Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mana-mana percutian jika tiada makanan yang sedap dan enak akan jadi tak seronok. Betul tak? Hidangan makanan yang sedap dan enak menjadi daya tarikan pengunjung untuk pergi ke sesebuah tempat. Makanan yang disediakan di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ternyata mampu menarik minat ramai orang untuk pergi bercuti di sana.
Sepanjang 3 hari 2 malam Team Denaihati bercuti di Strawberry Park Resort, bermacam-macam jenis juadah dan makanan telah disediakan untuk santapan kami. Hidangan pertama kami adalah ketika jamuan Hi-Tea bersama Mr.Ming iaitu Manager Strawberry Park Resort yang menyambut kedatangan Team Denaihati pada hari itu.
Pada malam pertama di Strawberry Park Resort, makan malam dengan konsep BBQ dan buffet telah disediakan untuk para pengunjung yang datang bercuti dan menginap di situ. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang sedap seperti sate, udang, daging lembu, ayam, kambing, ikan sehinggalah ke pencuci mulut, puding, kek, aiskrim dan macam-macam lagi. Makanan apa yang ada di situ boleh ambil sesuka hati dan makan sehingga perut kenyang.
Sate yang dibakar oleh chef di Strawberry Park Resort ni memang sedap. Dagingnya lembut dan mudah untuk dikunyah.
Sarapan Pagi di Strawberry Park Resort
Kami menikmati hidangan breakfast atau sarapan pagi di Jim Thompson Terrace pada hari itu yang dibuat secara buffet juga. Ada banyak pilihan makanan seperti nasi lemak, roti canai, mee sup, sosej, dan banyak lagi makanan yang sedap-sedap.
Waktu pagi di Jim Thompson Terrace terasa sangat sejuk. Rata-rata pengunjung Strawberry Park Resort yang bersarapan bersama kami memakai pakaian yang nampak tebal untuk panaskan badan. Walaupun sejuk tapi ianya cukup selesa dan nyaman bila dapat minum air kopi panas dan menjamu selera dengan nasi lemak serta roti canai resepi Strawberry Park Resort.
Makan Tengahari Menu Indian Food
Waktu makan tengahari di Strawberry Park Resort, kami memilih makanan berkonsep “Indian Food”. Bila terdengar Indian Food, dalam kepala terus terbayang kedai mamak. Pada mulanya kami fikir makanan tersebut sama saja seperti yang biasa kita makan di kedai-kedai mamak. Tetapi bila dah makan rasaanya jauh lebih sedap daripada makanan di kedai mamak. Berselera jugalah kami makan tengahari tu.
Candle Light Dinner di Strawberry Park
Candle Light Dinner iaitu menjamu selera makan malam dalam keadaan tempat yang hanya diterangi dengan cahaya lilin dan juga lampu yang agak malap menimbulkan rasa dan suasana romantis. Bagi pasangan yang baru berkahwin agak sesuai dengan suasana yang macam ni. Bagi yang sudah berkahwin pun boleh juga layan Candle Light Dinner. Boleh eratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin dan semarakkan kembali kehangatan dan kasih sayang dalam rumahtangga.
Sepanjang 3 hari bercuti di Strawberry Park Resort, ada beberapa aktiviti lagi yang tak sempat dibuat disebabkan kesuntukan masa. Mungkin lain kali boleh datang lagi ke sini. Lagipun makanan di Strawberry Park Resort semuanya sedap-sedap. Berbaloi jika datang bercuti di sini beberapa kali. Penginapan pun selesa dan layanan yang diberikan juga sangat mesra. Terima kasih Strawberry Park Resort.
Bagi sesiapa yang ingin menikmati percutian istimewa di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands sila layari fanpage Strawberry Park Resort sekarang! Strawberry Park Resort sedang mengadakan satu contest mudah. 3 pemenang bertuah akan dipilih dan berpeluang bercuti di Strawberry Park Resort secara PERCUMA! Contest akan tamat pada 11 April 2012.
161 Comments
Fuhh.memang mengancam makanan dier.hehe
Curahan rasa budakserius @ ..Subhanallah,kembar ini berbeza warna kulit dan anak mata
geram tengok sate tuuu.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Semakan Online Peperiksaan Juruaudit dan Contoh Soalan Peperiksaan JuruAudit W41
saya geram tengook kekkkk…yummy2…
Curahan rasa Nana @ ..Kenali Lelaki Melalui Zodiak
Nampak menarik, tertarik, hargapun boleh ditarik byk2 dlm dompet saku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Jika ada wang ringgit mana-mana tempat pun boleh pergi melancong, menjamu selera, rekreasi, bersantai dll .
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati.
Mewah dan menyelerakan. Meleleh-leleh air liur atas keyboard
adeh..ni yang buat terliur ni..nasib entry ni x bawak keluar bulan puasa..kalau x la.
meleleh air liur ..hehe..thanks for sharing bro denaihati..
lepas ni tau la nak lepak mana kalau pergi Cameron Highland..=)
Curahan rasa sadiq @ ..Basic iPad Information
benar-benar bikin ngiler melihat makanan yang ada di gambar atas,,,nikmat and lezat
hemm….enak sekali kelihatannya,,,and lezat.
sya dah ke sana dulu about 9 yrs ago….
huhu, lama tul!
tpi mmg best kan 🙂
Curahan rasa noriz @ ..Bersama Mejar Faiz, BoboiBoy & Gopal
rasa nk pegi eja…dkt CH nih..hoho
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Ada Sesiapa Yang Masih Menggunakan Friendster & Myspace?
uwah..sungguh lazat kayaknya,kembung perut dibuatnya nnti..hoho
aku kalau duduk hotel selalunya order makanan ke bilik.. makan di restoran memang tak boleh lagi sebab anak2 masih kecil.. kadang habis berterabur segala sudu garpu 😀
Curahan rasa kulanz @ ..Wordless Wednesday: Kraftangan Kundasang Sabah
wahh power power makanan ni suma. tengok gambar pn dah rasa aura kesedapan.
Curahan rasa GodamOtak @ ..(Ganas!) Teknologi perubatan zaman dahulu
macam mane nk join kontest die ek??
Curahan rasa Amir @ ..Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2012
wih sedap-sedap semua bisa-bisa nak makan semua menu kalau begini
Curahan rasa munir ardi @ ..WordlessWednesday
Comments are closed.