Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Alhamdulillah baru-baru ini telah berlangsung aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Denaihati Network dengan kerjasama Yeos Malaysia di Taman Cabaran, Putrajaya. Aktiviti yang berjaya mengumpulkan lebih 200 orang blogger dan aktivis sosial media di SBBYeos2015 menunjukkan sokongan terhadap jenama Yeos Malaysia yang cukup terkenal.
Pelopor makanan dan minuman Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) akan mengakhiri kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” dengan acara Kem Ramadhan Yeo’s 2015 untuk Ramadan tahun ini. Bertujuan dalam menjadikan satu platform dan galakan kepada rakan-rakan Muslim untuk meneruskan amalan berbuat baik ketika Ramadan, ianya juga berhasrat mengeratkan silaturahim dalam komuniti apabila pelbagai bangsa, agama juga latar belakang dijemput menyertai Kem ini di Shah Alam Convention Centre pada 11 Julai nanti.
Bermula dari kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” yang telah dilancarkan di bulan Mei, Yeo’s Malaysia bersama enam bintang terkenal tanahair seperti Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi mengalakkan rakyat Malaysia mengumpul nilai derma untuk enam buah rumah kebajikan terpilih. Antara enam buah rumah kebajikan yang terlibat adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ; Teratak Nur Barakah, Shah Alam; Pertubuhan Nur Kasih, Klang; Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang; Rumah Aman, Sungai Buloh dan Rumah Opah Hasnah, Klang.
Berkonsepkan satu belian bersamaan dengan satu nilai derma dan disertai melalui Akaun Rasmi Wechat Yeo’s Malaysia akan melabuhkan programnya pada 5 Julai. Nilai derma yang terkumpul bakal disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih melalui Kem Ramadan Yeo’s 2015.
Melalui Kem ini, peserta-peserta diajak turut serta bersama bintang berpuasa selama satu hari dan melakukan kerja amal bergotong royong dan pembersihan di rumah kebajikan yang diwakili mereka masing-masing. Selain kerja amal di rumah kebajikan, kem sehari ini juga bakal dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti senamrobik, cabutan bertuah, persembahan dari bintang-bintang juga peluang berbuka puasa bersama-sama. Pemenang “Menang Duit Raya” juga bakal diumumkan pada hari tersebut di mana hadiah utama wang tunai sebanyak RM30,000, hadiah kedua wang tunai sebanyak RM15,000 dan hadiah ketiga wang tunai sebanyak RM 10,000.
Untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo’s 2015 layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my/beramalbersamabintang dan menghubungi talian di 1300-80-2828 atau email ke [email protected]. Juga layari Instagram #yeosramadhan untuk aktiviti Kem Ramadan tahun 2014.
- iPhone 4S, iPad 2 dan TV LCD 40″ untuk pengunjung Perasmian My Agro Hypermart
- Balik Kampung Petronas bagi Ang Pow RM2000
- Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s
- Persiapan Akhir untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Bahagian ke2 – Bagaimanakah kalau saya ingin menjadi hebat seperti awak?
50 Comments
semoga tahun depan kita bisa dipertemukan dengan bulan ramadhan, bulan yang penuh ampunan
Curahan rasa teh hitam blesstea @ ..Agen Blesstea Tasikmalaya
InsyaAllah, moga tahun depan kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?
Bila adanya artis, maka akan meriah aa sesuatu acara.. Daya penarik tuh…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Pentingnya Vitamin Semasa Berhari Raya!
Selalunya bulan Ramadhan memang artis terlibat dengan acara macam ni kan..
Menderma sambil berhibur…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
beramal sambil bersama artis..memang terbaik kalau macam nie..boleh berkenalan dengan mereka secara dekat..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch
Betul tuh HB, boleh jugak aa amek kesempatan berselfie dengan para artis tuh kan
Curahan rasa SuperNifz @ ..Pentingnya Vitamin Semasa Berhari Raya!
kira dua dalam satu la nie..glamer dan beramal..harapnya niat tu tak lari jauh sangat..takut tak dapat apa-apa pula kelak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch
Dah jadi trend sekarang. Mesti ada celebrity baru jadi meriah sikit.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Sate @ Satey Sedap di Semenyih
Orang ramai pun kalau ada selebriti baru nak join..
Lumrah dah macam tu kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Mantep banget, rupanya ada juga acara keren kayak gini.
Semoga saja sukses selalu Pak. 🙂
Curahan rasa Sehape @ ..3 Game Android Memasak Terbaik 2015
Suka tengok Heliza Helmi buat kebaikan untuk masyarakat.
Artis sangat mudah untuk mempengaruhi belia muda.
Curahan rasa Ani Haryani @ ..6 Tips Untuk Makan Lebih Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Dengan Gembira
Ramai menggunakan artis untuk memasarkan produk mereka, ke arah kebaikan elok juga dikongsikan bersama kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Alhamdulillah, Sudah Berjumpa Pencuci Muka Yang Best!
yang penting ngamaaaaal gan. apapun itu, tapi tetep dijalan yang bener lo yaaa.. ntar abis nyuri terus ngamal juga same aje boong 😀
Curahan rasa zein @ ..Karimunjawa 4 Hari 3 Malam, Mari Kita Bersantai di Karimunjawa dan Menjelah Pulau Pulau di Karimunjawa
Dengan penglibatan artis, mudah lagi menggalakkan orang ramai ikut serta program amal macam ni. Kena pula artis kegemaran mereka 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Atasi Keletihan Melampau Travel Dengan Kapal Terbang
Ramai macam tu kan…
Terutamanya kalau Dato Siti, pasti ramai yang akan datang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
ramai pihak yang membuat sumbangan amal di bulan puasa yang mulia ini.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Jangan Kutuk Orang Kahwin Lambat
Bulan ramadhan memang ramai yang mengambil peluang ni..
Berlumba-lumba nak membuat amal kebaikan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Aktiviti macam ni sangat bagus dalam di lakukan..dibulan yang mulia ni..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan ke-26 Panduan Menjahit Baju
Jangan lewatkan kesempatan untuk memperbanyak beramal di Bulan Ramadhan yang mulia ini semoga Allah menerima segala amal ibadah kita
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Berpuasa sambil melakukan aktiviti di kem memang mencabar, namun ianya banyak mengajar kita erti kehidupan dan kesusahan yang dialami orang lain.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Bersama Basic H Yang Memang Buatkan Kerja-Kerja Mencuci Jadi Mudah!
Program yg sgt bagus utk diikuti. Yeos Malaysia memang sangat bermurah hati…
Yeos jenama yang masih bertahan. kena buat macam cara mereka untuk mengekalkan branding dan bersaing sihat dengan jenama lain.
Curahan rasa rahimah @ ..Airasia Sedang Buat Promosi.Tempah Tiket Tambang Murah Sekarang !
memang lama kan Yeo’s ni bertahan..masa saya kecik dulu pun suka sangat minuman jenama Yeo’s ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Alhamdulillah, Sudah Berjumpa Pencuci Muka Yang Best!
semoga semua yang di berikan dapat bermanfaat….amin
barokah buat kita yang suka memberi
Curahan rasa Harga Hp Android @ ..Daftar Harga Hp Samsung Android Terbaru Bulan Juni 2015
Semoga amalan kebaikan yang kita lakukan sepanjang di bulan Ramadhan akan berterusan sepanjang hayat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Alhamdulillah, Sudah Berjumpa Pencuci Muka Yang Best!
Comments are closed.