Selamat Hari Ibu catat seorang anak
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “sepetang bersama blogger 2017“. Kali ini Abang nak berkongi luahan hati seorang anak sempena Hari Ibu.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
I’m not good in writing
بسم الله
Bangun pagi dengan rutin hariannya , basuh baju, memasak, kemas rumah, sapu laman, siram pokok bunga, bersihkan dan kemas kereta, buang sampah, cuci pinggan, masak air, betulkan paip air, menyental, memberus
Dulu mungkin membebel itu menjadi rutin harian beliau, tapi tidak sekarang sebab beliau sedar anak-anaknya semakin besar dah matang berfikir
Satu sikap ibu yang tidak semua orang mampu untuk lakukan , sebanyak mana kerja beliau dan sepenat mana hari beliau , susah untuk dengar daripada mulutnya ‘kakak tolong ibu buat ni’ ‘abang tolong ibu’ ‘adik tolong ibu’ ‘haziq tolong ibu’ ‘irfan tolong ibu’, sebolehnya ibu akan buat semua kerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain
Pernah ditanya kenapa tak minta tolong dan ibu mesti jawab tak nak menyusahkan anak2 sedangkan masing2 bukan buat kerja apa , tengok tv, main game, dengar radio, tidur, baca buku
Dan benda yang paling sebak bila ingat dan fikir balik , aku sebagai anak perempuan sulung yang sepatutnya sentiasa meringankan kerja ibu tu lah yang paling jarang ibu minta tolong sebab anak dia sorang ni yang kuat memberontak
Tapi satu perkara seorang ibu akan sentiasa peka dengan perubahan anak dia, dia tau waktu bila anak dia rajin, waktu bila anak dia sedih
Banyak benda ibu dan ayah bagi kat kami terutama kepercayaan seorang ibu dan ayah kepda anak-anaknya
Terima kasih kerana sentiasa beri peluang untuk kakak dan kami adik beradik perbaiki diri dan percaya yang kami boleh lakukan apa sahaja yang kami inginkan
Saya tak bagus dalam meluahkan kata hati tetapi anak mana je nak tgok parents dia sedih walaupun dia sendiri tau dia adalah punca utama kesedihan
Beri kami sedikit masa untuk jadikan doa anak soleh itu menjadi punca ibu dan ayah kesyurga
Ikhlas dari hati, kakak Aina Sahira
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

