Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mana-mana percutian jika tiada makanan yang sedap dan enak akan jadi tak seronok. Betul tak? Hidangan makanan yang sedap dan enak menjadi daya tarikan pengunjung untuk pergi ke sesebuah tempat. Makanan yang disediakan di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ternyata mampu menarik minat ramai orang untuk pergi bercuti di sana.
Sepanjang 3 hari 2 malam Team Denaihati bercuti di Strawberry Park Resort, bermacam-macam jenis juadah dan makanan telah disediakan untuk santapan kami. Hidangan pertama kami adalah ketika jamuan Hi-Tea bersama Mr.Ming iaitu Manager Strawberry Park Resort yang menyambut kedatangan Team Denaihati pada hari itu.
Pada malam pertama di Strawberry Park Resort, makan malam dengan konsep BBQ dan buffet telah disediakan untuk para pengunjung yang datang bercuti dan menginap di situ. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang sedap seperti sate, udang, daging lembu, ayam, kambing, ikan sehinggalah ke pencuci mulut, puding, kek, aiskrim dan macam-macam lagi. Makanan apa yang ada di situ boleh ambil sesuka hati dan makan sehingga perut kenyang.
Sate yang dibakar oleh chef di Strawberry Park Resort ni memang sedap. Dagingnya lembut dan mudah untuk dikunyah.
Sarapan Pagi di Strawberry Park Resort
Kami menikmati hidangan breakfast atau sarapan pagi di Jim Thompson Terrace pada hari itu yang dibuat secara buffet juga. Ada banyak pilihan makanan seperti nasi lemak, roti canai, mee sup, sosej, dan banyak lagi makanan yang sedap-sedap.
Waktu pagi di Jim Thompson Terrace terasa sangat sejuk. Rata-rata pengunjung Strawberry Park Resort yang bersarapan bersama kami memakai pakaian yang nampak tebal untuk panaskan badan. Walaupun sejuk tapi ianya cukup selesa dan nyaman bila dapat minum air kopi panas dan menjamu selera dengan nasi lemak serta roti canai resepi Strawberry Park Resort.
Makan Tengahari Menu Indian Food
Waktu makan tengahari di Strawberry Park Resort, kami memilih makanan berkonsep “Indian Food”. Bila terdengar Indian Food, dalam kepala terus terbayang kedai mamak. Pada mulanya kami fikir makanan tersebut sama saja seperti yang biasa kita makan di kedai-kedai mamak. Tetapi bila dah makan rasaanya jauh lebih sedap daripada makanan di kedai mamak. Berselera jugalah kami makan tengahari tu.
Candle Light Dinner di Strawberry Park
Candle Light Dinner iaitu menjamu selera makan malam dalam keadaan tempat yang hanya diterangi dengan cahaya lilin dan juga lampu yang agak malap menimbulkan rasa dan suasana romantis. Bagi pasangan yang baru berkahwin agak sesuai dengan suasana yang macam ni. Bagi yang sudah berkahwin pun boleh juga layan Candle Light Dinner. Boleh eratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin dan semarakkan kembali kehangatan dan kasih sayang dalam rumahtangga.
Sepanjang 3 hari bercuti di Strawberry Park Resort, ada beberapa aktiviti lagi yang tak sempat dibuat disebabkan kesuntukan masa. Mungkin lain kali boleh datang lagi ke sini. Lagipun makanan di Strawberry Park Resort semuanya sedap-sedap. Berbaloi jika datang bercuti di sini beberapa kali. Penginapan pun selesa dan layanan yang diberikan juga sangat mesra. Terima kasih Strawberry Park Resort.
Bagi sesiapa yang ingin menikmati percutian istimewa di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands sila layari fanpage Strawberry Park Resort sekarang! Strawberry Park Resort sedang mengadakan satu contest mudah. 3 pemenang bertuah akan dipilih dan berpeluang bercuti di Strawberry Park Resort secara PERCUMA! Contest akan tamat pada 11 April 2012.
