Park Resort yang bersarapan bersama kami memakai pakaian yang nampak tebal untuk panaskan badan. Walaupun sejuk tapi ianya cukup selesa dan nyaman bila dapat minum air kopi panas dan menjamu selera dengan nasi lemak serta roti canai resepi Strawberry Park Resort.
Makan Tengahari Menu Indian Food
Waktu makan tengahari di Strawberry Park Resort, kami memilih makanan berkonsep “Indian Food”. Bila terdengar Indian Food, dalam kepala terus terbayang kedai mamak. Pada mulanya kami fikir makanan tersebut sama saja seperti yang biasa kita makan di kedai-kedai mamak. Tetapi bila dah makan rasaanya jauh lebih sedap daripada makanan di kedai mamak. Berselera jugalah kami makan tengahari tu.
Candle Light Dinner di Strawberry Park
Candle Light Dinner iaitu menjamu selera makan malam dalam keadaan tempat yang hanya diterangi dengan cahaya lilin dan juga lampu yang agak malap menimbulkan rasa dan suasana romantis. Bagi pasangan yang baru berkahwin agak sesuai dengan suasana yang macam ni. Bagi yang sudah berkahwin pun boleh juga layan Candle Light Dinner. Boleh eratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin dan semarakkan kembali kehangatan dan kasih sayang dalam rumahtangga.
Sepanjang 3 hari bercuti di Strawberry Park Resort, ada beberapa aktiviti lagi yang tak sempat dibuat disebabkan kesuntukan masa. Mungkin lain kali boleh datang lagi ke sini. Lagipun makanan di Strawberry Park Resort semuanya sedap-sedap. Berbaloi jika datang bercuti di sini beberapa kali. Penginapan pun selesa dan layanan yang diberikan juga sangat mesra. Terima kasih Strawberry Park Resort.
Bagi sesiapa yang ingin menikmati percutian istimewa di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands sila layari fanpage Strawberry Park Resort sekarang! Strawberry Park Resort sedang mengadakan satu contest mudah. 3 pemenang bertuah akan dipilih dan berpeluang bercuti di Strawberry Park Resort secara PERCUMA! Contest akan tamat pada 11 April 2012.
161 Comments
Assalam, sedap jer aku nampak.. meleleh air liur dibuatnya… huhuhu 🙂
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
saya pun sama gak…hehehe…
menyelerakan…
Curahan rasa Nana @ ..Bercumbu
Pergh.. cerita makan-makan dan gambar makanan buat perut ni laparlah! 😀
Curahan rasa anif @ ..Punca Kereta Mudah Terbakar
Sampai sini sudah bunyinya aku dengar wahahahaha…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
pehh..geram aku tengok semua tu..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 10 dari SenangHamil.com
Apasal koe geram sangat… huhuhu… geram sebab semuanya sedap2 kah?
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
best nampaknya. baru join contest ni semalam. mintak2 dapatlah peluang nak bercuti ke sana
ni dah gaya cam layanan mesra 10 bintang ni..
Curahan rasa muazfaris @ ..Pekeliling Perkhidmatan Gaji Baru SSM 2012
Betul tu Muaz… Perghhhh… Layanan yg memang terbaik…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
Fuhh..cayalah team denaihati
Curahan rasa JAI @ ..Nadia Mustafar Disamun RM20,000, Najuma pun Pow RM0.20
Melelehhhh…Pernah pergi Cameron tapi makan biasa2 je…
Curahan rasa Mrs Beauty @ ..Ayurveda Natural Hair Care With Special KB Special Hair Oil
esok nak bertolak ke cameron highland…
dapat tiket free penginapan 3 hari 2malam..huuh
Curahan rasa Fakhruddin @ ..The Red Warriors Berpesta Gol [5-1]
tapi xde pulak dia kata nak sediakan mkanan mcmni..kalau ada mesti best
Curahan rasa Fakhruddin @ ..The Red Warriors Berpesta Gol [5-1]
Wahhhhh, bestnya… kalau ada peluang pergilah kat Restoran nie… heheheh
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
fuhh..bestnya..pernah menginap di sini tapi tak pernah pula makan di sini…..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Honda Hybrid : Kereta Mesra Alam Sekitar
Ruginya kalau mcmtu… huhuhuh
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
sedapnya makanan di atas..terliur dah ni
Curahan rasa Adib @ ..Malam Terakhir Di Rumah
Sampai ke lantai sudah air liur tu…huhuhuh
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
Sungguh menyelerakan…
Dekorasi pun cantik
Curahan rasa Jomtonton @ ..5 Entri Terbaik Denaihati di Google Search Malaysia
makk aiiii… sedap2nya makanan…
Curahan rasa kakyong @ ..Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar
Apasal kak yong lapar tak tengok semua tu…huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
Kalau berkenan kak… trylah pergi bercuti kat Cameron Highland tu… huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
tempat yg cantik dan mknan pn nampak lazat dn enak, yg x lapar terus jadi lapar ni
yang kurus terus jadi gemuk dan yang gemuk terus bertambah gemuk sebab semua makanannya sedap2 belaka… Memang terbaiklah…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Harga Petrol Gred RON97 Akan Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Seliter
sedapnyer segala jenis kek tu…aduhai..lapar kek pula hari ni..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Banjir di Kuala Lumpur selepas hujan selama 2 jam
Hmmm.. jadi laper ni, it’s so delicious.
harganya mahal ga ya?
Comments are closed.