Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Memiliki nama domain bukan hanya menjadi keperluan bagi memberikan identiti dalam talian kepada individu mahupun syarikat, tetapi telah menjadi satu trend kepada pengguna media sosial yang inginkan penjenamaan mereka sendiri.
Melihat perkembangan ini, MYNIC telah mengambil peluang dengan membuat promosi domain .MY secara besar-besaran melalui promosi #hargagilerrrcrazy dengan memberikan diskaun tinggi sehingga 75% bagi pendaftaran nama domain baru di mana pelanggan boleh menikmati harga serendah RM30.
Pengguna .MY yang sedia ada juga bakal menikmati harga promosi bagi setiap pembaharuan nama domain sejumlah RM60 sahaja. Domain .MY merupakan alamat internet yang dikhususkan istimewa untuk rakyat Malaysia dan organisasi yang didaftarkan di negara ini.
Kempen seluruh negara yang berlangsung selama 15 hari ini melibatkan pendaftaran dan pembaharuan kategori nama domain .my, .com.my, .net.my dan .org.my. bermula daripada 11 Mei sehingga 25 Mei 2017.
Pendaftaran dan pembaharuan nama domain boleh dibuat melalui www.ichoose.my atau mendapatkan secara terus melalui agen jualan MYNIC yang terlibat melalui pautan goo.gl/wVKuPf
“Kami mensasarkan lebih 300 ribu pengguna nama domain .MY akan dapat menikmati faedah harga yang sangat menarik ini. Kami yakin promosi ini dapat memberikan galakan kepada orang ramai untuk mendapatkan nama domain .MY sekaligus meningkatkan penjenamaan secara dalam talian.” – Datuk Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.
MYNIC merupakan agensi di bawah KKMM yang bertanggungjawab membangunkan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.
Sebagai pentadbir nama domain peringkat kebangsaan, MYNIC memberikan organisasi dan individu di Malaysia identiti jenama yang unik di Internet. Kami mendaftar nama domain .my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my.
Laman web : www.mynic.my
Facebook : MYNIC Berhad
Twitter : @mynicberhad
Instagram : @mynicberhad
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Unit Jenama dan Komunikasi
di [email protected] atau
di talian 03-8943 5510 (samb.104)
68 Comments
peluang buat blogger baru yang nak buat penjenamaan blog. sampai bila nak bergantung pada dot blogspot.com kan?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Blog spot dot com memang mesra dengan enjin carian Google, tapi risiko kepada delete tetap ada.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Gaji Rendah Mampu Beli Rumah
saya tgh cuba memahami.. tapi ternyata nak selengarakan blog kn tahan jiwa juga .. apalagi nka buat sale tru blog ni..
Curahan rasa nikrohayu @ ..Cun melecun bila boleh pakai princes maxi design sendiri saiz sendiri!!!!
Mulakan blog anda tanpa bertangguh, usaha yang konsisten pasti boleh membuahkan hasil yang lumayan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Dulu ada beli domain dot my, tapi sebab susah nak configure, blog yang saya buat tu tak berapa nak menyerlah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
bukan senang nak dpt harga murah mcm ni.. harga domain sekarang dah tak macam dulu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Murah mungkin ditahun pertama, tahun kedua dan seterusnya akan jadi mahal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Menarik. Bukan selalu nak dapat diskaun untuk domain MYNIC ni.. hehe.. harga asalnya boleh tahan mahal. Patutnya domain .my ni bagi harga biasa macam dot com untuk galakkan rakyat malaysia guna dan ada website dengan domain sendiri.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Tempahan Baju Crew KFC Batu Gajah
Bagi yang boleh urus domain dot my, silakan beli sebelum orang lain rembat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Senarai Semak Beli Rumah Lelong
kalau nk nama domain yg mencerminkan seorang rakyat malaysia domain .my ni memang sesuai 🙂
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Dilawati
betul.. jika nak yg nampak lebih unversal boleh pilih dotcom. terpulang kpd pilihan masing2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Harga yang diiklankan memang ‘gilercrazy’ rugi siapa yang terlepas…
Curahan rasa Haidar @ ..7 Tempat Makan BEST di Perlis
yup. sekarang ni harga domain paling murah pun rm45.. rare sangat kalau harga rm30
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Harga adalah tarikan yang menarik, mohon pihak MyNic cantikkan paparan untuk set domain dot my.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Kalau domain dot com dah ramai yang terlepas, inilah masanya untuk tebus semula dengan dot my.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Berhenti Kerja Pengurus Untuk Pandu Uber
Bagus juga dot my kan.
Yuran pun semurah RM30 tu memang amat berbaloi dan boleh dimilik.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
domain yang ada my memang cantik dan menawan..
siapa yang ada keperluan itu jangan berlengah lagi untuk membelinya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya
Rasa macam nak grab satu domain juga ni kalau dah semurah macam ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
terima kasih untuk infonya. apakah masih berlaku promosinya ? kesempatan mumpung lagi murah
Curahan rasa ade sunandar @ ..obat spesialis kanker dan tumor
sehingga komen saya ini ditulis…tempoh promosi masih lagi berlangsung..
rebut segera siapa yang perlu..
jika tak mungkin boleh gigit jari..
kerana domain my sangat best untuk di Malaysia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Burger Sedap Giler
Harga domain dot my RM30…
Mumang murah sangat tu..
Siapa ada perancangan nak beli domain, eloklah beli sekarang..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
ya..tuan
itulah harga terbaik dan sangat untuk dibeli..
lagipun pembelian untuk domain my ada kelebihan yang berciri-cirikan Malaysia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Burger Sedap Giler
Ya, jangan berlengah untuk sale yang murah macam ni.
Kira sale gilerrr ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
ramai orang komplen pasai mynic ni..
tak tau le camne kalau nak update nanti
Curahan rasa zool @ ..Selamat Hari Guru : Kenanganku dengan guru sekolah
saya berharap apa yang dikomplenkan dapat diselesaikan dengan baik..
lagi satu produk seperti domain my ..
sangat istimewa la saya tengok..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Burger Sedap Giler
Semoga apa yang dibuat aduan tu diambilkira dan telah diperbaiki masalahnya supaya pelanggan baru tak takut nak daftar
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
Bagus juga kalau ada domain dot my.. Senang orang tahu website tu dari Malaysia..
Kalau target audience orang Malaysia memang sesuai juga kan..
Ya betul…
Domain dot my menggambarkan laman web tersebut dari Malaysia…
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
pengguna internet malaysia sangat ramai..
lebih-lebih lagi domain yang ada sifat Malaysia lebih mudah bersaing..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Burger Sedap Giler
Ye, target yang bagus untuk pasaran Malaysia.
Jom cepat grab promosi ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
Saya pula lebih suka dot.com sahaja sebab urusannya lebih mudah. Kalau nama domain belum ada orang ambil boleh beli terus. Tapi kalau ada dot.my pun best juga untuk blog personal. Satu blog ni pun terkial-kial nak update.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Hotel Bajet Di Tokyo – New Tohoku Dekat Ameyoko
boleh banyak blog..cuma teknik penulisan mahu cepat dan idea mesti ada mencurah-curah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Burger Sedap Giler
Comments are closed.