161 Comments
bilalah boleh gi bercuti ni.. rasanya kena tunggu anak besar sikitlah.. honeymoon kali ke 2.. hehehe
Curahan rasa myvitrd @ ..Kenapa Aku Hantar Isteri Aku Bersalin Di Hospital Swasta
hehehe…idea bernas tu…. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Banjir di Kuala Lumpur selepas hujan selama 2 jam
haha..elok sangat lew tu,makin berseri2lah suami isteri nnti…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Ada Sesiapa Yang Masih Menggunakan Friendster & Myspace?
boleh bah kalau kau…
Curahan rasa Nana @ ..Driver Teksi
seronik gak sejuk2 gi holiday kat CH ni
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Toilet Trained
mmg sokong…tmbah2 musim panas ni…elok sgt g CH.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Banjir di Kuala Lumpur selepas hujan selama 2 jam
sedapnya laaaaaaaaaaaa……terliur dah….gulp..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Ikan Lapar Makan Kucing
bestnya cheese cake…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#Daging Makan Daging Banyak Berisiko Tinggi Mati Cepat
yummmy yummmmmy…i like cheeeese cakeeee….
Curahan rasa Nana @ ..Driver Teksi
wah, gambar makanan mmg menarik sgt2 ni.. haha.. terliur pulak.. bagi sikit..
pergi cameroon tu tak sah lau tak singgah pasar malam.. haha.. lagi satu, de kedai makan, kat situ, sedap ikan bakar die..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Lelaki vs Wanita – Siapa Lebih Awal Kahwin
nyam nyam nyam…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#Daging Makan Daging Banyak Berisiko Tinggi Mati Cepat
wah sedap nih, saya suka tang sate nih
Curahan rasa Juan @ ..Beli Rumah
mkn sate byk2 memgemukkn..hahaha
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#Daging Makan Daging Banyak Berisiko Tinggi Mati Cepat
Kalau dapat join contest tu rasa cam berbaloi juga dgn hadiahnya….
Curahan rasa yas @ ..MUHD ARIF ZULKIFLY,Pemain Bolasepak Malaysia Ditawarkan Bermain di New Zealand.
Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ek? memang good. sampai sana nanti nak try datang sini:
Streamyx & UniFi Registration
emm bila la ada peluang nk rasa mcam ni..haha..mantap ahh denaihati.com
Curahan rasa Hafizul @ ..Komputer Baru Buat Hal Lagi
aduuhhh bikin ngilerrr aja nih !!!
Yang ada kacang merahnya itu, apa namanya ?
Curahan rasa Dadan @ ..Barcelona vs AC Milan
Pasti namanya unik yah Kang…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liga Champions Barcelona Vs AC Milan
pastinya bang, ada kacang merahnya, sosis dan ada yang seperti kue serabi…
Curahan rasa Dadan @ ..Barcelona vs AC Milan
kalau kue serabi saya paling doyan Kang..
Wahh…Mesti berselera je kan kalau makan kat situ
Curahan rasa wazy @ ..Lelaki Kacak
Paling suka makan satai….hhmmm enaknya..
Curahan rasa Dadan @ ..Barcelona vs AC Milan
Di Bandung-Indonesia, ada yang terkenal dengan nama Satai Maranggi…
Curahan rasa Dadan @ ..Barcelona vs AC Milan
Waktu Workshop di Srenseng Sawah dulu, kalau sudah malam rame2 pergi makan sate kambing di depok.
Meskipun dah makan, masih tetap lapar kalau lihat gambar di atas…
Curahan rasa Dadan @ ..Barcelona vs AC Milan
wkwkwkwkwk,,,, iya Kang, selera makan memang tergantung dari jenis makanan yang kita konsumsi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liga Champions Barcelona Vs AC Milan
tanpa perduli apakah sudah kenyang atau tidak…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liga Champions Barcelona Vs AC Milan
perhh sedapnye…dah lar blom makan tngh hari lagi neyh…
Curahan rasa akhiyy @ ..Tips Pelajar Cemerlang
menu semua strawberry… 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Ikan Lapar Makan Kucing
Comments are closed.