Kongres Ulama Nusantara dan Ummah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah permulaan tahun baru hijrah 1436 dimulakan dengan Kongres Ulama Nusantara dan Ummah yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Julung kali dapat mengumpulkan Ulama dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina dan Kemboja dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Sohibul Somahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan.

wakil ulama nusantara di kongres ulama dan ummah

Ulama merupakan pewaris para Nabi yang memikul satu amanah yang besar untuk membimbing ummah kepada jalan hidayat yang pernah dilalui oleh para anbiya terdahulu. Ummah di zaman kerosakan ini amat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari kalangan ulama al-amilin untuk kejayaan dunia dan akhirat, iaitu kehidupan yang sebenar demi kejayaan dunia akhirat, iaitu kehidupan yang telah dicontohi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.

majlis ilmu kongres ulama dan ummah

Zaman kerosakan yang kita lalui sekarang telah membina jurang pemisah antara ulama dan ummah. Ummah berada di satu lembah dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, manakala ulama berada di satu lembah yang lain dengan majlis-majlis ilmu yang hambar dari sambutan ummah. Fenomena ini menyebabkan ummah hidup meraba-raba tanpa tunjukkan, sedangkan ulama pula sudah buntu mencari jalan untuk mendekati ummah yang jauh dari hidayah.

ulama Indonesia di kongres ulama dan ummah
Sebahagian wakil Ulama Nusantara.

Satu usaha ke arah mendekatkan Ulama dan Ummah haruslah diformulasi dan dilaksanakan secara berterusakan dan bersungguh-sungguh di samping mengharap nusrah dan inayah daripada ALLAH SWT. Justeru itu Majlis Muwaasolah yang julung kali diadakan ini akan jadi satu pencetus dan titik tolak permulaan kepada usaha-usaha berterusan untuk mendekatkan antara ummah dan Ulama sebagai pembimbing agama di masa akan datang. Kepada ALLAH jua kita berserah dan memohon agar segenap usaha mendapat berkat dan rahmatnya seterusnya mendapat keampunan dan keredhaa-Nya di akhirat nanti.

blog Denaihati blog rasmi kongres Ulama dan Ummah

Alhamdulillah ribuan ummah dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Filipina dan Kemboja datang memenuhi ruang Masjid Al-Sultan Ismail Petra untuk bertemu dengan dengan para Ulama Nusantara. Dalam majlis ini dilancarkan juga dua kitab iaitu Kitab Midraj Ul-Fawatih (syarah kitab Misykal) dan Kitab Barokatul Makkiyyah (kitab selawat). Kedua-dua kitab ini boleh dibeli di kedai buku Masjid Seri Petaling. Syukur alhamdululillah juga apabila blog Denaihati dipilih oleh ALLAH menjadi blog rasmi kepada majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah.

ustaz halim mudir pondok pasir tumboh
Bersama ustaz halim mudir pondok pasir tumboh

Semuga Majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah pada 25 – 26/10/2015 di terima ALLAH dan menjadi asbab turunnya nusrah dan hidayah dari ALLAH keseluruh pelusok alam.


Spread the love

95 Comments

  1. seronoknya bila dapat menyertai program agama seumpama ini; apatah lagi dapat bersama-sama menyumbang tenaga untuk menjayakannya.. Alhamdulillah, menjadi surirumah sepenuh masa & menjalankan perniagaan supplemen semulajadi terbaik Shaklee dari rumah, saya lebih banyak peluang untuk mendapatkan pelbagai ilmu agama dari pelbagai sumber termasuk majlis-majlis sebegini.. 🙂
    Curahan rasa IrdaBay @ ..PUNCA PENYAKIT DIABETES DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIAMy Profile

  2. Waalaikumsalam, senang sekali banyak ulama nusantara yang hadir di Masjid Al-Sultan, semoga dengan kegiatan kongres ulama nusantara dan ummah bisa memberikan kesadaran kepada saya untuk lebih meningkatkan silaturahmi dan iman kepada Allah SWT, aamiin.
    Curahan rasa yandi @ ..Cara Menulis Artikel Yang SimpleMy Profile

  3. Mashaa Allah. Beruntung tn. DH dan team terlibat dengan majlis penuh barakah ini. Ulama sekarang pun ramai yang pandai memberi pendekatan untuk muda belia. Cuma peluang dan ruang untuk mereka masih terhad terutamanya di kaca TV dan radio.
    Curahan rasa myliferia @ ..Mini Legoland; Kids Atom ZoneMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!