Madrasah tahfiz An Nuur di Kemboja

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, destinasi pertama kami setelah menjejaki kaki di Kemboja adalah madrasah Tahfiz An Nur. Terletak Provinsi Kampung Cham lebih kurang 200km dari Phnom Penh mempunyai 52 pelajar. Diuruskan oleh ustaz Arafat yang merupakan bekas pelajar Madrasah Tahfiz An Nur Muar, Johor. 100% pembinaan dan perbelanjaan madrasah hasil derma warga malaysia. Sumbangan dari semua adalah sangat diharapkan untuk terus menghidupkan madrasah ini.

Semuga anak-anak ini akan menjadi pemimpin yang mampu memimpin Muslim Kemboja ke masa depan yang lebih cemerlang.

46 Comments

    1. Assalaamu’alaikum;

      Alhamdulillah ada juga yang bercerita tentang cawangan madrasah kami di kemboja.

      Madrasah Tahfiz An-Nuur Kemboja adalah cawangan kepada madrasad tahfiz an-nuur di muar johor.

      Jika ada sebarang derma untuk mana-mana madrasah kami samada di malaysia atau kemboja, boleh salurkan ke Bank Islam atas nama Madrasah tahfiz Al-Quran An-Nur. No akaun 01023010061392.

      Boleh hubungi 0132075677 untuk maklumat lanjut.

        1. Ana ada terima sms anta. Kami mengalu2kan kedatangan sesiapa untuk berkenalan dengan madrasah.

          Lagi pun sekarang ni kami sedang membina sebuah bangunan baru yang ditaja oleh seorang dermawan. Beliau hanya menaja sebuah bangunan dua tingkat tanpa infrastuktur seperti meja mengaji, rak kitab, al-Quran dan sebagainya. Jika ada yang sudi untuk menyumbang adalah amat dihargai. Jazakumullahukhair.

            1. Jazakallahukhair atas kunjungan dan sumbangan yang tuan Amir diberi. Semoga Allah memberkati tuan dan keluarga.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!